[ 015 ]

45 16 0
                                    

             | ♬ ATEEZ-FROM |

              ••••••••••••••••••

Malam yang cerah dengan pancaran bulan penuh bersama dihiasi dengan beribu-ribu anak bintang . Juga dengan salji yang tidak henti-henti menuruni dibandar seoul , gadis yang berpakaian tebal itu duduk dibangku sambil anak matanya merenung langit di atas .

"Agasshi dah nak pulang ke? Atau nak duduk disini lagi? "Tanya seonghwa yang kebetulan tiba disitu . Jieun memandang wajah seonghwa sekilas .

"Tak , saya nak tengok bintang "balas jieun sambil membetulkan skarf yang dililit pada lehernya . Suasana menjadi sunyi semula .

"Duduklah-"jieun menepuk tempat kosong disebelahnya , menyuruh seonghwa untuk duduk disitu . Seonghwa akur dia melabuhkan punggungnya disebelah jieun .

"Hari ni bintang banyak.. Rasa tenang bila dilihat "ucap jieun , anak matanya tidak mengalih memandang bintang dilangit . Rasa mood dia okey sahaja .

Seonghwa turut memerhati bintang di atas langit . "Agasshi "panggil seonghwa perlahan . Jieun membalas tanpa menoleh ke arah seonghwa yang berada disisinya .

"Maaf kalau ganggu hal privasi agasshi tapi boleh saya tahu.. Siapa lelaki yang berbual dengan agasshi kemarin? "Soal seonghwa , akhirnya soalan itu terlempar juga .

"Oh dia-"

"Bekas tunang "

"T-tunang? "

"Ya tapi malangnya pertunangan kami dibatalkan sebab dia lari daripada majlis dan tak nak kahwin dengan saya.. Tak sangka pula boleh bertemu kian lama dia menghilang kan diri.. "Cerita jieun panjang lebar . Dia memandang bunga ros yang dilitupi dengan salji . Kotak ingatannya teringat kejadian yang telah lama berlalu . Dimana seoho melarikan diri daripada majlis pertunangan .

Seoho masa tu memang tidak cinta kan jieun , lagipun mereka berdua berkahwin atas paksaan orang tua masing-masing. Jieun pula memang tak pernah sesekali bukakan hatinya untuk seorang lelaki pada masa itu .

"Lagipun dia bukannya lelaki pilihan saya"

"Urmm boleh saya tanya.. Bagaimana ciri-ciri lelaki idaman agasshi? "Tanya seonghwa lagi , nak tahu juga bagaimana ciri-ciri lelaki idaman jieun. Soalan seonghwa itu membuatkan jieun menoleh wajah menghadapnya .

Mana tahu orang macam dia ke?

K seonghwa berangan-

"Eoo-Urmm sejuk , lebih baik kita pulang sekarang..lagipun hari dah lewat malam"jieun mengubah topik nya , soalan seonghwa langsung dia tidak membalas . Bukan tak nak balas tapi dia tak ada ciri-ciri lelaki idamannya .

"Uh-"keluh seonghwa perlahan.

Baru sahaja jieun mahu mengorak langkah pertama , tiba-tiba kakinya termasuk ke dalam lubang yang terdapat disitu . Nasib baik seonghwa sempat menolongnya daripada jatuh terjelopok disitu .

Bahu jieun dipegang erat oleh seonghwa , manakala iris mata mereka berdua bertentangan . Nak soal pasal jantung , memang tak payah kata lah . Jantung masing-masing berdegup dengan kencang .

"Agasshi tak apa-apa kah? "Soal seonghwa dengan wajah yang agak risau . Jieun sekadar mengangguk kepala.

"Biar saya tolong bimbing agasshi masuk dalam kereta "minta seonghwa , tangannya masih memegang bahu jieun .

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now