Juyeon Where You At (Error)

324 38 286
                                    

To all my lovely readers. Thanks sebab sudi tunggu hellaasss... Baru nak sambung balik. Hehe Sorry. As I told, for this chapter nak buat special sempena kemenangan The Boyz dalam Road To Kingdom. Hope korang faham coz The Boyz sendiri yang akan react performance checkmate diorang dalam chapter ni. Hope you guys enjoy and endure fine days.

E.O, with love💋

🌹🌹🌹

"SARUNG CADAR~SARUNG CADAR~ AKU NAK TUKAR SARUNG CADAR BARU." Jerit Hankyeon di dalam biliknya sambil gelek dengan cadar barunya bak artis bollywood. Dia shah rukh khan. Sarung cadar Kajool. Jakun nak ganti cadar baru. Berapa tahun agak tak ganti. Dah penuh peta satu dunia. Bocor agak semalam period. (did u guys misheard 'sarojaba' in checkmate as 'sarung cadar'? Ke telinga aku je yang dah prolem. Hahaha... Cer korang nyanyi balik dialog Haknyeon tu ikut rentak checkmate.)

Juyeon yang sedang nyenyak tidur di dalam bilik di atas katilnya tiba-tiba tersedar dek suara Haknyeon yang menyalak bagai halilintar tersebut. Perlahan-lahan matanya dibuka.

"Aku kat mana ni? Tadi... bukan... kelas fizik kat library ke?" Juyeon bingung. Masih lagi mamai dalam keadaan baring melunjur kaki, perlahan-lahan kepalanya ditoleh ke sebelah kanan. Terlihat Younghoon sedang melipat kain baju sambil bersiul.

"Youghoon?" panggil Juyeon perlahan masih lagi boleh didengari Younghoon.

"Eh, Juyeon kau terbangun. Sorry, aku bising sangat ke?" tanya Younghoon bersalah.

"Tak. Bukan... Kejap... Cikgu Hyuksoo dah balik ke?" Juyeon cepat-cepat bangun sambil menggarukan kepalanya yang konfius itu.

"Cikgu Hyuksoo? Siapa tu? Apa kau ngarut ni? Tulah tidur petang lagi. Otak bengong dah macam mat ganja." Ujar Younghoon sambil menampar-nampar pipi Juyeon.

"Aduh, sakit lah bongok." Juyeon memegang pipinya yang merah ditampar Younghoon. Asal muka kau makin tua? aku kat mana ni? Warden kita tak kan kau tak kenal?" Dia baru je ajar kita fizik tadi."

"Natang apa yang gigit wayar dalam otak kau ni? Sejak bila pulak kau amik fizik? Kau aliran art dulu. Lagi satu siapa yang ajar kau kurang ajar dengan hyung ni. Kau tu muda setahun daripada aku tau." Marah Younghoon kepada Juyeon.

"GANGGGGGGGG CEPATAN. ROAD TO KINGDOM DAH NAK START."

Terdengar suara beruk-beruk 11 ekor melalak di ruang tamu. Younghoon dah duga keadaan yang akan berlaku tetapi Juyeon masih lagi blur dengan keadaan sekeliling yang dihadapinya sekarang.

'Tadi aku tengah belajar fizik dengan diorang dalam kelas kat library. Then diorang palau aku. Pastuu... Asal tetiba aku ada kat dalam rumah siapa je ni??? Tapi... aku still duduk dengan diorang semua sebumbung. Tapi... takkan sebab fizik belajar pasal magnetic tadi sampai tarik aku pergi masa hadapan? Kuat naw daya tarikan tu. Arghhhhh boleh masuk tanjung rambutan aku fikir masalah ni!' Juyeon menjerit dalam hatinya. Wajahnya berkerut seribu.

"WOI, PEKAK KE SEMUA ORANG DALAM RUMAH NI!!! TADI BERIA SURUH " jerit New yang sudah tidak menyabau.

"Jom, apahal muka kau cam orang sembelit je ni?" Tanpa banyak soal,Younghoon terus menarik tangan Juyeon keluar daripada bilik.

"Cepat-cepat cereal jangan lupa bawak sekali." Jacob mencari-cari kotak cereal yang tak jumpa-jumpa. "Bodoh amet... siapa yang curi cereal aku hanat? Tu last stok aku simpan untuk tengok final."

"WEYYY FINAL DUH. I WANT TO SEE MY MICHEAL JACKSON, KEVIN MOON. AKU NEBES. MY GOD CPR PLEASEE..." Kevin memegang dadanya lalu pengsan di tengah-tengah ruang tamu tersebut.

TBZ School Hellaass [HOSTEL LIFE CRACK] [HOLD] Where stories live. Discover now