🌹Q&A🌹

862 80 42
                                    

Eyyo Hitman Bang introducing - eh bukan.

Ello, memandangkan sudah ada yang mula tertanya-tanya, sekarang author akan terus straight to the point untuk menjawab persoalan semua. ^^

Dan hos undangan semua adalah.... Other Elements! Tepuk tangaann!

Taufan: Apa-apa jela..

Blaze: Entah. Watak kita pun belum muncul-muncul lagi.

Solar: Kesian peminat aku tengah rindukan aku...

Ais: Dah, lah. Korang ni cakap banyak pula. Cepat siapkan soalan tu semua.

Taufan: Yeet. Ok. So, soalan pertama untuk Gempa!

Kenapa Gempa tak putuskan sahaja hubungan dengan Halilintar?

Taufan: Hmm.. Yang ni sebenarnya adalah plan asal author. Dia nak para pembaca lebih curious dengan hubungan HaliGem.

Solar: Ha'a. Dan kalau Gempa terus berpisah je terus, baik tak payah buat cerita. Buat je ending terus.

Ais: Dan di sini juga kita kena tahu, Gempa sentiasa dengar cakap mak ayah dia, so dia akan selalu ingat pesanan mak dia waktu dia kahwin dulu.

Taufan: Dan sebab sebelum ni Hali tak kasar sangat, dia buat keputusan untuk stay. Dan sepertimana kita dah tahu, Hali dah jadi makin teruk, jadi bermula dari situlah Gempa ingin membalas dendam. Dia stay sebab dia nak balas dendam.

Kenapa Gempa tak beritahu je semua tentang apa yang Halilintar dah buat dekat dia?

Blaze: Fufu~ kalau orang tu dia nak rancang balas dendam, dia ada berterus-terang tak?
Taufan: Eish, apahal kau cakap macam tu? Bukanlah. Gempa tak nak beritahu sebab pertama, dia diancam oleh Hali. Kita tak tahu, apa kemungkinan besar yang Hali akan buat dekat Gempa. Sebab kita sendiri pun tahu, macam mana Hali dah buat dekat Gempa bila dia syak Gempa ada beritahu mak ayah dia. Padahal Gempa tak cakap apa-apa pun, kan?

Solar: Plus, sebab dia ada rancangan sendiri, jadi Gempa diam je. He knows what in his mind.

Tak boleh ke Gempa pergi je tinggalkan Halilintar?

All: (smirk)

Solar: Just wait.

Boleh tak kalau Gempa pun curang/selingkuh dengan Halilintar juga?

Thorn: Kesianlah Hali kalau dia dicurangi..

Blaze: Buat apa? Memang dia layak pun, kan?

Taufan: Well... Gempa tak rancang untuk curang, tapi LEBIH dari tu dia ada rancang.

Gempa akan setia kepada Halilintar tak?

Taufan: Terpulang. Itu je yang boleh cakap.

Solar: Gem? Tak nak cakap apa-apa ke?

Gempa: ....aku benci Hali.

Trio: BUUUUUU~~!! Padan muka Haliii!!

Hali: (menangis dalam hati)

Kenapa Gempa masih tetap setia dengan Halilintar?

Thorn: First love!

Taufan: Uuhh... Ok no comment.

Kenapa Gempa rancang rancangan macam tu?

Taufan: Hehe! Ada sebab kenapa! Kita tunggu je.

Kenapa Gempa tetap peduli tentang Halilintar? Padahal Halilintar kan dah buat macam-macam dekat dia?

Taufan: Ok, kalau yang ni apa kata kita dengar Gempa sendiri yang cakap?

Love Me Like You Do [C]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें