S3 | Chapter 7

1.7K 337 204
                                    


***********

Keputusan Jimin untuk buat Luna jatuh cinta samada ikhlas atau tidak itu dia sendiri pun tak boleh nak pastikan. Maklum lah, dia sendiri yang telefon Tuan Lee iaitu ayah Luna semata mata untuk dapat tahu pasal penyakit tu dan memang betul Luna mengidap kanser hati. Kebetulan dalam panggilan tu, Tuan Lee sendiri yang mintak Jimin untuk berikan Luna saat indah dalam hidup dia. Sebab selama ni Tuan Lee dah cuba untuk luahkan segalanya apa yang dia mampu dan kasi Luna kebebasan dalam hidup gadis itu.

Kali ini giliran Jimin, memandangkan Jimin pun kena move on dari Yunjae. Jadi dia buat keputusan untuk bantu Tuan Lee.

Itu lah kisah di sebalik bagaimana Jimin beria nak tawan hati Luna, lagipun ada baiknya kalau dia betul betul jatuh cinta.

"Adomak dia buat apa dekat sini?" soal Luna yang barusan keluar rumah bersama ayahnya. Terlihat Jimin dengan tenang tersenyum lebar seraya melambai manis.

"Ha pergi lah, boyfriend kamu dah tunggu tu."

"Ish tak nak ah pergi dengan dia."

"Tak payah acacah sangat lah. Dah pergi pergi." kata Tuan Lee, tubuh anak perempuan dia itu ditolak tolak lembut. Sempat dia mengenyit mata pada Jimin.

Sementara Luna sudah pun selamat masuk ke dalam perut kereta. Dia cuba untuk stabilkan nafas dan buat macam tak ada benda bila terpaksa berduaan dengan lelaki tu. Jimin pulak dah tersengih nakal.

"Good morning baby."

"Err cepat lah jalan. Appa tengok tu."

Lelaki itu tertawa halus sebelum keretanya meluncur laju ke arah college. Luna menghela keluhan lega sebaik sahaja jarak dari rumah dah makin jauh. Fuhhh.

"Berhenti tepi tu."

"Shireo."

"Ish berhenti jelah."

Jimin memandang gadis itu sekilas, "Kau nak skip kelas kan? No. Hari ni aku akan make sure kau pergi kelas. Arraseo?"

"Eyyyyyy kau bukan—"

"Aku boyfriend kau. So kau kena dengar arahan aku."

"Ey! Bila masa kau boyfriend aku?!"

"Semalam."

"Aku tak cakap pun aku setuju."

"Aku tak perlukan pun persetujuan kau, sebab ayah kau sendiri yang setuju."

Mata Luna membulat besar, patut lah kemain mesra dia dengan Jimin rupanya dah cakap belakang belakang. Kereta diberhentikan di tebing jalan raya, lagi beberapa langkah sebelum tepat masuk ke dalam perkarangan kolej. Gadis itu mengeluh kalah, nak tak nak memang dia kena pergi kelas lah jawabnya hari ni.

"Wait." pergelangan tangan gadis itu ditahan.

Tangan kiri lelaki itu melingkar pada belakang rambut Luna kemudian merapatkan kepala ke arahnya. Bibir Jimin maju sejarak kemudian menguncup dahi gadis itu dengan lembut. Jantung Luna dah tak keruan, barusan dia dapat ciuman hangat yang mendebarkan.

"Y..Yah."

Jimin tersenyum, "Belajar elok elok okay? Oh ya, aku dah masukkan lolipop dalam beg kau. No rokok, tak elok untuk kesihatan kau. Kalau kau sayang aku, dengar cakap aku. Kheol?"

"A..Aku pergi dulu." tanpa membalas semua soalan Jimin, dia terus melarikan diri masuk ke dalam kawasan kolej.

Dari jauh Jimin tertawa melihat gelagat Luna yang dah gelabah tak tahu nak bagi respon macam mana.

"Kiyowo."

************

Plastik beg diambil Yunhee dengan tenang berjalan keluar dari kedai runcit. Hidup sorang diri dekat rumah sewa semata mata untuk pujuk budak lelaki nama Jeon Jungkook yang dah jadi keras kepala. Ya, dia mengaku silap dia sebab buat Jungkook berubah macam tu. Walaupun banyak kali lelaki tu cuba untuk hantar dia balik, Yunhee pun jadi budak perempuan yang keras kepala dengan menolak sepenuh hati. Selagi dia tak balik dengan Jungkook, selagi tu lah dia tak akan balik ke Seoul.

The Starry Sky + kthWhere stories live. Discover now