BAB 51

232 5 0
                                    

*Guys jangan lupa like ye.. Thanks tau..

SOFEA berasa seperti mahu melompat sahaja apabila dia menerima Whatsup daripada CEO.  Entah kenapa perasaan ini lain macam sahaja apabila menerima chat tersebut.

CEO:  Awak dah makan?  Awak makan dengan siapa?

Walaupun tahu yang Sofea makan tengah hari bersama dengan Azfan tetapi sengaja ditanyakan lagi supaya dia berpura-pura tidak tahu.  Kononnya dia berasa serba salah kerana tidak dapat makan bersama dengan Sofea yang baginya baru dikenali itu tetapi mereka sudah boleh keluar makan bersama.

Sofea:  Saya makan dengan kawan.  Tuan tak perlu risau..

Eh kenapa nak kena fikir yang dia akan risau pula.  Hisyhh kau ni Sofea jangan nak fikir yang bukan-bukan boleh tak?

CEO:  Bagaimana kalau malam ni.  Kita makan malam bersama.  Saya harap awak tak menolak.

Malam ni?  Malam ni?  Oh..

Sofea:  Okay! (

Excited sangat kau ni sampai terhantar smiley sekali.  Haha.

CEO:  Haha, okay.  Jangan seronok sangat.  Sambung kerja awak tu..hihi.

Eh macam mana dia tahu aku seronok sangat ni.  Ada spy menghendap aku ke apa ni?  Haha, mungkin dia dapat rasa apa yang aku rasakan.  Erm,  tak sabarnya nak tunggu malam ni.
Malam itu seperti yang dijanjikan mereka berdua bertemu di sebuah restoren ekhlusif.  Mak ai, nak longgar lutut-lutut ni semua.  Ini restoren mahal ni.  Cukup  tak duit nak belanja CEO ni makan.  Macam mana aku nak bayar kalau tiba-tiba tak cukup.  Kata aku nak belanja tapi takut dia pula yang kena belanja.  Dia cakap  tak kisah sekali pun makan dekat kedai mamak.  Aku ingat nak syorkan dia dekat sebuah restoren Mah Mah.  Restoren steamboat.  Situ ambil je nak makan apa.  Satu kepala RM25 ringgit untuk dewasa.  Dah save duit kat situ.  Ini restoren ternama ni.  Dah la macam rupa hotel pun ada juga.
Seorang pelayan menyambut kedatangan Sofea.  Seperti dia tahu yang Sofea adalah pelanggan yang sedang dinanti-nantikan oleh seorang pelanggan VIP mereka.  Rasa macam tak sedap hati pun ada.  Betul ke ini adalah alamat yang diberi oleh CEOnya.  Macam mana kalau dia salah alamat.  Malulah.
Dan kemudian dia terlihat Rayyan sedang duduk di sebuah meja yang mempunyai dua buah kerusi sahaja.  Siap ada candle light dekat tengah-tengah pula tu.  Separuh lampu ditutup untuk menonjolkan suasana romantik.
Macam gaya nak propose  pun ada.  Jangan-jangan CEOnya ini telah jatuh hati dengannya dan ingin menjadikan dia suri di dalam hati lelaki itu.  Mungkinkah?  Haha, untunglah kalau betul.
Mereka membalas senyuman sebaik sahaja mata mereka bertembung.  Rayyan pantas bangun dan menarik kerusi untuk Sofea.  Terpaut Sofea dengan cara layanan Rayyan terhadapnya. 
Waiter  datang dan menghulurkan dua kad menu cantik.  Kad menu yang dipenuhi dengan makanan-makanan yang sedap-sedap dan kesemuanya dalam bahasa English.  Aduh, halalkan dekat sini.  Dia melihat senarai harga makanan dahulu.  Er..

Beef foot steamboat……..RM46.57
Chicken wing honeys………..RM57.90
Peanut chop Chicken mars……….RM59.80
Spagetthi bolognaise with Steam Crab King…….RM100.69

Ya Allah nak menangis tengok senarai menu.  Bapaklah mahal.  Ini baru makanan belum lagi campur dengan air.  Air biasa pun dah berbelas-belas ringgit.  Nampaknya sekejap lagi kena lari pergi cucuk duit.  Tak cukup duit dalam wallet ni.
“Kenapa awak tak order apa-apa Sofea?  Tak ada makanan yang awak suka ke..?”  Rayyan melihat wajah Sofea yang gusar itu.  Dia tahu pasti wanita itu risau sebaik sahaja melihat harga menu yang tertera di kad menu.  Dia tersenyum sahaja.  Sudah lama dia tidak melihat wajah kerisauan Sofea.
“Awak janji nak bawa saya makan di restoren yang awak suka.  Tapi ini bukan pilihan restoren yang awak nakkan.  Tak apa kali ni saya belanja…malulah kalau saya memilih tempat yang macam ni dan saya biarkan awak yang  membayarnya..”  dan sempat pula Rayyan mengenyitkan sebelah matanya kepada Sofea membuatkan Sofea menjadi patung bernyawa di situ. 
“Sofea awak nak apa-apa?”  tanya Rayyan apabila Sofea terdiam itu.
“Sofea?”
“Ha?  Ya saya nak ni..”  dia memesan makanan yang paling mahal sekali.  Malah harganya mencecah RM150 ringgit.  Ha, biar betik.  Makanan apa yang aku dah ambil ni.  Alamak, nanti dia cakap aku demand pula.
“Eh, tak, saya nak yang ni..dia melihat harga yang paling terendah dan menukar makanannya.  Langsung tidak membaca nama makanan yang dipilihnya.  Mahal sangat yang tadi.
Selepas memesan menu mereka dihidangkan dengan makanan pencuci mulut dahulu sebelum menerima makanan berat.  Itu adalah yang paling baik kalau nak memulakan makan sesuatu.  Kena makan yang ringan-ringan dahulu.  Nanti perut terkejut kalau tiba-tiba diisi dengan makanan yang berat.
Pencuci mulutnya adalah buah campuran yang dipotong nipis serta kek puff kecil.  Puff kesukaan Sofea.  Dia menikmati pencuci mulut itu dengan rasa seronok.  Langsung tidak sedar yang  Rayyan sedang memerhatikannya.
Rayyan melihat sahaja Sofea makan.  Cara wanita itu makan, masih sama seperti dahulu.  Separuh gelojoh tetapi nampak sangat comel.  Sofea langsung tidak segan apabila makan dihadapan Rayyan.  Dia seperti sudah biasa makan dengan lelaki itu.
“Awak nak bahagian puff saya?”  pelawa Rayyan yang menolak pinggan pencuci mulutnya kepada Sofea.  Sofea mengangguk dan langsung tidak menolak.  Sepertinya Rayyan sengaja meninggalkan puff itu untuknya.
“Eh awak tak makan sekali?”  tanya Sofea yang baru sedar yang dia tak patut berperangai aneh seperti ini.  Makan ikut suka hati dia dan langsung tak kisahkan orang disekelilingnya.
“Tak, awak makanlah.  Awak nampak suka dengan puff tu..”
“Erm ya,  intinya melting dalam mulut.  Puffnya juga lembut.  Rasa macam nak tambah lagi..”
“Mungkin kita boleh memesannya lagi..”
“Eh tak perlulah.  Saya dah cukup banyak ni..”  takkanlah.  Kawallah makanan kau.  Sekejap lagi nak makan benda lain pula.
Tidak lama kemudian makanan yang ditunggu pun tiba.  Sofea memerhati dahulu stick lamb yang dipilihnya.  Nampak menyelerakan.  Dia cuba memotong dengan penuh berhati-hati supaya tidak terpercik dari luar pinggan tak pun daging tu melompat keluar dari pinggan.  Tak aneh kalau ianya berlaku sebab sebelum ni dia pernah menerima nasib yang sama.
Sewaktu makan malam bersama dengan Shahril dia memesan steak, dan peristiwa memalukan telah berlaku.  Steak yang ingin dipotong terpelanting keluar dari pinggan.  Menyebabkan Shahril terbahak-bahak ketawa sehingga ke rumah.  Akibat malu sejak dari kejadian itu dia sudah tidak berani menjejakkan kaki ke restoren itu lagi.
Dan malam ini dia tidak mahu kejadian sama berulang lagi.  Rayyan melihat Sofea yang berwajah mengerutu itu.  Sofea nampak sangat kekok untuk memotong makanannya itu.
“Mari saya bantu awak..”  Rayyan bangun dari kerusinya dan berdiri hampir dengan Sofea dan menyebabkan Sofea terpaksa menyengetkan sedikit tubuhnya.  Perasaannya gementar apabila tanpa disengajakan tangan Rayyan tersentuh tangannya ketika Rayyan ingin mengambil pisau di tangan Sofea.
Wajahnya terus berubah-ubah merah.  Mujur tidak dilihat oleh Rayyan.  Rayyan memotong dengan skillnya yang tersendiri.  Dia nampak sangat handal memotong daging.  Hihi.
“Okay dah siap.  Awak dah boleh jamah makanan awak..”  tidak lama kemudian, Rayyan kembali ke tempat duduknya.  Dia tersenyum apabila melihat Sofea sudah mula menyantap makanannya.
Mereka berdua menghabiskan makanan mereka dengan perbualan biasa.  Dan selepas makan,  mereka disaji dengan makanan ringan pula.  Manalah nak kenyang setakat makan makanan yang macam tu.  Harap harga je mahal.  Mujurlah bukan Sofea yang kena bayar.  Habis tu nampaknya mereka berdua berpeluang untuk makan bersama lagi.
“Awak kenyang?”  tanya Rayyan.
“Tak pun..”  selamba sahaja Sofea berkata.  Terlalu berterus-terang.  Memanglah tak kenyang.  Dia orang Melayu, bukannya orang putih tak makan nasi.
“Saya pun..”  dan Rayyan juga menyatakan hal yang sama.  Kedua-duanya tertawa.
“Sofea?  Boleh saya tanyakan sesuatu?”  wajah Rayyan menumpu kepada wanita itu.
“Herm?”
“Awak dengan Azfan ada apa-apa hubungan ke?”
Sofea rasa seperti tercekik ketika dia sedang menikmati makanan ringannya.  Namun dia berpura-pura okay.
“Saya dengan dia jiran.  Kami rapat mungkin sebab hal itu”
“Ouh..”  penjelasan Sofea tidak memberi kesan kepada perubahan wajahnya.  Dia inginkan jawapan yang lebih abstrak.
“Kami hanya kawan dan rakan sekerja.  Lagi pun dia orang atasan..apalah saya ni yang hanya pekerja biasa-biasa je..”  jawab Sofea dan tidak sedar yang dia sedang makan malam dengan seorang CEO Syarikat Edora.
“Eh,”  dia tersedar sesuatu.
“Kenapa?”
“Saya minta maaf..”
“Awak ni suka sangat minta maaf.  Awak tak buat apa-apa kesalahan pun..”
Sofea tersenyum tawar. 
“Saya nak berterus-terang.  Saya harap Tuan tak..”
“Sofea?”  Rayyan bersuara menegur “Saya tak nak awak panggil saya Tuan.  Panggil nama saya atau ‘awak’ ‘saya’.  Itu lebih selesa pada saya.  Saya tak mahu ada pengantaraan antara kita berdua…”
“Tapi Tuan..”
“Sofea?”
Sofea mengangguk faham.  Dia menarik nafas sebelum memulakan ayatnya yang tergantung tadi.
“Saya tak nak Tu.. awak, fikir yang saya cuba ambil kesempatan kepada a..awak..”  adoi janggal pula nak guna ‘awak’ ‘saya’ ni.  Bukannya dia tidak biasa menggunakannya dengan orang lain tapi bila ianya berkaitan dengan lelaki dihadapannya dia jadi susah pula.  Yalah CEO.  ‘awak’ ‘saya’.  Tak ke janggal tu.  Dia ni dah la pekerja bawahan sahaja.  Jauh sangat kedudukan mereka berdua.
“Yalah, awak CEO di Syarikat Edora.  Saya tak nak orang lain pandang kita dengan macam-macam gosip.  Saya tak nak jatuhkan pretasi awak sebagai seorang CEO”
“Kenapa awak fikir macam tu?”
“Saya dengan awak berbeza.  Yalah, awak baik sangat dengan saya.  Datang melawat saya di hospital, belikan makanan untuk saya dan juga pernah selamatkan saya sewaktu di jalan raya dulu.  Banyak perkara yang awak dah buat pada saya dan saya tak nak banyak terhutang budi dengan awak…mungkin ini adalah kali terakhir kita berdua macam ni.  Saya tak nak orang lain tahu.  Saya kena sedar, saya tak layak bergaul dengan orang atasan macam awak..”
