[ 017 ]

39 17 0
                                    

     

      | ♬ATEEZ-UTOPIA |

                  •••••••••••••••••

Seorang lelaki berpakaian kot labuh bersama dengan cermin mata hitam mengheret beg bagasinya keluar daripada kawasan airport  .

Seusai tiba diluar  , kahadirannya disambut dengan dua orang pembantu peribadinya  .

"Selamat pulang sanjangnim.."
Sapa pengawai itu dengan ramahnya sambil menunduk hormat  .

Lelaki itu masuk ke dalam perut kereta setelah pintu terbuka untuknya  . Tidak lama kemudian  , kereta berwarna hitam itu meluncur ke atas jalan semula  .

"Tolong bawa saya ke sesuatu tempat "minta lelaki itu lalu merenung lama gambar yang dipegang olehnya  .

"Saya akan minta maaf atas kesalahan saya pada masa tu "

                   ••••••••••••••

Bo ah memandang kosong lelaki yang duduk dihadapannya  . Suasana antara mereka berdua hanya awkward sahaja  , masing-masing tak tahu nak mulakan perbualan dengan apa  .

Seoho mula berdehem untuk membuka kotak suaranya kian lama berdiam  . "Awak dah pesan air kah? "Tanya seoho  . Bo ah mengangguk , masa tiba tadi sempat lagi dia pesan minuman  .

"Jadi kenapa nak berjumpa dengan saya? Rindu kah? "Soal seoho dengan nada mengusik  , bila masa lah si bo ah tu rindu dia  . Sungguh perasan punya lelaki  .

"Nah.. Blazer awak kan? "Kotak berjenama adidas yang didalamnya ada blazer milik seoho  , bo ah menghulur kan dihadapan seoho  .

"Oh , awak nak jumpa dengan saya sebab nak pulang kan ni.. Tak sangka awak mabuk pun masih ingat saya.. "Kata seoho lalu merenung kosong kotak adidas dihadapannya  .

"Macam saya ni tak boleh cam wajah awak pula "bo ah mencebik perlahan dengan ayat seoho . Walaupun dia ni dalam keadaan mabuk teruk namun dia masih boleh cam wajah orang  .

"Dan alang-alang kita berjumpa ni  , awak nak ikut tak saya pergi sesuatu tempat ?"tanya seoho. 

"Tempat? "

"Yelah , tapi tu saya tak boleh bagitahu.. Awak nak ikut tak  , alang-alang hari ni saya free time dan tak tahu nak buat apa"

"Uh  , okey.. "Balas bo ah  . Kemudian dia menghirup air kopinya yang baru sahaja tiba  .

Seoho menarik senyuman nipis, wajah cantik gadis dihadapan nya dia merenung lama membuatkan seketul bo ah mula terasa kurang selesa dengan kelakuan seoho sebegitu  .

"A—awak dah kenapa tenung saya macam tu  , rasa tak selesalah.. "Tegur bo ah dengan mukanya yang teragak-agak sahaja nak pandang seoho  .

"Sebab saya gembira dapat bertemu dengan gadis seperti awak.. Dengan cara kebetulan sahaja.. "Kata seoho  . Bo ah menelan kelat air kopinya  .

"Tapi saya lebih rela tak nak berjumpa dengan awak "omel bo ah dalam suara separa berbisik. 

                ••••••••••••

Jieun membuang pandangannya ke luar tingkap lut sinar pejabatnya yang boleh menampakkan suasana bandar seoul dari tingkat atas.

Terasa bosan pula dia daripada tadi asyik duduk dalam pejabatnya dan tak tahu nak buat apa seperti tiada langsung kerja yang perlu dia uruskan  . Semuanya telah siap diselesaikan oleh kawannya suzy . Apa yang perlu dia buat adalah duduk termenung .

"Boleh saya tanya bagaimana ciri-ciri idaman lelaki agasshi "

Tiba-tiba pula kotak fikirannya terngiang-ngiang suara garau seonghwa  , dimana seonghwa menyoal dia semalam dan soalan tu langsung dia tidak membalas  . Sehingga kini  , soalan itu masih berada di dalam kotak fikirannya  .

