Bab 17: Pasar [EDITING]

784 115 25
                                    

"EH, Rudy?" terkejut umi, melihat Rudy yang sudah terpacak berdiri dihadapan pintu rumahnya.

Rudy juga nampaknya turut sama terkejut dengan pintu yang tiba-tiba sahaja terbuka. Tak sempat pun dia nak mengetuknya.

"Ha, baguslah. Boleh ikut sekali," kata umi ceria keluar melalui pintu setelah Rudy memberi ruang kepadanya untuk lalu.

"Ikut?" ternaik kening Rudy keatas. Dia melihat sahaja umi Iman yang berjalan mendekati kereta.

"Mmn." Umi Iman mengangguk. "Umi teringin nak makan kek harini, dengar cerita dekat pasar ada jual kek sedap."

"Oh," gumam Rudy, perlahan faham. Terkedu seketika dia apabila wanita yang bertudung labuh itu membahasakan dirinya 'umi'. Lupa kejap dia fasal hal tu.

"Takpelah umi. Saya datang sini pon sebab nak pulangkan baju je," beritahu Rudy, menunjukkan beg plastik yang berisi baju dan seluar di dalamnya.

"Ala, ikut je. Lagipun baju kamu tu ada dekat dalam. Nanti balik amiklah," kata umi lagi, memaksa Rudy seperti tidak mahu mendengar jawapan lain selain ya. Rudy nampaknya takkan dapat terlepas dengan mudah.

"Tapi-"

"Sini baju tu, umi bawa masuk dalam."

Umi mengambil beg plastik daripada tangan Rudy dan terus melangkah masuk ke dalam rumah. Tercengang Rudy sekejap diluar sorang-sorang.

"Kak, cepatlah! Nanti kena tinggal!"

Rudy terdengar satu jeritan yang dia agak kenali, seperti pernah dengar sebelum ini. Kemudian dia terdengar pula suara Iman yang memberitahu bahawa dia sedang memakai stoking dan handsock.

Rudy memusingkan badannya memandang ke arah pintu rumah dan tanpa dia sedar, budak yang hampir melanggarnya haritu itu pun berdiri betul-betul dimuka pintu, tergamam. "Eh, siapa ni?" soalnya.

Rudy tidak terus menjawab, tetapi dia merenung budak itu atas bawah. Jadi betullah sangkaan dia bahawa budak lelaki ini ialah adik Iman. Lama mereka senyap, Iman pula yang muncul dibelakang adiknya.

"Rudy?" Iman memberikan reaksi yang sama seperti adiknya. "Awak buat apa kat sini?" soalnya, berjalan mendekati lelaki itu.

"Akak kenal dia?" soal adiknya, memandang Iman.

"Haah.. dia kawan akak."

Angguk Iman, memandang wajah adiknya. "Dia ada datang rumah haritu adik tak ingat?" soalnya pula, menggelengkan kepala.

Keningnya terjongket. "Eh? Ada eyh?"

Soalan dibalas soalan. Dia mendongakkan sedikit kepalanya ke atas, cuba untuk mengingati. "Oh.. yang pakai baju ayah tu ke?" soalnya pula, dengan muka terkejut.

"Haa lah, yang tu," keluh Iman menggeleng kepala sambil meletakkan sebelah tangannya dipinggang.

"Laa ingatkan ayah. Patut nampak pelik bila korang duduk bertiga kat sofa." kata adik Iman.

Memang betul haritu dia balik rumah dan ada nampak tiga orang duduk di atas sofa. Tapi dia buat tak tahu sahajalah sebab badan pun dah penat.

Gila, cikgu suruh dia lari padang 5 pusingan kot sebagai denda. Lambat satu minit je pun. Kalau padang tu kecik tak apalah jugak. Ni besar dia boleh cecah 500 m. Maksudnya dia dah berlari sejauh 2.5 km. Gila tak pancit? Lepastu kene seksa lagi dengan squad satu jam. Rasa macam nak patah sahaja kaki masa tu. Nasib jantan.

"Ingatkan akak kena denda," teka adik Iman, mula mengusik kakaknya.

Terseringai muka Iman mendengarnya. "Kenapa pula akak nak kena denda?"

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now