Bab 3

98K 1K 58
                                    

Firdaus memulakan harinya dengan mood yang tidak seperti biasa. Ucapan salam dari para pekerjanya disambut dengan anggukan bersama pandangan mata yang tidak ditujukan kepada mereka. Entah kenapa, perkara yang dibicarakan oleh ibu bapanya malam semalam sukar untuk diusir pergi. Dia cuba untuk menganggapnya sebagai gurauan semata-mata tetapi semakin lama difikirkan,semakin serius dirasakan. Ya,uminya tidak bergurau. Abinya memang jauh sekali untuk bergurau, lebih-lebih lagi tentang soal hidupnya.
Firdaus tekun menaip dokumen projek terbaru syarikatnya,apa lagi projek itu seratus peratus di bawah kendaliannya. Meski fikiran bercelaru,kerja tetap kerja dan itu yang harus didahulukan. Mahu tidak mahu,dia harus fokus menyiapkan tugasannya.

“Morning Mister CEO.” tiba-tiba sapa satu suara di muka pintu biliknya,tanpa diketuk terlebih dahulu. Firdaus tidak memandang ke arah suara yang menyapa itu.

“Hah MD,apa hal?” soalnya sedikit marah. Lelaki itu berkerut.

“Hai,dah tak ingat nak hormat aku ke? Ni time kerja kot.” perli lelaki itu. Firdaus menyedari kesilapannya. Dia berhenti menaip,melepas nafasnya dan memandang wajah lelaki itu.

“Sorry Mister MD,anything?” soalnya kembali dengan nada yang lebih lembut. Lelaki itu masuk dan duduk di kerusi berhadapan dengannya.

“Forget it. Kau apa hal moody je ni? Biasa pagi-pagi macam ni,kaulah orang yang paling positif kat ofis ni.” sambut lelaki itu kembali.

“Forget it. Ni kan time kerja?” sambut Firdaus sedikit menyindir. Lelaki itu ketawa.

“Perli aku lah tu. Okey let’s forget it. Again.” Sepi. Mereka saling berpandangan dan melepas tawa kerana perkataan yang sama disebut berulang-ulang kali.

“Tell me,why?” soal lelaki itu apabila surut tawanya. Firdaus menatap wajah lelaki di hadapannya. ‘Orang besar’ di syarikat ini. Seorang ketua dan pengarah di sini. Lelaki sebaya dengannya yang bernama Raikarl Azhar. Mungkin inilah tempat yang sesuai untuk dia bercerita tentang masalahnya. Raikarl bukan orang lain. Raikarl adalah sahabatnya sendiri.

“Aku nak kahwin.” Sepi seketika. Raikarl memandangnya dengan mulut yang sedikit terbuka. Perlahan-lahan wajah itu dihiasi senyuman tidak percaya.

“What? Wow,congrats man! Finally kahwin juga kau dengan Dee kan? Tak sia-sia 7 tahun kau berdua bercinta.” sambut Raikarl teruja. Firdaus bersandar di kerusi empuknya bersama dengusan perlahan.

“Masalahnya bukan dengan Dee. Kalau dengan Dee,tak adalah aku ‘positif’ macam ni pagi-pagi ni.” balas Firdaus sedikit marah dengan telahan Raikarl. Raikarl berkerut.

“Habis tu dengan siapa? Cleaner ofis ni?” soal Raikarl semula. Firdaus berdecit.

“Kau main cleaner pulak daaah...” marah Firdaus meleret. Raikarl ketawa.

“Umi dan abi suruh aku kahwin. Jadi tajuknya bukan ‘aku nak kahwin’ tapi ‘aku kena kahwin’.” sambung Firdaus sambil memautkan dua batang jarinya untuk ayat-ayat yang dimaksudkan itu. Raikarl berkerut lagi.

“Yelah dengan siapa?” Raikarl mengulang soalannya. Firdaus berdecit sekali lagi.

“Entah. Biasa klise cerita Melayu, dengan anak kawan baik merekalah kot.” Raikarl senyum.

“Dan biasa klise cerita Melayu,mula-mula tak nak. Lepas tu sayang dan lastly tak sanggup nak lepaskan.” balas Raikarl dengan sedikit nada menyindir,bersama senyuman kecilnya.

“Jangan aku klisekan kisah hidup kau dah la.” Jawapan Firdaus meledakkan tawa Raikarl. Firdaus mendengus sambil menggeleng-geleng kepada Raikarl.

“Kau kenal budak tu? Siapa nama?” soal Raikarl surut tawanya. Firdaus angkat bahunya.

“Tak. Tak tahu aku. Malas nak ambil tahu.” jawabnya malas.

“Sekarang ni kau nak ke tak nak?” Firdaus terkejut dan jadi marah dengan soalan itu.

“Gila kau tak nak? Mestilah aku nak. Bercinta bagai nak rak kot. Sia-sia kalau tak kahwin. Huh! Apa punya soalan la dia ni.” marah Firdaus dengan nada sindiran. Raikarl ketawa.

“Relakslah,kau ni pun. Bukannya nak mati,nak kahwin je kan? Bagi aku small matter la bro. Kau je kepala angin.” sambut Raikarl cuba menyejukkan panas hati sahabatnya itu.

