Q 18

873 62 0
                                    

Bangunan tiga tingkat yang dulu teguh kini sudah hangus tiga per empat daripadanya. Setiap aras bangunan biru gelap itu terdiri daripada dua makmal, satu tandas dan satu bilik setor. Makmal biologi di aras satu, makmal fizik di aras dua dan makmal kimia di aras tiga.

Langkah dimudik ke pintu makmal biologi 1. Kelihatannya separuh daripada ruang itu ada yang tak terbakar. Beralih ke makmal biologi 2 di sebelahnya, juga aku dapati bahawa kebakaran tidak teruk.

Aku terus naik ke aras dua yang menempatkan makmal fizik 1. Boleh dikatakan tiga per empat daripadanya musnah. Makmal fizik 2 – wajah Hashry terbayang dalam ruang mata. Aku masih ingat betapa lemah Hashry ketika itu. Suara serak dia mengaduh sakit. Muka pucat dia separuh sedar. Mata layu dia memandang aku.

Jika ikutkan hati Hashry orang pertama yang aku ingin selamatkan ketika itu tapi aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Aku perlu utamakan siapa yang lebih teruk. Terbit keluhan berat dari bibir. Aku rindu dia. Air mata yang bergenang diseka dengan hujung telunjuk.

Kaki terus mendaki tangga ke aras tiga. Kedua-dua makmal kimia habis dijilat api. Mungkin kebakaran bermula di sini. Lintas pintas ke? Hatiku membuat tekaan.

"Makmal 1..," kelas kimia cikgu Airin. Jadi kebakaran berlaku waktu aku ponteng kelas kimia.

"Ini kawasan larangan. Sesiapa pun tak dibenarkan masuk. Siasatan masih dijalankan." Suara itu menegur ketika aku keluar dari bangunan.

Suara itu. Suara milik lelaki yang aku benar-benar rindu. Tenang, Qayla. Tenang.

Sejak video tak senonoh aku dan Joe tertayang pada hari sukan sekolah, Hashry berubah drastik. Selalu senyum, banyak cakap, kuat mengusik dan ayat manis bertukar kejung, diam, beku dan sinis. Bagai dihenyak-henyak perasaan aku ketika ini.

Perubahannya terlalu pahit untuk aku telan tapi aku tak pandai mengekspresikan perasaan. Apa yang aku tahu hanya diam dan pergi seolah-olah tiada perasaan langsung. Wajah aku mungkin kosong. Tapi hati ini, sakit sangat.

"Satu kerja pun tak jalan. Kau memang sengaja nak rosakkan rancangan aku sebenarnya kan?"

"Kan saya cakap saya tak perasan! Ish lain kali buat je la sendiri!" bentak Tania membalas herdikan cikgu Hairi.

Musykil. Kenapa Tania selalu bertekak dengan cikgu Hairi? Bukan ke sekarang waktu kelas? Tania ponteng kelas semata-mata nak jumpa dengan cikgu Hairi? Setahu aku mereka selalu berjumpa di Discipline Cube tapi hari ini Tania terus redah ofis cikgu Hairi di Management Cube?

"I've had enough. Ini yang terakhir. Saya dah tak nak terlibat!"

"Habis tu kau nak mak kau mati ke?" Tania sengih sinis.

"So what? Kalau mak saya mati, lagi bagus daripada ada suami tak guna macam cikgu! Tak layak langsung jadi ketua keluarga!" semburnya seakan meluahkan perasaan yang sudah lama terpendam.

"Hei Tania! Kau gila ke? Kau nak satu sekolah ni tahu?" cikgu Hairi membisik keras, enggan didengari oleh sesiapa.

"Bagus la kalau semua orang tahu saya ada bapak tiri busuk hati macam cikgu."

"Nia! Kau nak abah tendang kau keluar dari sekolah ni ke!?"

"Wow. Baru sekarang nak mengaku sebagai abah saya? Hei orang tua, jijik tahu tak? Biasiswa tu cikgu simpan je la dalam poket. Mungkin mak akan mati sebab tak cukup duit untuk hemodialisis. Mungkin saya akan menyesal sebab tak bertahan. Tapi saya bersumpah, suatu hari nanti, Zulhairi Abdul Jaafar akan menyesal seumur hidup."

Aku terus lari ke roof top sebelum terserempak dengan Tania yang baru keluar dari ofis cikgu Hairi. Niat untuk berjumpa dengan cikgu Hairi terbatal.

Jadi tekaan aku betul. Cikgu Hairi ialah bapa tiri Tania. Aku tak faham kenapa mereka berdua selalu bertekak tentang sesuatu yang tak jelas. Kenapa cikgu Hairi merahsiakan hubungannya dengan Tania? Kenapa Tania benci pada bapa tirinya?

KEPALA berat. Mata kabur. Badan lembik. Tengkuk lenguh. Lengan sakit. Penglihatan jelas selepas beberapa kerdipan. Tak bodoh untuk aku tahu lokasiku sekarang. Apa yang berlaku? Macam mana aku boleh ada di sini?

"Qayla.. aku dah panggilkan doktor." Dia ke yang bawa aku ke sini?

"Cik Qayla, kita jumpa lagi." Doktor yang merawat Lily dan beberapa mangsa lain sewaktu kebakaran berlaku tempoh hari. Dia mengukur suhu badan. Bunyi bip kedengaran.

"38.8°C and not-fully-recovered injury on your left arm. Awak kena berehat cik Qayla. Thanks to your friend for bringing you here. Awak pengsan tadi." Dia senyum sebelum mengenyitkan mata kiri. Menjengkelkan.

Kepala toleh ke sisi. Ada Nasrul yang sejak tadi tidak bersuara. Biar betul lelaki yang pernah cuba untuk cium aku, bawa aku ke hospital?

"Aku nak minta maaf pasal kes aku pegang kau dan cuba cium kau. Sumpah aku saja nak usik je sebab aku ingatkan kau jenis yang tak kisah. Aku pernah ternampak kau peluk driver muda kau tu dalam kereta." Pembetulan. Joe yang peluk, aku hanya pegun dan statik.

"Eh tapi video kau dengan driver kau tu betul ke? Kau..," Nasrul teragak-agak nak tanya.

"It's okay, never mind. Kau lapar tak? Aku keluar belikan kau makanan eh?"

"Berambus. Aku tak perlu kau." Nasrul keluar dengan wajah yang terkesima. Mungkin tak percaya aku akan sebeku itu dengannya. Biarlah. Aku tak perlukan dia untuk peduli tentang hal aku.

Aku hanya mahu Hashry. Jiwa ini rindu Hashry. Mata ini mahu lihat Hashry. Telinga ini hanya ingin suara Hashry. Seharian di hospital, aku tak putus mengharapkan kedatangan Hashry.

Setiap detik, minit dan jam aku mengharap dan menunggu dia datang dan pujuk. Aku mahu usikan dia, nasihat dia, ketawa dia, senyuman dia dan perhatian dia. Aku mahu dia.

Setelah selesai urusan di hospital, Zain menghantar aku ke hotel yang pernah aku duduki sebelum ini. Aku juga memintanya untuk mengambil Lancer di sekolah dan memarkirnya berdekatan perkarangan hotel untuk memudahkan aku ke sekolah esok. Aku perlu dapatkan hasil siasatan dari cikgu Hairi untuk dilaporkan pada abah dan papa.

QAYLAWhere stories live. Discover now