"Aku pun tak tahu bagaimana ciri-ciri lelaki idaman aku.. "Omel jieun buntu  . Langsung tak pernah dia fikirkan fasal benda-benda macam tu  , sebab jieun sejenis perempuan yang tak pernah bukakan hatinya kepada seorang lelaki pun sejak suatu peristiwa yang pernah dia alami sewaktu zaman remaja  .

Tetapi semenjak kemunculan seonghwa di dalam kehidupannya  , jantung dia kerap berdegup kencang apabila dia bersama dengan seonghwa . Dia pun hairan dengan perasaan yang selalu timbul dalam dirinya sekarang  . Langsung tak tahu apa maksud semua ini  .

Kemudian , jieun menoleh wajahnya memandang tapak tangannya  , lelaki pertama yang pernah menyentuhnya adalah park seonghwa  , dan kemunculan seonghwa juga yang selalu membuatkan dia berasa seperti tidak keseorangan lagi  . Seperti semakin lama kehidupan nya berubah-ubah dari masa ke semasa  .

Berbeza daripada kehidupan dia yang dahulu , pada dahulunya dia seorang yang dingin dan baran tetapi sekarang sikap baran dan dingin makin lama semakin menghilang  , kini dia boleh mengukirkan senyuman dan orang yang telah membuatkan dia mula rasa gembira adalah park seonghwa .

Seperti kehadiran lelaki itu lah yang telah mengubah dirinya 100% yang lain  . Pada masa yang sama  , hatinya berasa gembira dan selesa bila bersama dengan seonghwa .

"Apa maksud perasaan aku sekarang ni? "Jieun buntu dengan soalan yang kerap timbul dalam hatinya . Dah berpuas-puas dia mencari jawapan untuk soalan ini namun langsung tiada penyelesaiannya  .

"Uhhhh.. "Jieun melepaskan keluhan berat  , dia mula mencapai smartphone nya lalu jarinya mendail nombor seseorang  .

"Uh—agasshi kenapa telefon saya? Ada apa-apa kah? "

Terjelas itu adalah suara garau milik seonghwa yang berada di dalam hujung talian  .

"Jemput saya sekarang "minta jieun terus dia menamatkan panggilan tanpa mendengar banyak soalan yang bakal dilemparkan oleh seonghwa nanti  . Terasa bosan pula duduk lama-lama dekat sini  , bukan buat apa-apa pun lebih baik dia balik rumah je terus  .

Titttttt..

"Jieun  ! Kau buat apa? "Sergah suzy yang tiba-tiba main redah sahaja pejabat jieun tanpa mengetuk malahan langsung tak minta kebenaran pun  .

Terperanjat jieun dengan kemunculan suzy tiba-tiba sahaja  , dadanya diusap lembut untuk menenangkan semula  .

"Oh ya  , aku nak balik dulu kau tolong uruskan ya.. "Jieun bergegas mengemas barang-barang nya . Suzy menayangkan muka hairan.

"Balik? Awal sangat "suzy memeluk tubuhnya  , baru masuk kerja dah minta balik awal  . Memang kes bosanlah tu  , dia dah agak sangat dengan perangai jieun yang tak pernah berubah  .

"Aku pergi dulu "jieun menepuk bahu suzy sebelum mempamitkan dirinya  . Suzy menggeleng kecil  . "Serupa macam tak payah masuk kerja sahaja  , ingatkan keadaan akan berubah—boleh lah aku duduk relax goyang kaki tapi hampa je angan-angan aku ni "bebel suzy yang langsung tak berkesudahan .

                 ••••••••••••

"Aduhai lambat pula dia datang "jieun dari tadi melihat-lihat jam ditangannya  , dengan penuh kesabaran dia menunggu ketibaan seonghwa  .
"Lee jieun , awak bukan"tegur seseorang.

Jieun menoleh wajahnya ke sisinya melihat insan yang baru sahaja memanggil namanya  . Hampir terkejut beruk disaat dia melihat wajah lelaki tinggi dihadapannya itu  .

"K—kau.. Seungyeon... "Tergagap-gagap jieun mahu berkata . Sungguh dia terkejut dengan kemunculan lelaki yang bernama seungyeon itu  .

          

                  →To be continued

          New cast;
Cho seungyeon ex x1

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now