Bab 20: Pengakhiran [EDITING]

855 131 44
                                    

RUDY merenung ke dalam anak mata gadis itu, inginkan jawapan. Dalam ramai-ramai orang, kenapa dia?

Iman menggeleng sambil tersenyum nipis. "Saya cuma tertanya.. dapat ke saya kenal islam yang sebenar," beritahu Iman, jujur.

"Maklumlah, zaman sekarang ni kan. Makin menjadi-jadi perangai manusia. Macam-macam diorang buat nak burukkan agama kita. Dan hampir satu dunia termakan dengan taburan fitnah diorang," dengus Iman, geram. Sakit benar hati dia.

Rudy mengemam bibirnya. Tak boleh dinafikan, memang betul semua tu. Dia sendiri pun kalau tak tinggal di Malaysia, mesti dah kene kencing habis-habis dengan orang kafir sejati. Bukan main lagi mencanang.

"Diorang cakap Islam ni mengongkong kehidupanlah, menyekat kebebasan wanitalah, dari atas sampai bawah kene tutup habis semua bagai. Semua benda tak boleh, haram itu haram ini. Puasa pula hanya memudaratkan kesihatan, macam-macamlah tuduhan diorang buat. Tak guna!" hambur Iman semua yang terbuku dihati. Puas pulak rasa hatinya dapat menjerit. Tapi ni baru sikit.

Tersentak Rudy mendengar Iman melenting. Rasa macam tadi pelan je suara dia bercakap. Asal tetiba meninggi lak ni?

"Boleh diorang kata, 'They always seems to cover everything, it's like they have to hide themselves from others. I feel a lil bad for them. Women have their rights too, you know?'" beritahu Iman, meniru cara percakapan perempuan kristian tersebut yang dia jumpa melalui internet tempoh hari. Gedik betul!

Iman melepaskan nafas mengejek. "Awak tahu tak betapa offendednya saya, dengar dia cakap macam tu?!" soal Iman pada Rudy, bersama mata yang penuh dengan api kemarahan.

Tegak berdiri bulu roma Rudy apabila Iman memandangnya mengejut dengan muka yang bengis. Takut pula dia rasa duduk sorang-sorang dengan Iman ni. Padahal dia yang lelaki.

"Boleh dia cakap macam tu kat kita? Feel bad for us? Excuse me?! Well, I feel bad for you for exposing too much skin!!" pekik Iman sorang-sorang. Nah, hambik!

Rudy menelan air liurnya gerun. Ah, sudah... ini kalau mulut je yang berbunyi takpe. Tapi sekali dengan pakej tangan melayang ke langit sana-sini ni, apahal? Nasib baik aku suruh dia duduk jauh-jauh. Tak fasal-fasal aku pulak yang diwushunya kat sini.

Rudy diam sahaja membiarkan Iman melepaskan geram. Kang kalau dia menyampuk, dia pulak yang kene marah.

Jelas sekali kelihatan dada Iman yang turun naik, mengumpul nafas. Huh, panas betul rasa jiwa dan raganya.

And for your information catholic woman, wearing hijab is our rights too if you are too idiot to realise that. It keeps us save from all the bad eyes. What d'you know?

Hijab ini bagi Iman umpama halangan. Halangan yang melindungi perhiasan tercantik, dan juga fitnah terbesar dunia, yakni wanita. Daripada apa? Daripada dipandang oleh mata-mata mereka yang menjadikan nafsu sebagai tuhan. Tak kiralah lelaki ke perempuan, sama sahaja dua-dua. Tak ada beza.

"Dia yang tak tahu apa-apa, acah woman's right, woman's right. Pigidahhh. Woman's right ke nafsu's right? Huh, lain kali study! Study, woman! Study, before you embarrass yourself!" tempik dia lagi, buat kali terakhir.

Tergamam Rudy dengan perubahan emosi mendadak Iman. Tadi nangis, sekarang ngamuk. Perubahan hormon ke? Ke dia yang datang bulan?

This is the main reason why I stay single. Too complicated to hadle. Huh, perempuan.

Iman menarik nafas dalam, menenangkan dirinya sendiri. Relax, girl. Relax. Mereka semua jahil... dan bodoh yang amat! Ish, astaghfirullahalazdim, Iman... sabar.. tenang.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now