[ 022 ]

41 17 0
                                    


        |♬ATEEZ-PROMISE |

              •••••••••••••••••••

"Saya.. Nak melamar awak dan saya nak kahwin dengan awak.. Saya tahu awak akan fikir saya ni gila tapi jieun.. Saya merayu ni.. Adakah awak sudi menjadi pasangan sehidup dan semati saya.. "Soal seungyeon lalu berlutut dihadapan jieun dengan tangannya memegang sekotak cincin  . Jieun tergaman dengan kelakuan aneh seungyeon.

Pftt- lelaki ni gila ke apa sampai ajak dia kahwin..

"Kau ni gila ! aku takkan kahwin dengan kau.. Aku benci kau seungyeon  , berambus dari syarikat aku sebelum aku panggil bodyguard untuk tolong halau kau.. "Jieun meninggikan nada suaranya  , memang nak aje dia tumbuk muka seungyeon  . Tiba-tiba datang sini lepastu nak melamar dia.. Nasib jieun tak maki hamun dia  .

"Awak benci sangat dengan saya ke?! "Seungyeon turut meninggikan nada suaranya.

"Ya , aku memang benci kau  ! Tolonglah jangan muncul dalam hidup aku  ! Aku tak suka  !.."air matanya yang mahu keluar mengalir jieun cuba menahan sebak didada.

"Saya takkan berganjak dekat sini sebelum awak tak terima saya semula dan maafkan saya.. "Ugut seungyeon lalu berdiri tepat dihadapan jieun.

Jieun menggengam erat tangannya menjadi suku penumbuk  , bila-bila masa saja dia boleh tumbuk muka kacak seungyeon tu  , nafasnya mula tercungap-cungap akibat marah terlampau batas  .

"KELUAR  !"jieun menjerit sekuat hatinya  , namun seketul seungyeon masih tidak berganjak  .

"Aku bencilah kau tak guna  !"

Pamm

Penumbuk milik jieun telah menghinggap pada pipi milik seungyeon  , terus pipi lelaki itu menjadi kemerahan . Seungyeon memegang pipinya yang mula terasa kebas sahaja.
Jieun merengus geram  , wajahnya menunjukkan yang angin dia sudah meletus keluar.

Pintu pejabat milik jieun mula dikuak oleh seonghwa yang baru tiba dalam keadaan tergesa-gesa  , iyelah tiba-tiba sahaja suzy call dia suruh datang. Mana suzy dpt nombor dia  , aku un taktau.

"Agasshi "seonghwa berlari anak menghampiri jieun yang tercungap-cungap . Lelaki dihadapan jieun dia memandang  .

"Eo? "Seonghwa terasa macam pernah nampak lelaki ini  . Bila diingatkan balik  , lelaki semalam  .

"Keluar  ! Saya tak nak tengok muka awak dekat sini !"bentak jieun , air mata yang ditahan terus mengalir keluar perlahan-lahan  .

Tanpa banyak kata-kata yang dikeluarkan oleh seungyeon  , dia akhirnya menapak keluar dengan hati yang kecewa seperti disambar petir  .

Selepas bayangan seungyeon mulai menghilang  , seonghwa melirik anak matanya memandang keadaan jieun yang menangis teresak-esak disebelahnya . Ini kali pertama dia melihat jieun menangis  .

"Hikss.. Hikss.. "

Seonghwa mula terasa kesian dengan keadaan jieun sekarang , lalu dia menarik tubuh jieun ke dalam dekapannya  . Jieun menangis di dalam pelukkan itu . Perlahan-lahan tangan seonghwa menepuk belakang badan jieun . Untuk menenangkan semula hati jieun  .

"Agasshi jangan sedih.. Saya sentiasa berada disisi agasshi "pujuk seonghwa  .

               ••••••••••••••

Seungyeon berjalan lemah disepanjang kaki lima , mahu keluar daripada syarikat situ . Wajah muram , kecewa dan perasaan yang setanding dengan nya . Pipinya yang ditumbuk oleh jieun masih terasa kebas dan kemerahan  .

Perlahan-lahan langkah menuruni satu persatu anak tangga untuk ke aras bawah disebabkan lif penuh jadi dia terpaksa ikut tangga . Pekerja-pekerja yang berada disekitar nya dia abaikan sahaja walaupun pelbagai bisikkan yang menerpa gegendang telinganya  .

