SIX

1.8K 224 99
                                    

"Aaiisshh..." Chaewon menggaru-garu kepalanya pabila melihat bekas susu Chaerin hampir kosong.

Chaerin sudah merangkak-rangkak mahu mendekatinya. Tak lama itu dia memaut paha mamanya yang sedang duduk bersila mengisi serbuk susu ke dalam botol.

"Sayang, duduk di bawah dulu," Chaewon mengangkat anaknya agar turun dari atas ribanya.

Air panas dituang sedikit ke dalam botol itu sebelum dicampur dengan air kosong. Chaerin tetap berdegil mahu naik ke atas riba Chaewon.

Botol susu digoncang berkali-kali sebelum dia membaringkan Chaerin di atas riba. Puting susu disumbat ke dalam mulut anak kecil itu. Chaewon membiarkan saja botol susu tersebut dipegang sendiri oleh Chaerin.

Anak kecilnya cepat reti membuat sesuatu benda. Berjalan pun sudah boleh cuma selalu terjatuh kerana Chaerin masih tak dapat menyeimbangkan diri jadi dia banyak merangkak jika mahu mengikut mamanya.

Anak mata hazel Chaerin ditenung lama. Sekarang dia sudah tahu Chaerin ialah anak kandungnya. Jadi, mata anak kecil itu mesti mewarisi si ayah. Iris dia sendiri berwarna hitam, tapi Chaerin pula warna hazel.

Tok tok tok!

Chaewon tersentak pabila pintu rumah diketuk kuat dari luar.

"Chaewon-ah!" Terdengar suara Jungkook melaung. "Tolong bukakan pintu. Aku lupa bawa kunci rumah tadi,"

"Sekejap!" Chaewon mengendong anaknya yang masih menghisap susu sebelum menapak keluar.

Pintu rumah dikuak menampakkan susuk tubuh Jungkook yang serabai. Sudahlah rambut panjangnya tak berikat.

"Awak kerja apa sebenarnya?" Soal Chaewon setelah lelaki itu masuk ke dalam.

"Cuci bangunan," ujar Jungkook sebelum menanggalkan jaket hitamnya.

"Eung...." Sebelah tangan Chaerin dihulur kepada Jungkook.

"Eo?" Pelik Chaewon tengok tangan Chaerin bergerak-gerak seperti mahukan sesuatu.

"Nak dukung ke?" Soal Jungkook. "Tak bolehlah, orang busuk. Habiskan susu tu eung?" Pipi tembam Chaerin dicuit sebelum lelaki itu melangkah masuk ke dalam biliknya.

Chaewon masih tak berganjak dari situ. Dia perasan, sepanjang dia dan Chaerin tinggal di situ Jungkook rajin melayan anaknya ketika lelaki itu ada di rumah. Chaerin pula kelihatan selesa bersamanya.

Kata orang, anak kecil lebih selesa bersama orang lelaki selain ibunya sendiri. Mungkin disebabkan Jungkook pandai bermain bersama bayi, Chaerin sukakan dia.







*****







"Jungkook, awak nak ke mana?" Tanya Chaewon tatkala lelaki itu mahu keluar.

"Market,"

"Tolong belikan susu Chaerin boleh? Jenama Dugro ambil yang kategori setahun ke bawah. Oh ya, lampin pakai buang sekali-"

"Pergilah bersiap, kita pergi sekali kalau nak beli keperluan dia,"

Chaewon tergamam. "Eo? Tak naklah, awak seorang jelah pergi. Takkan saya nak bawa Chaerin pula kalau kita pergi sekali?"

"Bawa sajalah,"

Erk. Chaewon hampir tersedak liurnya sendiri. "B-baik... Tapi saya nak minta sesuatu dengan awak,"

"Apa?"

"Boleh tolong ikat rambut tu? Saya tak suka tengok orang keluar tak kemas atas bawah. Heheh," Chaewon tersengih janggal.







[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now