forty seven

2.4K 454 517
                                    


************

"jungkook."

"wEh muka kau HAHAHA!"

areum tak tahu apa yang kelakar bila tengok min ju gelak macam nak terkeluar anak tekak. kening dia berkerut bingung.

"mesti lah aku suka taehyung takkan ah jungkook? HAHAHA!"

apa lagi, sesi kejar mengejar pun berlaku.

min ju ni memang ada darah copucek betul, orang tengah serius dia boleh buat lawak. terkekeh kekeh dia gelak sebab berjaya kenakan areum. itu pun nasib tak ada saem dekat dalam kelas, jauh kemain dorang lari.

"okay okay mian! weh penat ah!"

"ish! kalau kau gurau macam tu lagi aku lempar ni." areum menunjukkan kasutnya.

"okay okay! ala aku saja je! tapi takkan kau percaya? gila ke aku nak suka namchin kau? even aku kenal dia dah lama, aku tak ada perasaan pun dekat dia." ujar min ju seraya menelan liur. tak sanggup kena lempor dengan kasut punya pasal.

"jadi, kau suka kim taehyung?"

"eung. tak cukup jelas ke? semalam kantoi aku follow dia, lepas tu dia toleh belakang time aku tengah beria cari pokok nak nyorok. HAHA." kejadian tragis di mana min ju bukan lah terserempak tapi sengaja ikut taehyung dalam diam disebabkan lama tak jumpa.

"jinjja? habis tu? apa respon dia?"

"eum, dia tanya aku nak pergi mana. aku jawab je nak minum, lepas tu aku ajak dia sekali sebab nak menutup kebuduhan gituh. nasib baik ah ada kau semalam, aku dapat rasakan kejanggalan yang akan berlaku!"

"ah tak apa, aku pun awkward semalam."

tiba tiba dia terimbas kata kata taehyung semalam. mesti sakit rasanya kalau tahu orang yang kita suka, betul betul tak ada perasaan dekat kita. jadi areum cuma mendiamkan diri tanpa memberitahu.

"pasti ke kau tak date dengan min ju?"

"eung. aku tak suka dia."

"tapi kan. aku nak bagitahu kau sesuatu." ujar min ju seraya merangkul leher gadis yang tak henti mengelamun tadi. mereka seiringan kembali ke kelas setelah jauh menyasar ke koridor bilik seni.

"eoh?"

"taehyung tak suka aku."

"k..kau tahu?!"

"eung. dulu, masa jungkook perkenalkan aku dengan geng dia. orang pertama yang menarik perhatian aku, kim taehyung. tapi hahaha.. dia tak suka aku sebab dia tengah angau dengan iseul." min ju tertawa palsu, macam ni ke perasaan raehee bila dulu dia bercinta dengan mingyu?

"aku decide tak nak sekolah dekat sini dulu sebab tak sanggup nak tengok hubungan taehyung dengan iseul depan mata. pedih. buatnya aku buat drama air mata lak sesia." sambung min ju lagi.

"kau.. pindah sini sebab taehyung dah putus dengan iseul?"

"dingdongdeng! maja! hahahahaks! jungkook yang bagitahu aku taehyung dah break dengan iseul. aku tak de lah happy sangat sebab mesti taehyung pun broken an. tapi lelama aku rasa aku punya suka tu memang tak pernah hilang. sebab tu aku decide masuk sekolah ni. gempuck tak?"

areum mengangguk perlahan. min ju sanggup tak masuk sekolah ni dulu sebab tak nak terluka, tapi akhirnya dia masuk sebab betul betul sayangkan lelaki tu. tak sangka, selain kisah kucing dalam hujan tu, ada cerita lain yang lebih menyentuh hati. iaitu dari gadis sebelah dia ni.

Milk Tea + jjkWhere stories live. Discover now