Dia menanggalkan blazer miliknya lalu disandarkan pada lengan . Tali leher pula dilonggarkan untuk menyelesakan sedikit dirinya. Baru dia mahu melangkah keluar daripada situ  , ada sebuah tangan telah menarik lengannya membuatkan seungyeon terhenti  , kepala di toleh memandang insan tersebut.

"Kau siapa? "Soal seungyeon setelah perasan itu adalah lelaki yang dia jumpa tadi  .

"Kalau kau ada masa sekarang , aku nak jumpa kau "kata seonghwa  . Seungyeon berfikir sejenak  .

Di cafe wave..

Seungyeon memandang lelaki dihadapannya dengan muka bosan  , entahlah asal lelaki ni mahu berjumpa dengan dia.

"Jadi? Asal nak jumpa aku? "Soal seungyeon sambil memeluk tubuhnya  .

"Aku park seonghwa  , pengawai peribadi cik jieun "seonghwa memperkenalkan dirinya dahulu  .

"Pengawai peribadi? Ouh  , patutlah kau selalu berkepit dengan dia "kata seungyeon selamba  .

"Sebab aku pengawai peribadi , mestilah jaga persekitaran dia.. Takut ada apa-apa ke yang berlaku dekat dia "balas seonghwa sambil mengacau sudu yang berada didalam cawan kopi  . Dah berapa kali dia minum kopi hari ni  . Confirm tak dapat tidur malam.

"Aku tahulah  , tu pun nak terang dekat aku juga ke? "

Hampir sahaja tangan seonghwa mahu mendarat pada muka lelaki didepan dia ni . Tetapi niat jahat dia tu disimpan dahulu  . Kang tak fasal bergaduh pula  .

"Aku bukan nak celah hal privasi korang but aku nak tahu juga  , apa kena mengena kau dengan jieun..dan apa hubungan korang berdua eh? "Soal seonghwa . Kening diangkat seperti ingin tahu  , waduh tersibuk pula dalam hal privasi orang  .

"Dulu aku dengan dia adalah pasangan kekasih but kami putus hubungan sebab aku perlu keluar negara.. Dan.. "

"Aku yang minta putus hubungan dengan dia dulu..dan.."jelas seungyeon kemudian ayatnya tergantung buat seketika  .

"Dan? "

"Aku kecewa sebab dia dah tak suka aku lagi.."sayu sahaja suara seungyeon  . Anak matanya melirik ke arah berlainan  .

"Aku nak kembali dekat dia semula.. "Seungyeon mengesat air mata lelakinya yang mengalir keluar  . Seonghwa terdiam , dia dengar sahaja luahan seungyeon tu.

"Aku nak minta tolong kau boleh? "Tanya seungyeon dengan wajah mahukan pertolongan dengan seonghwa.

"Maybe "balas seonghwa acuh tak acuh sahaja  .

"Tak lama lagi aku perlu pulang semula ke sana, dan tolong beri ni dekat jieun..dan cakap dengan dia aku minta maaf daripada hujung kaki sampai hujung rambut.. "

"Kau je yang aku harapkan.. Kalau aku merayu bukan dia nak dengar pun.. Marah aku adalah"

Kotak bersaiz sederhana dihulurkan ke arah seonghwa  , seonghwa memandang kosong kotak yang berada dihadapan dia sekarang  ...

"Tolong ya  , seonghwa "bahu seonghwa ditepuk sebelum seungyeon mempamitkan dirinya  . Seonghwa yang tercegat disitu terus dia mengejar bayangan seungyeon yang berada diluar cafe  .

"Seungyeon "panggil seonghwa  , automatik seungyeon menoleh wajah ke arahnya dengan muka hairan.

"Aku..."

"Aku sebenarnya suka jieun dan aku nak kau tolong jauhkan diri daripada dia.."

"Aku tak nak dia sakiti bila berjumpa dengan kau.. "

"Tolong...dan aku tak boleh tolong kau.. "

Kata seonghwa lalu beredar daripada situ meninggalkan seungyeon yang berdiri diluar cafe  .

"Aku dah agak.. "Omel seungyeon.

  

                   →To be continued

                            














【C】 Star :: Voices |I아이유[feat.성화]Where stories live. Discover now