Bab 10: L[K]awan

988 137 33
                                    

"HM? Oh. Ni yang kat dalam buku, ni."

Rudy mendekatkan buku teksnya dengan Iman lalu merendahkan sedikit buku tersebut ke bawah agar dapat dibaca oleh gadis itu.

Iman mengecilkan sedikit jaraknya dengan Rudy dan membaca segala isi kandungan di dalam buku teks tersebut. Dia kemudian, menghelakan nafas, mengerti. "Oh, ini ke? Yang ini memang susah sikit."

Iman berhenti seketika menggigit hujung bawah bibirnya, berfikir.

Sebab itulah semua pelajar disuruh untuk membaca dan memahami prosedur eksperimen sebelum kelas bermula supaya nanti eksperimen dapat dibuat dengan lancar tanpa sebarang kesilapan yang serius.

"Erm, tak apa. Kasi saya isi air dulu, pastu saya tunjuk dekat awak macam mana," kata Iman, mencapai bikar dari dalam raga.

Kakinya diorak hendak melangkah ke belakang makmal namun terhenti apabila dia rasakan sesuatu dari belakang menariknya membuatkan dia menarik nafasnya laju.

"Kejap." Rudy menarik lab coat Iman dari belakang, membuat gadis itu terpusing dan menghadapnya semula.

Terhenti nafas Iman saat ini. Laju jantungnya berdegup apabila tangan Rudy secara tak sengaja bersentuhan dengan bahunya semasa berpusing tadi.

Walaupun berlapik dengan tiga hingga ke empat lapisan, it is still wrong! What was that for? Apahal dia ni? Jerit Iman dalam hati.

"Biar aku ambik. Kau duduk sini," kata Rudy perlahan, lalu mengambil bikar itu dari tangan Iman. Dia terus bergerak ke belakang makmal.

Iman meneguk air liurnya dengan tindakan Rudy tadi. Haih, berapa kali dah ni jantung dia jadi macam ni? Dia memerhatikan sahaja Rudy yang bergerak semakin jauh ke belakang.

Semakin hari, semakin dia tak faham dengan lelaki ini. Kejap macam itulah, pastu macam inilah. Pening Iman nak memahami dia.

Rudy boleh jadi sombong dan angkuh hampir pada setiap masa tapi entah mengapa Iman dapat rasakan jauh dari dalam diri lelaki itu, ada sifat kelembutan. Sifat yang mengambil berat fasal orang lain.

Lelaki memang selalu macam ni, eh? Luar lain, dalam lain. Apa yang dizahirkan memang jauh benar bezanya dengan yang batin. Iman tanpa sedar melakar senyuman pada bibirnya. Dia menghelakan nafas kecil, lalu menggeleng perlahan.

"Erm, Danial. Tolong bagi saya tabung uji."

Tiada sahutan.

Kening Iman ternaik. Kepalanya diangkat, lalu menoleh ke kiri kanan depan belakang. Tiada. Aih? Mana pergi buaya darat ni?

Iman menggaru kepalanya yang tidak gatal. Seketika dia mendengar pula suara pemuda yang dicarinya.

"Seminggu je? Kau biar betul?"

"Ya, buat apa aku nak tipu?"

"Tak marah pulak dia kat kau?"

Danial sekadar mengangkat bahunya ke atas. Seminggu itu dah kira lama buat dia. Pernah sekali itu, dia hanya couple sehari sahaja sebab terkantoi dengan parents pihak perempuan.

Dia tak ambil kisah sangat pun, sebab yang minta couple itu bukan dia tapi yang si perempuan tu. Danial terima sahaja sebab tak mahu kecilkan hati dia.

Iman terseringai, bercekak pinggang. Bertuah punya jantan! Ditinggalnya aku kat sini buat semua sorang-sorang?

"Kau tengok siapa tu?"

Terlompat kecil Iman ke tepi dek terkejut dengan Rudy yang tiba-tiba sahaja muncul di sebelahnya. Iman mengurut dadanya perlahan. Kus, semangat.

"Tu." Iman menunjuk dengan jari telunjuknya.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now