Bab 22: Maria Lania

805 115 36
                                    

"NI nak letak mana cikgu?" tanya Suria. Di tangannya penuh dengan fail-fail kerja.

"Letak dekat belakang, dekat dengan payung besar sana," beritahu Cikgu Lina.

"Payung besar... oh ni dia." Suria meletakkan fail-fail tersebut setelah menjumpai payung besar.

"Sini, aku angkat." Rudy mengambil kotak yang agak besar itu dari tangan Iman.

Terkedu gadis itu seketika. "Terima kasih," ucapnya.

"Ha, kotak besar tu, letak kat bahagian depan. Sini ikut cikgu," Cikgu Lina berjalan ke sit hadapan dan diikuti Rudy.

Pintu kereta dibuka oleh Cikgu Lina supaya Rudy boleh meletakkan kotak besar itu ke dalamnya.

"Okey," gumam Cikgu Lina, ceria setelah selesai.

"Terima kasihlah, Suria, Iman, Rudy. Sebab tolong cikgu," ucapnya, memandang seorang demi seorang anak muridnya.

"Sama-sama," jawab Suria dan Iman.

Rudy sekadar menundukkan kepalanya sahaja. Like I got choice!

Pada mulanya, Suria yang kena tolong sebab dia merupakan penolong ketua kelas. Tapi tak tahu macam Rudy pun turut terjerat sama lepas kena heret dengan Iman. Haih, nasib.

"Cikgu pergi dulu, ye? Terima kasih sekali lagi," pamit Cikgu Lina.

"Alright, cikgu. Bawak kereta elok-elok tau," pesan Suria, sambil melambai ke arah cikgunya.

"Inshaallah. Bye, assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam," salam Cikgu Lina disambut oleh mereka bertiga.

Sebaik sahaja kereta guru itu meluncur pergi, Suria lantas memandang Rudy, terkejut. "Did you just jawab the salam?"

Rudy sekadar mengangkat bahunya sahaja. "Guess I just did,"

Suria menekup mulutnya, tak percaya. "Oh. My. Allah. Hountonidesuka?"

"Ya, Rudy dah convert haritu," jawab Iman, tersenyum lebar.

Seperti yang disangka, Suria melompat kegembiraan. Reaksinya sebijik macam Iman masa kat pasar haritu.

"Wah, Omedetou gozaimasu, ore no tomodachi." Suria menepuk-nepuk beg Rudy di belakang.

Rudy memandang Suria dengan muka sebal. Tepukan Suria di belakangnya segera ditepis. Menyampah pulak dia.

Dia cakap apa tadi? Umi datuk? Datuk siapa siot? Kochi mana pulak ni? Cakap bahasa asing, pikir aku faham?

"Dia cakap tahniah," bisik Iman pada Rudy.

Rudy mengangguk perlahan tanda faham. Ceh. Memang semua perempuan macam ni ke? Kalau tak Korea, Jepun. Kalau tak Jepun, Korea. Pening dia.

Iman hanya tersenyum sahaja sedari tadi dengan reaksi Suria. Yalah, siapa je tak gembira, kan? Masa beritahu Umi haritu pun, bahagia dia bukan kepalang. Siap ajak Rudy tidur rumah lagi sebab tak mahu dia balik. Wah, melampau betul Umi ni. Nasib baik ingat lagi kat anak sendiri.

"So, Rudy." Nada suara Suria berubah serta-merta.

Rudy mendongakkan kepalanya sekilas. Apa?

"Bila kau nak sunat?" soal Suria, menggali kubur sendiri. Sengaja dia bertanya soalan seperti itu.

Mata Iman tak semena-mena terbuntang luas. Apakah!

"Sunat?" Kening Rudy tercantum, tak faham.

Suria mengetap rahangnya, kuat menahan diri dari ketawa. Sudah dia jangka reaksi Rudy seperti ini. Okeh, kita proceed!

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now