17

365 52 1
                                    

"Ara."

Ara lantas berpaling di saat namanya diseru. Bibirnya terukir senyuman manis. "Ya Jungkook?"

"Nah." Secucuk tteokbeokki dihalakan pada Ara. Ara memandang pelik ke arah tteokbeokki tersebut.

"Nak suap saya ke?" Ara menjadi tersipu-sipu malu apabila Jungkook mengangguk. Dia berpaling wajah ke arah lain supaya Jungkook tidak melihat wajahnya yang merah seperti tomato itu.

"Kau pandang sana kenapa? Cepatlah aku nak suap ni. Nak praktis dekat perempuan aku nanti." Perkataan perempuan ditekankan oleh Jungkook kerana dia sengaja mahu melihat reaksi Ara.

Dia ingin melihat sama ada Ara sudah mula menyukainya ataupun tidak namun reaksi yang diterima amatlah mengecewakan Jungkook. Ara sekadar menerima suapannya dengan senyuman yang lebar.

"Awak dah try dekat saya, so rasa kekok tak?" Jungkook gumam saja sebagai respon. Dia memusingkan tubuh membelakangi Ara, wajahnya menunduk dan bibir Jungkook muncung sedikit.

Ara yang melihat perbuatan Jungkook bertaut keningnya. Dia merapati Jungkook dengan cara mengesot memandangkan mereka sedang duduk di atas tikar.

Sebenarnya malam ini Jungkook dan Ara berkelah berdua-duaan di taman ditemani oleh bulan, bintang dan langit malam yang indah.

"Jungkook, awak kenapa ni?" Lengan kemeja Jungkook ditarik lembut.

"Tak ada apa-apalah." Balas Jungkook namun Ara tidak puas hati dengan jawapan tersebut. Seperti Jungkook menipu saja.

"Betul?"

Jungkook mendongak memandang ke arah ciptaan yang cantik dengan pandangan polosnya. "Erm, kau tak terfikir ke nak cari penganti Taeyong?"

Soalan yang diajukan oleh Jungkook amat mengejutkan Ara kerana baginya soalan itu sangat rawak.

"Ke–kenapa awak tanya macam tu?"

"Tak adalah. Aku saja tanya. Mana tahu kau dah ada penganti lepas tu aku pula asyik berkepit je dengan kau. Mesti kau rasa rimas, annoying dengan aku sebab kacau line kau dengan boyfriend baru kan?" Suara Jungkook menjadi kendur, terselit rasa kecewa dan sedih.

Mata Jungkook menjadi bulat namun ianya bukan bulat yang terkejut tetapi bulat yang polos dan suci apabila Ara ketawa terbahak-bahak. Siap pegang perut lagi. Mesti sakit gelak banyak sangat.

"Aduh... apalah awak ni." Air mata yang terhasil daripada ketawanya diseka lembut. Jungkook yang masih tidak fahami situasi sekadar mendiamkan diri, menantikan kata bicara yang bakal lahir dari bibir gadis di hadapannya ini.

"Awak mengarut apa ni? Bila saya kata saya rimas, annoying semua tu? Dan satu lagi siapa cakap yang saya ada boyfriend baru huh?"

Kali ini mata Jungkook membulat akibat terkejut bukan bulat yang menjelaskan sifat polos dan sucinya. Tubuhnya juga terdorong ke belakang sedikit.

"Serius tak ada?!"

"Yalah tak ada! Awak terkejut sangat ni kenapa?" Jungkook serta merta mengembalikan postur duduk tegaknya. Raut wajahnya beriak selamba.

"Tak ada apa. Aku saja tanya tak boleh? Manalah tahu dah jumpa penganti kan?"

"Ish mana ada! Ni awak tanya saya, awak tak bagitahu lagipun saya siapa crush awak. Awak kata awak nak bagitahu saya. Gambar pun tak nak tunjuk. Ke awak ada gambar dia simpan dalam telefon awak? Tunjuklah saya nak tengok!" Desak Ara kerana dia memang sangat terdesak.

Hm, terdesak mahu melihat gadis mana yang berjaya mencuri hati crush ekspresnya ini. Eh, crush?

Hiks, Yoo Ara sudah dilamun cinta sekali lagi. Hatinya sudah 100% terukir nama Jeon Jungkook. Tiada lagi Lee Taeyong yang sentiasa ada menceriakan hari-harinya untuk empat tahun yang lalu.

 [C] Faded ; jjkWhere stories live. Discover now