“Small matter kau cakap? Ni kahwin tau tak? Bukannya main dangai kahwin olok-olok atas pondok macam kau dengan Pijah dulu.” balas Firdaus sedikit kuat,namun jawapan itu sekali lagi meledakkan tawa besar Raikarl. Cerita lucu di zaman kecilnya itu mencuit hatinya.

“Hey,kau belum tengok pun dia lagi,kau dah cakap macam-macam. Dah buat andaian negatif kat dia. Tak baik tau?”

“Kau cakap senanglah,bukan kau yang nak kahwin. Kahwin ni melibatkan seluruh hidup aku dan family sekali tau? Small matter konon.” balas Firdaus dengan nada seperti sebelumnya.

“Bagi aku it’s still small matter. Kalau kau berdua rasa dah tak boleh hidup sebumbung,kau lepaskanlah dia. Masa tu aku rasa famili kau pun dah tak boleh salahkan kau dah. Kau dah cuba kot,cuma tak serasi je.” Firdaus diam mendengar. Mentafsir.

“Masa tu kalau kau masih nak pertahankan cinta kau pada Dee,kau lepaskanlah dia. Tapi dengan satu syarat.” Firdaus angkat keningnya tanda bertanya semula. Raikarl senyum.

“Kau tak boleh sentuh dia sebagai isteri kau. Tinggalkan dia dalam keadaan suci tak terusik. Macam mana kau ambil dia,macam tulah kau lepaskan dia. Supaya dia boleh cari pengganti kau. Supaya dia boleh mulakan hidup baru seperti sebelum dia jadi isteri kau. Itu baru adil untuk dia.” ulas Raikarl panjang lebar. Firdaus masih mentafsir. Raikarl senyum.

“Supaya nanti aku pula yang boleh ambil dia. Pure and original. Fresh from garden” usik Raikarl lalu melepas tawanya. Firdaus mendengus tawa.

“Jangan harap kau boleh ambil bekas aku.” balas Firdaus selamba. Raikarl terus ketawa.

“Ishk,tension aku. Kena kahwin dengan perempuan yang aku tak kenal langsung. Zaman sekarang pun masih ada lagi style kahwin paksa macam ni? Drama Melayu pun kalah ni.”

“Relaks,benda boleh bawa bincang kot.” jawab Raikarl meleret.

“Kalau kau,berani nak bincang dengan abi?” Soalan Firdaus mematikan lidah Raikarl buat seketika. Dia kenal siapa abi Firdaus kerana dia sendiri adalah anak angkat keluarga Haji Nasarudin dan Hajah Rohana,sejak berusia 5 tahun lagi. Walau tidak tinggal sebumbung, namun semua perbelanjaannya ditanggung oleh mereka sekeluarga. Raikarl hanya akan pulang ke rumah mereka apabila tiba cuti sekolah sahaja. Namun setiap hari dia akan bertemu dengan Firdaus di sekolah dan mereka menyambung pengajian di universiti yang sama.

“Dude,ni ikhlas aku cakap ya? Kau ikut sajalah kehendak parents kau. Aku yakin pilihan mereka tak akan buat kau menyesal. Mungkin ini cara mereka untuk bagitahu kau yang mereka sebenarnya tak berkenan dengan Dee. Tak suka Dee jadi isteri kau. Orang tua ni, mereka ada six sense tau? Hati dan jiwa mereka halus. Mereka lebih tahu nak bezakan mana yang baik dan buruk especially untuk anak mereka.” nasihat Raikarl panjang lebar.

“Percayalah,dia yang terbaik untuk kau. Suatu hari nanti dia akan betul-betul jadi cinta hati kau.” sambung Raikarl lagi. Firdaus tersenyum senget.

“Minta-minta tawarlah mulut kau tu. Aku sayang Dee dan aku akan tetap sayang dia. Datanglah siapa pun,aku tak hairan.” jawab Firdaus yakin.

“Kau jangan cakap besar Fir. Jodoh ni urusan Allah. DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Tak mustahil kau tak boleh hidup tanpa dia nanti. Masa tu Dee pun kau sanggup buang.” Mendengar nama Dee telah menutup segala ruang fikiran Firdaus terhadap nasihat berguna yang telah Raikarl berikan. Fikirannya kacau semula. Fokusnya kembali kepada Dee semula. Dia melurut rambut pendeknya ke belakang. Melepas keluhan berat.

“Dee... Aku tak tahu macam mana aku nak bagitahu dia.” luah Firdaus dalam nada resah.

“Aku rasa tak payahlah bagitahu. Lebih baik macam tu.” jawab Raikarl memberi nasihat.

“Habis tu?”

“It’s all about timing. Wait and see.” jawab Raikarl menyudahkan. Firdaus diam. Mungkin ada sedikit kelegaan di fikirannya untuk perbualan panjang lebar bersama Raikarl pagi ini, tetapi itu tidak cukup untuk melepaskan dirinya dari masalah yang membelenggu. Lambat laun,dia harus berdepan dengan masalah itu lagi dan itu lebih menakutkannya.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now