Chap 23

824 97 28
                                    

3 hari kemudian,

Paang!

"Anak tak guna! Suami jenis apa kau ni, hah?! Isteri kau dalam keadaan macam ni selepas kemalangan pun kau buat tak kisah je?! Apa yang kau buat selama ni, hah?! "

Kaizo melepaskan amarahnya dengan geram sekali setelah menampar muka Halilintar. Dia marah, sangat marah dengan anaknya yang seorang itu.

Sepanjang Gempa berada di hospital, Halilintar sekalipun tidak pulang dari luar negara untuk menjenguk isterinya. Gempa diam sahaja kerana dia harus terus meneruskan lakonannya. Tapi tipulah jika dia tidak pernah bertanya tentang Halilintar.

Dan tipu juga kalau hati Gempa tidak hancur setelah menyedari sudah 4 hari berlalu dan suaminya itu masih belum pulang dari luar negara dan bercuti bersama-sama dengan kekasihnya, Ying.

Dan kini, setelah Gempa dapat keluar dari hospital, Kaizo dan isterinya membuat keputusan untuk menggantikan tempat Halilintar bagi menjaga Gempa. Dan Gempa akui, dia sangat selesa dengan layanan baik keluarga mertua mereka.

Kini, setelah Halilintar pulang, Kaizo terus menelefon anaknya itu untuk segera ke pulang ke rumah. Dan perkara pertama yang dia lakukan ialah menampar muka anaknya itu. Wajah Kaizo sangat bengis waktu itu. Dia tidak dapat menahan amarahnya yang meluap-luap berleluasa di dalam dirinya di sepanjang 4 hari itu. Dia amat marah dengan Halilintar. Kerana sebagai suami, dia tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

"Abang... Tolonglah bertenang. Hali kan baru balik dari luar negara? "

"Dan sebab apa dia ke sana?! U dah lupa? Kita ada telefon Nut sebelum ni! Dan dia kata dia langsung tak tahu sebab apa Hali ke luar negara! Dan apa yang paling mengejutkan? Dia takde apa-apa jadual shooting pun dekat sana! Dan dia boleh pula suruh isteri dia katakan yang dia tu ada kerja dekat sana!"

Kaizo menoleh ke arah Halilintar yang sedari tadi lagi berdiam diri. Dadanya turun naik kerana marah. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia pukul dan lipat anaknya sampai insaf.

"Baik kau beritahu aku, Hali. Kau pergi mana selama seminggu lebih ni? Dan kau jangan sesekali tipu dekat aku dan mak kau! Kau cakap... Baik kau cakap, Hali! "

Halilintar mengetap bibirnya. Dia sempat melirik ke arah Gempa yang kini sedang memandang ke arahnya bersama-sama Fang di belakangnya. Seketika dia hairan, kenapa Gempa sedang duduk di atas kerusi roda?

Tetapi itu bukan isunya sekarang. Sekarang, dia harus berdepan dengan amarah ayahnya. Dan dia tahu, dia tidak dapat lari dari situasi ini.

"Se-sebenarnya... Ha-Hali memang b-betul ke luar negara... "

"Dan untuk apa kau ke sana?! "

Halilintar diam.

Sungguh dia tidak tahu harus buat apa lagi sekarang. Kerana dia terlalu leka bersama dengan Ying, dia terus lupakan tentang kejadian dia dengar Gempa kemalangan tempoh hari. Ying membuatnya melupakan segalanya kerana malam itu gadis itu memberikannya minum sampai dia tidak sedar keesokan harinya. Dan paling teruk, dia terus lupakan tentang hal itu dan mengabaikan panggilan telefon keluarganya.

"Hali... K-keluar bersama-sama kekasih Hali.. "

Pang!

Sekali lagi tamparan kuat hinggap di wajah Halilintar. Kali ini, ibunya pula yang menamparnya.

"Tak guna. KAMU NI MEMANG TAK GUNA!! "

•°•°•

"Saya harap... Awak tidak terkejut dengan keadaan tadi. "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now