Bab 19

127 16 0
                                    

Dia sebagai abang sulung perlu melindungi adik nya daripada disakiti.Itu janji dia pada arwah mummy mereka namun dia gagal laksanakan.Dia langsung tidak sedar yang salah satu adik nya terlampau banyak derita sejak pemergian mummy mereka.

'Mummy...along gagal untuk jalankan tugas along sebagai abang Meme.Kalau mummy masih ada mesti meme tak akan rasa sakit semua ni.Mesti dia boleh dapat rasa erti gembira seperti dulu.' bisik abang long tanpa sedar mutiara yang sukar keluar mengalir dengan perlahan.

Abang long yang sedar mutiara yang terlampau mahal itu keluar, lantas dia mengelap dengan tapak tangan nya namu mutiara mahal itu tetap keluar walaupun sudah dia mengelap beberapa kali.

'Kau kena kuat bro.Jangan lemah depan adik kau walaupun adik kau pun lemah tapi dia cuba menjadi kuat di hadapan orang.Kau patut bangga ada adik macam Ameerah.' desis hati abang long

Lamunan abang long terhenti apabila phone nya berbunyi.Untuk elakkan Ame terjaga, dia cuba melonggarkan pegangan tangan nya dari adik nya buat sementara.Lalu dia bergerak ke arah jendela tingkap dengan berhati-hati.Dia melihat panggilan yang masuk sambil mata nya mengerling ke arah adik nya sedang tidur tidak berkutik langsung.

Abang tersentak melihat nama yang tertera pada nombor tersebut.Tapi apa tujuan orang itu ingin menelofon nya pada waktu lewat sebegini.Adakah ada sesuat yang penting ingin dibicarakan ke?

Tanpa menunggu masa,dia mengangkat panggilan itu walaupun dalam hati nya merasakan perkara yang tidak baik akan terjadi.Namun dia terlambat untuk membatalkan panggilan kerana nombor tersebut telah bersambung.

"Assalamualaikum,Afdzal." kata orang di sana

"Waalaikumusalam,pak ngah.Pak ngah sihat dan yang lain sihat tak di sana?" tanya abang long

"Sihat alhamdulillah.Yang lain pun sama jugak.Ni kamu ni sihat tak?Masih dekat pejabat lagi ke atau dekat rumah dah?" tanya pak ngah

"Saya dekat sini biasa lah orang bujang sihat je.Tak lah ada dekat hospital teman kawan masuk wad sekarang ni,pak ngah." kata abang long 

"Ye ke teman kawan ni?Ke teman budak pembawa malang tu ke?Maklumlah dia tu dah sakit sangat sampai kena tahan wad katakan.Dia tu selalu menyusahkan kamu semua sampai dah masuk wad." sindir pak ngah 

Abang long yang dengar pak ngah sindir, membuat hati dia mula mengelegak apabila Ame yang jadi bahan cacian mereka semua.Namun dia tak boleh buat apa-apa apabila adik nya sendiri memilih untuk tidak melawan cakap orang tua.Dia tidak kesah akan makian,cacian dan hinaan yang keluar mulut saudara mara ayah nya asalkan hati mereka puas.

Ame lebih sanggup merasa semua derita ini daripada orang yang dia sayang asyik sedih disebabkan dirinya.Lagipun biarlah orang dia sayang tersenyum gembira di hadapan nya daripada sedih.

"Mana adalah pak ngah lagipun Ameerah ada dekat rumah.Lagipun dia nak sekolah dah pun mestilah kesihatan dia kena jaga." nafi abang long

"Kamu tak payah nak menipu dengan aku,Afdzal.Lagipun aku kenal sangat perangai kamu semua." marah pak ngah

"Apa pulak saya nak menipu pak ngah ni.Benda betul saya cakap dekat pak ngah.Lagipun Ameerah tu adik kandung saya, jadi saya lebih kenal perangai dia berbanding orang lain." ujar abang long dengan menahan api larvar nya meletus disebabkan pak ngah

"Hurm kamu bela lah sangat budak malang tu.Jangan kata aku tak nasihatkan kau Afdzal.Dah berbuih mulut aku nasihat kau dengan adik-adik kau untuk jauhkan diri daripada budak malang tu.Tapi tak nak kan?Ikut suka kau lah.Assalamualaikum." maki pak ngah sebelum sempat abang long menjawab salam nya.

'Haih... sampai bila Meme perlu tahan setiap makian,cacian dan hinaan saudara mara daddy ni?Abang long dengar pun dah bengang sangat dengan diorang tu.' rungut abang long sambil melihat Ame yang masih nyenyak tidur

SKIP TIME

Tengah Hari

"Wei...Ame kau tahu tak Syah pergi bagitahu dekat daddy yang kau kena tahan wad lagi." kata Yanna sambil menyedut air kotak

Abang long yang berada di sebelah Yanna, hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap adik nya yang paling bongsu ni.Kalau nak kenakan orang memang dia nombor satu.

"Jadi...Tak perlulah daddy risaukan aku.Lagipun aku kena tahan wad mestilah dia faham prosuder semua tu." ujar Ame dengan mendatar

"Eh, eh kau.Yang tu pun nak merepot dekat dia asal?Sini hospital dik bukan rumah.Kalau nak menyalak pun, tengok tempat juga lah.Buat malu kitorang je kau ni." kata Syah sambil menolong Ame mengemas barang nya

Ame yang mendengar dua anak kambing bergaduh mula bergerak ke arah abang long.Lalu dia duduk di sebalah abang long nya yang sedang leka melihat pergaduhan kecil diantara Syah dan Yanna.Manakala Keysha pergi ke pejabat uncle Dan untuk berbicara sekejap sebelum Ame pulang.

"So... adik-adik abang long ni dah ready ke nak ke sekolah?" tanya abang long sambil menduga mereka bertiga

"I'm always ready even though I haven't recovered yet but I'm just fine." kata Ame dengan nada yang cukup perlahan 

Abang long,Syah dan Yanna tergamam mendengar ayat yang terluncur daripada mulut Ame.Mereka berasa kesian pada nya walaupun Ame tidak pernah sedetik ingin meraih simpati orang langsung.

Miss Sliver HighWhere stories live. Discover now