Bab 13: Flash

958 136 22
                                    

[R U D Y's POV]

2 Days ago.........

AKU berjalan sambil mengerling kertas kecil yang tertulis alamat Iman di tanganku.

"Kat sini an? Tapi betul ke?" soalku kurang pasti. Walaupun aku sudah meminta bantuan Jet tapi aku tetap juga risau.

Macam mana kalau aku ketuk salah rumah? Naya aku. Semakin kecil jarakku dengan rumah Iman, semakin laju jantung aku berdegup.

Aku mengangkat kepalaku dan tanpa aku sedar, seorang budak lelaki sedang laju berlari ke arahku.

"Whoah!" Aku mengelak sebelum sempat dia melanggarku.

"Sorry!" jerit budak itu terus sahaja berlari. Aku mendengus halus sambil menggeleng kepala. Kakiku terus diorak.

"So... nilah rumah dia?" soalku lagi. Aku menjengah sedikit ke rumah Iman dan dahi aku berkerut tiba-tiba.

"Siapa pulak tu?"

Aku memandang seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah Iman. Pakaian lelaki tu nampak aneh sebab dari atas sampai bawah, semua hitam.

Kepalanya juga ditutup dengan kain bewarna hitam. Macam anak tudung pun ada. Fashion nenek dari kampung ke?

Family dia kot. Tebakku.

Namun langkahku terhenti tiba-tiba, sebaik sahaja aku melihat lelaki itu mula bergerak ke penjuru rumah Iman dan menyorok di situ, setelah dia mengetuk pintu beberapa kali.

Dahi aku berkerut hairan. Tanpa berfikir panjang, aku lantas menyorok di sebalik dinding yang berhampiran dengan pagar rumah Iman. Risau pula aku kalau-kalau lelaki tadi ternampak aku.

"Adik nak apa la... gi? Aik?"

Aku dengar Iman bersuara. Aku menjengah kepalaku sedikit ingin melihatnya. Tanpa aku sangka, muka aku mula membahang kepanasan. Jantungku yang tadinya normal sudah mula berdetak laju.

Aku kembali bersandar pada dinding sambil meneguk air liurku berkali-kali. Nafasku yang semakin tersekat, cuba dikumpul.

"Tudung kau mana? Tudung! Aurat woy, aurat!" gumamku perlahan sambil menumbuk tanganku sendiri.

Tak fasal-fasal jantung aku dah berlari bagai nak gila tengok kau freehair. Aku menarik nafas dalam ingin bertenang.

Iman ni pon satulah. Asas perempuan bukak pintu, mesti pakai tudung.

Aku mendengus sehinggalah aku teringat apa yang disebut Iman tadi.

Adik? Aku berfikir sejenak. Budak yang hampir langgar aku tadi tu ke?

Pap. Bunyi pintu ditutup.

Selang beberapa saat, aku memberanikan diri aku keluar dari situ dan melangkah laju ke rumah Iman. Aku perasan lelaki tadi bergerak ke satu ruang kecil yang membawanya ke belakang rumah.

Kening aku terjongket hairan. Dengan perlahan, aku mengekorinya. Aku berjalan sesenyap yang boleh. Seketika, aku terdengar satu suara yang sedang bercakap di telefon.

"Ya, boss. Haah, Saya dah jumpa. Baik boss. Baik. Ya, ya. Baiklah," bisik lelaki itu berbisik melalui telefonnya.

Lelaki itu seperti sedang bercakap dengan so-called bossnya dari dalam telefon.

So, kau ni kuli jelah? Ceh. Aku menjulingkan mataku ke atas. Aku masih memerhati lelaki ini yang tak habis-habis nak mengulang ayat yang sama. Ya, okey, baiklah, menyampah pula aku dengar.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now