12

1.8K 1.5K 235
                                    

"Jungkook, boleh aku tahu berapa umur kau? Kau ni nampak macam budak bawah umur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jungkook, boleh aku tahu berapa umur kau? Kau ni nampak macam budak bawah umur." soalan Jimin itu membuatkan Jungkook hampir tersedak air liurnya sendiri.

Dia tidak tahu reaksi apa yang patut ditunjukkan sekarang kerana ayat Jimin tadi tidak kedengaran seperti satu pujian. Akhirnya, dia hanya tersenyum segan yang baginya senyuman itu kelihatan sangat pelik.

"Saya dah 19 tahun, hyung."

"Oh, ya? Hm, itu bukan seperti yang aku jangkakan."

"Hyung ingat umur saya berapa?" dapat Jungkook lihat, Jimin seakan-akan sedang menganalisis wajahnya. Mungkin sedang meneka berapa umur dia yang sebenarnya.

"15?" tidak menyangka akan jawapan itu, Jungkook spontan menghamburkan gelak. Jimin juga turut terhibur dengan jawapan yang diberikan.

"Huh, ya dengan muka tak matang macam tu.. siapa je yang tahu kau dah habis sekolah? Ni pula sanggup buat jenayah. Memang orang akan anggap kau ni tak bersalah. Betul tak?"

Tawa yang tadi kedengaran kini bertukar sepi. Taehyung yang sejak tadi mendiamkan diri, tiba-tiba menghamburkan kata-kata berbaur sinis.

Jimin yang berada di tengah-tengah dua banduan yang tidak serasi itu terus berasa tidak senang duduk. "Taehyung, kau tak patut cakap macam tu."

"Kenapa pula? Aku cuma cakap benda yang betul. Jungkook, kau tak nak bagitahu kitorang ke jenayah apa yang kau dah buat sampai tercampak kat penjara?"

Soalan Taehyung itu memaksa Jungkook untuk mengimbau kembali peristiwa hitam yang cuba dia lupakan. Tangannya menggigil hebat ketika cuba menggenggam fabrik baju yang dipakai.

"S-saya tak buat jenayah." lantas kepalanya menggeleng menafikan tuduhan yang tidak berasas oleh itu.

"Huh, tak perlulah menipu. Kau tahu, semua banduan di penjara Seodaemun-gu masing-masing bangga dengan apa yang diorang dah buat. Itu membuatkan mereka nampak lebih kuat dan berkuasa. Jadi, kau patut mengaku saja. Bukannya aku nak perlekehkan kau pun."

"Tapi saya betul-betul tak buat. Saya tak pernah kotorkan tangan saya dengan buat jenayah, hyung. S-saya cuma dituduh." tutur katanya kedengaran lemah di akhir ayat.

Jungkook menarik nafas lalu menghembuskannya perlahan. Bibirnya bergetar, cuba untuk mencari kekuatan membuka cerita sebenar.

"Saya dituduh membunuh abang angkat saya. D-dia sebenarnya.. terlibat dalam kebakaran di apartment."

Kata-kata Jungkook itu sedikit sebanyak menarik minat Taehyung untuk mengetahui cerita lebih lanjut. Badannya terus didorongkan ke hadapan kerana Jimin yang menghalang di tengah-tengah.

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now