13

1.6K 1.5K 269
                                    

"J-jenayah apa yang hyung dah buat?" gugup Jungkook menyoal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"J-jenayah apa yang hyung dah buat?" gugup Jungkook menyoal. Nampaknya dia sudah tersalah anggap memikirkan bahawa hubungan mereka akan menjadi lebih akrab hanya kerana Taehyung dan Jimin mempercayainya tetapi Jungkook lupa akan satu perkara.

Taehyung dan Jimin amat dikenali dalam kalangan banduan kerana mereka merupakan penjenayah yang paling digeruni di situ. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa mereka berdua merupakan kannibal iaitu pemakan manusia. Entah betul atau tidak cerita itu, Jungkook tidak pasti.

"Kau tak pernah dengar ke cerita dari banduan lain yang kitorang ni kannibal?" soal Taehyung cuba menduga dengan wajah yang begitu serius.

Ingin tampak yakin, Jungkook terus menggelengkan kepalanya dengan mata yang terbuka separuh luas. Perasaan cemas mula menguasai dirinya. Sungguh waktu itu dia terasa seperti hendak terkucil.

"T-tak. Saya tak pernah dengar."

Jika benarlah apa yang diperkatakan orang, maka itu bermaksud Jungkook sedang berhadapan dengan dua orang pemangsa ketika ini.

Seakan baru tersedar jaraknya begitu hampir dengan Jimin, Jungkook lantas berganjak ke tepi sedikit. Enggan bersentuhan bahu dengan Jimin yang kelihatan begitu tenang di sebelahnya.

Jauh di sudut hati, Jungkook menyesali niatnya yang ingin berkawan dengan mereka berdua. Bagaimana dia boleh terlupa yang Jimin dan Taehyung merupakan banduan paling berpengaruh di penjara Seodaemun-gu?

Itu bermaksud mereka adalah banduan yang melakukan jenayah paling kejam dan berat!

Sedang dilanda perasaan takut, Taehyung tiba-tiba menghamburkan gelak membuatkan Jungkook terus menoleh. Wajah Jimin yang sedang menahan senyuman diperhati dengan kerutan di dahi.

"Dia cuma berguraulah, Jungkook. Kitorang bukannya kannibal." senyuman di bibir Jimin tidak dapat disembunyikan lagi. Lelaki itu akhirnya tersengih melihat wajah cuak Jungkook.

"Walaupun ada yang mengatakan daging manusia adalah daging yang paling sedap, tapi agak-agaklah kitorang sanggup makan. Aku dengan Jimin ni masih waras lagi."

Jungkook terus menghelakan nafas yang terasa begitu sesak di dada. "Oh.." jelas terpapar riak kesal di wajahnya apabila mengetahui bahawa dia baru sahaja ditipu.

Tetapi mujur sajalah cerita itu tidak benar. Menjadi seorang kannibal adalah perkara paling keji bagi Jungkook.

Mereka membunuh orang yang tidak bersalah hanya untuk mendapatkan kepuasan diri. Tidakkah mereka tahu bahawa sesuap makanan yang memasuki tubuh manusia akan menjadi darah daging dan kekal di situ buat selama-lamanya?

"Tapi.."

"..aku betul-betul maksudkan yang kau mungkin akan takut dengan kitorang lepas ni. Terpulang kepada kau nak percaya yang kitorang dah berubah ke belum."

Tiada lagi gurauan yang diselitkan dalam bicara, kini Taehyung mula mengingatkan kembali pesanannya kepada Jungkook.

Lelaki berusia 19 tahun itu memandang ke arah mereka berdua dengan perasaan tidak yakin. Ada rasa gelisah yang melilit tangkai hatinya namun dia cuba untuk mententeramkan diri. "A-apa yang hyung dah buat dulu?"

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now