Bab 15: Bersalah

927 134 20
                                    

"SEBENARNYA kan kalau kau fikir balik tak salah pun," kata Jet lembut.

Rudy menayang muka sebal.

"Okey, aku rasa kau terlepas kot bahagian yang aku cakap dia letak aku atas peha dia." Rudy menekan perkataan 'peha' supaya Jet jelas dengan apa yang dia cerita tadi.

Senyuman di bibir Jet terus mati. Rahangnya diketap menahan geram. 

"Aku dengarlah, aku tak pekak lagi. Bagilah aku cerita dulu." Jet mendengus. Nak tolong member pun kena sindir.

Rudy terdiam dan faham. Dia senyap tak berkutik hendak memberi ruang untuk kawannya pula bersuara.

"Kau pernah dengar perkataan darurat tak?" soal Jet.

Rudy sekadar menggelengkan kepalanya. Keningnya bertaut rapat.

Jet menarik nafas dalam sebelum menerangkannya secara kasar. "Darurat ni ada banyak maksud, tapi dari segi islam maksudnya seseorang yang berada di dalam keadaan yang sukar yang membuatkan dia terpaksa melakukan apa sahaja demi menyelamatkan nyawa dia."

Rudy mendengar tanpa mencelah. 

"Allah ni... Dia tak kejam. Dia dah susun cantik-cantik dah cara kehidupan manusia. Memang betul lelaki dan perempuan yang bukan mahram tak boleh sentuh each other secara fizikal tapi bila datang keadaan yang darurat, kita tak ada pilihan lain. Hukum ikhtilat yang asalnya haram boleh bertukar menjadi harus." Jet menyambung lagi panjang lebar. 

Rudy sedikit berkerut. Dia cuba memahami maksud kawannya. Okey... mahram. Kiranya mahram ni seseorang yang haram disentuh la? Ikhtilat tu pula hubungan antara lelaki dengan perempuan.

Okey. Rudy mengangguk perlahan mula memahami.

Selang beberapa saat, Jet membuka mulutnya lagi. 

"Aku bagi contoh senanglah. Okey contohnya, ada seorang perempuan ni lemas dan tak tahu macam mana nak berenang. Dan waktu itu jugaklah tak ada sesiapa kecuali kawan dia. Pastu kawan dia ni pulak lelaki. Nak tak nak kawan dia yang lelaki ni kena jugak la selamatkan perempuan tu. Sebab kalau dia tak selamatkan, kemungkinan besar perempuan tu akan mati lemas. Nak tunggu bantuan sampai? Mati dululah perempuan tu jawabnya." Jet mengangkat kedua belah tangannya ke atas di akhir kata.

Rudy mengetap bibirnya. Dia sedikit sebanyak sudah mula memahami. Cumanya ada beberapa perkara yang membuatkan dia keliru.

"Jet... tadi kau ada cakap mahram kan?" Dahi Rudy masih berkerut. Mata Rudy ditala memandang lantai.

Jet mengangguk. "Haah, kenapa?"

"Apa beza mahram dengan muhrim? Yalah sebab aku selalu dengar, kejap orang tu cakap mahram lepas tu cakap muhrim. Mana satu yang betul?" soal Rudy. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia benar-benar keliru.

Jet terdiam seketika. Wau... tak sangka dia Rudy perasan pasal hal tu.

Jet tersenyum tersenyum nipis. Berminat eh, kau nak tau. Aku suka, aku suka.

"Antara mahram dengan muhrim, yang paling tepat mestilah mahram. Sebab muhrim tu maksudnya seseorang yang mengerjakan ihram haji atau umrah. Mahram ni pula orang yang berlainan jantina dengan kita tetapi haram untuk kita berkahwin dengannya," terang Jet, yang baginya sudah cukup jelas.

Kerutan di dahi Rudy semakin bertambah. 

"Apa? Aku tak faham. Apa benda tu? Berlainan jantina dengan kita tetapi haram untuk kita berkahwin dengannya? Peningnya." Rudy memegang kepalanya. Serius cakap, dia memang pening. Sakit otaknya nak mencerna maksud Jet.

Jet menghelakan nafas perlahan. Dah agak dah. Dia masa first time dengar ayat tu pun pening juga. Berbelit kot.

"Okey, okey. Senang macam ni la. Kau ada adik perempuan. Kau rasa kau dengan adik perempuan kau boleh kahwin tak?" soal Jet. Sengaja mahu menguji kawannya.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now