[ 018 ]

44 17 0
                                    

            

        |♬ IKON-BESTFRIEND |

           •••••••••••••••••••••••

          || imbas kembali ||

Semasa jieun berumur 18 tahun ...

Gadis muda yang bernama lee jieun tengah duduk di atas bangku sementara menunggu ketibaan lelaki yang ingin dia berjumpa yang masih belum tiba-tiba lagi  .

Dia mengerling jam ditangannya. Sudah 3 minit berlalu masih bayangan lelaki itu masih tidak dijumpa-jumpai  . Jieun melepaskan keluhan berat  , kakinya bermain-main dengan rumput dibawah. 

"Jieun—"tegur seseorang . Suara garau itu telah menerpa gegendang telinganya  , lantas jieun menongkat dagunya memandang lelaki yang berdiri tepat dihadapannya  .

Jieun mengukir senyuman nipis setelah munculnya ketibaan lelaki yang dia tunggu-tunggu dari tadi. 

"Seungyeon  , kenapa awak lambat sangat"jieun turut berdiri tepat dihadapan lelaki tinggi itu sambil bercekak pinggang.

"Mianae sebab saya datang lewat  , tadi saya ada hal.. Maaf sekali lagi kalau buat awak tertunggu-tunggu "kata seungyeon  , langsung tiada senyuman pada bibir merah jambu miliknya. Hanya menayangkan wajah kosong sahaja  .

"Tak apa  , janji awak datang,  jadi awak nak apa berjumpa dengan saya? Ada apa-apa ke yang penting sangat?Ke awak nak minta tolong dengan saya?"Terus jieun menyoal nya bertubi-tubi  .

Semua soalan yang dilemparkan oleh jieun langsung lelaki itu tidak membalas malah dia biarkan tertunggak ditepi .  Seungyeon menanggalkan rantai yang dipakai olehnya  , jieun terdiam.

"Saya... Saya rasa kita tak boleh teruskan hubungan ni lagi , bukan sebab saya bencikan awak tapi saya akan berjauhan dengan awak.. Dan kita takkan dapat berjumpa lagi.. Maafkan saya sebab termungkir janji saya selama ni.. "Rantai yang dipegang oleh seungyeon mula menukar tangan  . Kemudian  , dia menapak pergi dari situ tanpa berkata apa-apa lagi  .

Jieun merenung kosong rantai yang dia telah berikan kepada seungyeon semasa mereka bersama tetapi sekarang.. Seungyeon telah memulangkan semula kepadanya  .

"Dia dah mungkir janji dengan aku.. "Terus rantai yang dipegang oleh jieun  , dia membaling ke arah sungai yang terdapat disitu dengan perasaan kecewa dan bercampur baur.  Ya, dia sangat-sangat benci dengan orang yang suka menipu dirinya.  Lagi-lagi orang yang dia terlampau sayang . 

Jieun terduduk berlutut  , perlahan-lahan cecair jernih yang lama ditahan mula mengalir keluar sehingga membasahi pipi gebu nya  . Beginilah rupanya perasaan bila ditinggalkan oleh seseorang yang amat dia sayangi .

"Aku kecewa.. Dimana janji kau selama ni.. Kita dah berjanji akan sentiasa bersama sampai ke mati.. T—tapi begini kau buat dekat aku... "Kata jieun dalam tangisan derasnya  , hatinya bagaikan ditusuk dengan anak panah . 

Dan semenjak kejadian itulah, jieun tidak pernah bukakan hatinya untuk seseorang lelaki.

               || imbas tamat ||

Pada waktu itu juga  , seonghwa baru tiba dengan keadaannya yang tergesa-gesa menghampiri ke arah jieun yang bersama dengan seorang lelaki  . Mereka merenung mata sesama sendiri dengan wajah kosong. 

【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now