4♡

1.4K 257 70
                                    


"Waalaikumsalam"

Kami cepat-cepat meleraikan pelukan yang dah serupa dengan pasukan sorak sekolah tadi selepas nampak ada seorang lelaki berkurta coklat bersama seluar jeans hitam.

muka dia macam ada iras iras cina nop tapi korea . Muallaf maybe.

Jap kenapa hati aku rasa degeun degeun ni?

"Ke-

"Korang berdua ni kalau tak boleh solat jangan bising kacau orang nak solat boleh?"

Penyataan dia membuatkan hati aku yang degeun degeun tadi hilang. Aku menilik jam di tangan.Waktu zohor belum masuk lagi kot!

Aku menarik nafas dalam. Dina dah pandang aku lain macam. Ni mesti dia ingat aku nak buat something rare kat mamat ni.

"Ermm saya rasa jam awak rosak ni kan?cuba awak tengok jam saya baru pukul satu dua puluh tujuh."aku menunjukkan jam ditangan.

"Lagi berapa minit nak masuk zohor?"tanya dia.

"Dua."

"So semua orang tengah siap sedia nak solat zohor.Ada yang tengah solat sunat,tengah berselawat dan tengah ambik wuduk. Maaf kalau awak berdua terasa sebab ni masjid tempat beribadat bukan tempat jejak kasih.Saya cuma tegur sesama saudara Islam."

Aku pandang kecik besar kecik besar je dia ni. "Saya pun nak tegur sesama saudara Islam. Lain kali jangan menyampuk bila orang nak tanya or cakap. Dah jom Dina. Nanti terlepas pulak solat zohor kita kalau bercakap je kat sini"

Aku lekas menarik lengan baju Dina lalu masuk keruang tempat solat wanita. Sebelum aku pergi sempat aku memerli dia.

••••••••••

Dengan langkah yang malas aku menapak menuju ke ruang tamu lalu duduk di sofa bersebelahan Jaemin yang sedang bermain phone.

Aku mencapai remote tv lalu menekan button on. Aku mencari siaran yang menarik tapi yang ada cuma CJ wow shop.

Aku meletak kan remote pada tempat asal lalu menyandarkan badan pada sofa dah macam orang broken.

"Naura kau kenapa macam baru lepas mati laki?"soal Jaemin yang masih tak lekang dengan phone dia. Patut la single.

"Opah."

Jaemin mengalihkan pandangan ke arah aku. "Opah? Kenapa dengan dia."

Aku mengeluh perlahan.

Flashback.

"Naura kenapa kamu keluar masa kelas mengaji tadi?"

Aku dah mula gelabah. Mati la aku kene bebel dengan Opah.

"Naura jumpa Dina tadi so kitaorang apa lagi jejak kasih la."

"Kan boleh je dalam masjid tu ke kamu memang sengaja malas nak mengaji?"

"Lebih kurang la."

"Kamu ni apa nak jadi?Opah tak kira besok opah akan panggil ustaz nuqman datang rumah ajar kamu mengaji."opah terus berjalan ke depan meninggalkan aku.

"Ustaz nuqman tu siapa pulak dah." Aku menggaru kepala yang tak gatal lalu mengekori opah yang sudah kedepan.

End flashback

"La aku ingat apa tadi mengaji je pon. Sekarang-kurangnya dapat juga gantikan dosa kau yang bertimbun tu dengan pahala kan?"

Aku menjeling dia. "Mana Opah?"soal aku sambil aku melilar mencari opah.

"Tu dekat luar sidai kain gamaknya."

Aku hanya mengangguk.

"Naura ! ustaz nuqman dah sampai nak ajar kamu mengaji ni."Suara opah kedengaran dari luar.

"Ha tu ustaz Nuqman kau dah sampai."

OH SHET

Aku lekas bangun lalu Meraba-raba kepala aku. Okay cun nasib dah pakai tudung.

Aku bergegas menuju ke arah pintu untuk menjemput ustaz tersebut.

Kenapa hati aku rasa nak mencarut lagi lepas sampai depan pintu ni?

"Dia ke ustaz nuqman?"

-To be countinue-

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now