“Dan saya nak awak tahu saya bukan mengambil kesempatan untuk mendekati awak hanya kerana wajah awak dan dia sama..”  ketika dia meluahkan apa yang dia rasa, air matanya sudah mula bergenang di matanya dan Rayyan merenung wajah itu dengan perasaan berbelah bahagi.
“Jadi awak tak rasa ini adalah satu hadiah untuk awak jika ada orang yang awak sayang wajahnya sama dengan saya..”
“Bukan wajah awak je sama dengan dia, tapi cara awak.. cara awak bercakap, cara awak memandang saya, cara awak layan saya…”  dan entah kenapa intonasi suaranya berubah.  Dia mengeleng kepala dan tidak langsung memandang wajah lelaki itu.
Kemudian Sofea bingkas bangun.  Dia mencapai beg tangannya. 
“Terima kasih makan malam ni.  Saya minta diri dulu..”  dan Sofea pantas beredar.  Ketika itu air matanya sudah mencurah-curah mengalir.  Hatinya sebak ketika itu.  Dengan cara apa lagi untuk dia melupakan Rayyan.  Hatinya sakit.
Hampir sahaja dia sampai di muka pintu lif, ada tangan yang memegang lengannya.  Dia merasakan badannya tertarik kuat dan berdiri sangat hampir dengan tubuh itu.  Sofea tahu itu adalah Rayyan dan dia tidak berani untuk menatap mata lelaki itu.  Dia sekadar menunduk dengan air mata yang masih mengalir.  Tubuh sasa lelaki itu sangat hampir dengan wajahnya.  Sofea cuba menjauhkan diri namun pegangan lelaki itu, masih kuat.
“Awak tak akan boleh jauhkan diri awak daripada saya Sofea.  Saya tahu awak sentiasa merindui saya..”
“Awak jangan nak mengarut.  Awak ingat saya wanita yang mudah terpengaruh dan terpikat dengan harta kekayaan awak.  Saya bukan macam tu!”
“Saya tak kata awak macam itu..”  suara Rayyan perlahan sahaja.
“Please awak lepaskan saya.  Awak layan saya macam ni lagi sukar untuk saya pergi.  Saya nak lupakan dia..saya nak lupakan kenangan saya dengan dia.  Dan awak tak boleh jadi bayangan dia untuk saya..”
“Kalau saya cakap yang saya mencintai awak untuk kali kedua awak percaya Sofea..”
Apa maksud dia ni?
“Jangan nak mengarutlah Syah!”  dan itu adalah kali pertama Sofea memanggil nama kedua Rayyan.  Sofea menolak tubuh Rayyan ketika lelaki itu sedang termenung.  Mungkin tidak menjangka yang Sofea akan memanggilnya dengan panggilan Syah.
“Awak tak boleh bergurau mengenai hal ini.  Bila masa kita berjumpa dan bila masa kali pertama awak jatuh cinta pada saya..jangan ingat hanya kerana muka awak yang sama awak nak jadi macam dia..awak tak akan boleh jadi seperti dia..walaupun dia..”
Sofea tidak menyambung ayatnya, makin banyak pula air mata yang mengalir.  Rayyan terus menatap wajah kesayangannya itu.  Sungguh dia juga merindui wanita itu separuh mati.  Bukan senang untuk dia mengawal hatinya yang sering kali memberontak setiap saat, masa dan waktu jika hanya bayangan wanita itu bermain di matanya.
Bukan masanya lagi untuk dia memberitahu perkara yang sebenar.  Dia mahu melihat sejauh mana wanita itu cuba melupakannya.  Jika wanita itu ingin pergi jauh daripadanya dia akan menghampirinya.  Dia tidak mahu berjauhan dengan wanita kesayangannya itu lagi.  Akan tiba masanya dia akan memberitahu mengenai perkara yang sebenar siapa dirinya.
“Saya hantar awak balik..”  Rayyan memegang erat tangan Sofea tanpa melihat wajah Sofea yang sedikit berang itu.  Bukan haram pun sentuh tangan isteri sendiri.   Walaupun Sofea sedikit memberontak tetapi tidak pula dia menarik tangannya dari gengaman tangan Rayyan.

RAHSIA KAMIWhere stories live. Discover now