Chap 54

821 77 6
                                    

"Gem, kita dah nak sampai ni. Kau pasti kita tak perlukan bantuan polis untuk hal ni? "

Yaya sempat menoleh ke arah sepupunya yang kini sedang berdiam diri itu. Dia perasan yang tadi Gempa sempat menangis dalam diam dan dia tak nak mengganggu waktu sendirian Gempa. Biarlah sepupunya itu lepaskan apa yang dipendam di dalam hatinya. Asalkan ia tidak memudaratkan Yaya tidak perlu khuatir.

Gempa diam sambil termenung sekejap. Sebenarnya ada sebab kenapa dia sengaja mengajak Yaya dan 'mereka' sahaja yang akan menguruskan hal ini. Ini kerana jika polis datang ke apartment milik model terkenal negara, pasti pihak media akan kecoh. Bukan sahaja tentang isu Ying, malah isu Halilintar sebagai seorang pelakon dan selebriti terkenal negara juga akan terkena tempias. Tambahan pula Gempa tahu Fang juga terlibat dalam hal ini. Lelaki itu merupakan seorang peguam yang hebat, pasti dia akan tertangkap juga jika tersebar di berita. Dan paling Gempa tidak mahu, pekerjaan mereka terjejas.

"Haa... Aku rasa elok kita je yang uruskan."

"Kau yakin? Diorang akan makan ke dengan kata-kata kita? "

"Aku sendiri pun tak pasti. Tapi... Aku cuma harap kita berjaya. Aku yakin Ying dan Fang tidak jahat hanya kerana suka-suka, kan? "

Yaya terdiam. Tiba-tiba dia merasakan bahawa soalan daripada Gempa itu begitu sukar sekali untuk dijawab.

Adakah penjahat sebenarnya ada sebab kenapa dia menjadi macam tu?

•°•°Flashback°•°•

"Yaya... I guess both of us should tell something to each other "

Wajah Yaya mula berkerut. Entah kenapa dia rasa kata-kata Gempa berbunyi aneh tetapi merbahaya jika dielak.

"A-apa maksud kau, Gem? "

Gempa menoleh ke arah Yaya semula. Wajahnya tiba-tiba menjadi serius.

"I know you are planning something, right?"

Yaya tercengang. Gempa merenung wajah sepupunya itu. Tepat tekaannya. Yaya memang sedang merancang sesuatu di belakangnya.

"Mind to tell me? "

Gempa bertanya dengan nada yang lembut. Dia tahu apa niat Yaya sampai sanggup tidak memberitahu rancangannya itu. Tetapi sebagai orang yang terlibat juga, sekurang-kurangnya dia harus tahu sebab apa Yaya melakukannya. Ataupun beritahu apa rancangan Yaya juga sudah mencukupi.

"Uummm... Sebenarnya.. "

Yaya mengetap bibirnya. Dia tidak sangka pula bahawa sekarang dia harus berdepan dengan rahsia yang cuba dia sembunyikannya daripada sepupunya sendiri.

Ya, sebenarnya Yaya dalam diam telah memerhatikan Gempa selama ini. Jangan salah faham, dia sebenarnya sangat risaukan tentang keadaan Gempa. Terutama selepas mendapat tahu tentang perangai tak guna Halilintar dan kisah Halilintar bersama-sama kekasih gelapnya, Ying.

Sebagai seorang sepupu yang paling dekat dengan Gempa, Yaya sudah tentu tidak mahu Gempa berada di dalam kesusahan sendirian. Jadi sebab itulah dia dalam diam telah mengupah seorang. Ah, tidak. Sebenarnya dua orang untuk menyiasat, menjaga dan memerhatikan Gempa.

"Takpe, Yaya. Kau boleh ceritakan semuanya. Aku dah tahu tentangnya tapi aku nak dengar semuanya dari mulut kau sendiri. "

Love Me Like You Do [C]Where stories live. Discover now