07 : Tutor™

611 104 3
                                    

" oppa  , marilah balik 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" oppa  , marilah balik  .. Yeji dah selesai beli ni  " ajak yeji yang menghentikan lamunan sunghoon  . Sunghoon tersedar dekat dunia realiti semula  , dia menggeleng kepala tatkala teringat kejadian yang lama sudah berlalu  . Dan sebab kejadian yang lama itulah membuatkan dia berhenti daripada meluncur ais dan menjadi cikgu tutor saja  . Lagipun kecederaan pada bahagian kakinya masih belum sembuh sepenuhnya  , boleh dikatakan lama jugalah dia tak bermain meluncur ais  .

" oppa ni termenung kan apa  , tengok tu ke  ? " teka yeji sambil menjuihkan bibirnya menunding ke arah gelanggang  ice-skating  . Lantas itu sunghoon mendiam diri dan bingkas bangkit daripada duduk ,  langsung dia berjalan terlebih dahulu meninggalkan yeji yang masih tercegat dekat tempat tadi  . Bila dia perasan yang sunghoon sudah mara kehadapan terus dia mengejarnya  .

" ni laju-laju nak pergi mana  ? " tanya yeji  , sunghoon pandang adik perempuannya yang berjalan di sebelah dia. 

" tadi kata nak balik  , jadi jomlah masuk kereta buat apa lagi nak duduk lama-lama dekat sini pula " balas sunghoon  . Yeji memuncungkan bibirnya  , dah mulalah nak pujuk abang dia lagi  .

" tak rasa lapar ke  ? Kita bukannya makan pun masa datang sini .. Jadi jomlah kita singgah makan dekat restoran sana tu  .. Kawan aku kata  , makanan dekat situ semua sedap-sedap belaka  .. Mesti nak datang lagi kalau dah cuba  " jelas yeji sambil mengusap-usap lembut lengan abangnya minta simpati betul  .

" eleh engkau ni  , habistu tadi auntie choi masak apa pula dan apa yang kita makan tadi  , takkan daun kertas pula  .. Macam-macamlah kau ni dik . Kau tak faham ke yang kaki aku ni dah letih  .. Kang tak pasal aku tak boleh berjalan.." kata sunghoon dalam nada agak kedengaran berang dengan adiknya ini . Tadi ajak balik lepastu nak singgah makan pula  ..

Yeji pasrah  , dia ikut saja kata abangnya itu  . Mungkin lelaki itu tak ada mood  .. Jadi lebih baik dia tak payah nak cakap banyak  . " baiklah—" balas yeji dengan suara yang diperlahankan  . Baru tekak ni nak rasa makanan dekat situ  , iyelah tu kan restoran yang popular yang dibual oleh orang ramai  . So  , dia nak cuba juga  . Disebabkan abangnya tak ada mood dia ambil keputusan untuk diam—

Tak apa lain kalilah dia pergi singgah restoran situ dengan kawan-kawan dia  , kalau ada masa nanti  ..

                       ■🌷■

Keesokkan harinya  ..

Jaeryun dalam perasaan yang terpaksanya  , dia cuba menyiapkan latihan matematik yang diarahkan oleh cikgu lelaki tu  , lelaki yang poyo nak mampus tu—

Takkan tak kenal pulak—

Dia tidak henti-henti mengira didalam buku itu sehingga habis penuh dengan contengan kira-kira pada helaian muka surat itu , sambil itu kepalanya dilentokkan pada atas meja  , pening kepala dia sebab asyik mengira-gira saja tapi hampeh betul  , langsung tak ada jawapannya  . Sudah berkali dia cuba namun masih tak ada cara penyelesaian  .. Sebab itulah dia tak suka belajar matematik  . Lelaki tu memang suka mendesak orang  .

" kalau tak pandai nak buat soalan tu  , cuba buka mulut minta saya ajarkan  .  Itu pun susah bagi awak juga kah  ? " tanya sunghoon dengan diselitkan ayat sindiran  . Dia daripada tadi perhatikan gadis dihadapan dia ni  , buat kira-kira lepastu conteng balik  . Nampak sangat tak boleh buat  .

" memang susah pun sebab kau—oppss awak tak ajar dengan betul-betul  .. Manalah saya nak faham  " balas jaeryun tanpa sedikit pun menongkat dagu pandang lelaki dihadapannya itu  .

" hesy , itu bermaksud sebab awak tak ambil fokus semasa saya mengajar  .. Itulah sebabnya langsung tak masuk dalam kepala otak—" selambar itu sunghoon membalas  , dia mengambil buku latihan milik jaeryun  . Lalu dia memegang pensil picit yang berwarna biru gitu—

" tolong ambil fokus—" kata sunghoon tegas  .. Haih kalaulah aku dapat cikgu berwajah kacak macam sunghoon nih  . Confirm aku tak fokus belajar  .. Hahah  ..

K back to story—

Jaeryun menggulingkan bebola matanya ke atas . Secara tiba-tiba sunghoon mula mendekatkan wajahnya dengan wajah jaeryun  , tapi tak adalah dekat sangat  .. Adalah juga jarak—ala kau bayangkanlah macam mana drama korea selalu buat tu—

Malas nak explain panjang lebar—

Manakala jantung milik jaeryun tiba-tiba sahaja mula berdegup kencang tanpa datangnya kehadiran angin  .. Ianya secara tiba-tiba  .. Kau tahu tiba-tiba  .. Tak tahu sudah—dia tergamam tatkala jaraknya dengan sunghoon agak rapat- but sikit je.

Dia memandang wajah sunghoon yang sibuk membebel memberi penjelasan tentang soalan itu tapi langsung dia tak ambil fokus dan leka melamun dihadapan  ..

" awak faham tak  ? S—" apabila sunghoon menongkat dagunya ingin memandang ke arah jaeryun  , terus dia tergamam dan terkelu .  Jaraknya dengan gadis itu agak dekat  .. Pada masa yang sama  , jantungnya berdegup kencang tatkala anak mata mereka berdua saling bertentangan  .

Dupdapdupdap—

" hesy..  " jaeryun mula bersuara memecahkan suasana agak—malas nak cakap  .. Wajah sunghoon itu dia menolak dengan hujung jari telunjuk menjauhkan wajah lelaki itu—

" ahhh  , kita belajar bab lainlah  " kata sunghoon dalam keadaan janggal dan kekok  . Entahlah apa yang dia merepek sampaikan nak tukar bab lain padahal bab tu masih belum habis lagi—

Manakala jaeryun pula dah tampar berkali-kali wajah dia supaya sedar ke dunia realiti semula—apa yang berlaku tadi  ..       

       

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


【C】 Tutor  :: I'II be your Teacher |I 박성훈Where stories live. Discover now