32

390 56 28
                                    

"Jaehyun, makanlah, jangan begini. Nanti awak lambat sembuh. Dan kalau awak tak makan, saya akan kena marah dengan Doktor Wang. Bila Doktor Wang marah saya, saya akan kena pecat. Awak tak kasihan pada Jaehyun? Makanlah sedikit."

Ujar si jururawat, meminta Jaehyun menyentuh makanan yang dihidangkan, sekaligus merayu simpati terhadap jejaka tersebut.

Namun, Jaehyun sedikit pun tidak mendengar kata. Dia sekadar melemparkan pandangan redup ke luar tingkap, memandang persekitaran luar hospital yang menahannya ketika ini.

Jaehyun kini ditahan ke wad hospital mental. Dia dihantar oleh ibunya sendiri. Keputusan yang dibuat oleh Puan Jeong adalah muktamad.

Puan Jeong sebagai seorang ibu, tidak sanggup melihat keadaan Jaehyun yang hari demi hari kian merosot. Jika dibiarkan dalam tempoh yang lama, Jaehyun berkemungkinan akan terkurung dalam penyakit mentalnya buat selama-lamanya.

"Jaehyun–"

"Aku kata, aku tak nak, tak naklah! Kau tak faham ke hah?!" Bentak Jaehyun, mencantas percakapan jururawat tersebut. Jururawat tersebut terhincut bahunya akibat terkejut dengan tengkingan padu daripada Jaehyun.

Jaehyun mula meracau seperti orang tidak waras. Segala benda yang ada berdekatan dengan jejaka tersebut, dibaling ke suatu sudut. Makanan yang ditempatkan di atas meja juga ditolak menggunakan lengannya sehingga tumpah, mengotori lantai hospital.

Jururawat itu tidak lagi memaksa, sebaliknya menekan punat butang berwarna merah di sisi katil Jaehyun bagi memanggil doktor datang kepada mereka.

Bukan sahaja doktor yang datang, tetapi beberapa kakitangan hospital juga hadir bersama dengan kadar yang segera.

Mereka semua sama-sama memegang kedua-dua belah kaki dan tangan Jaehyun untuk memudahkan kerja doktor bagi menyuntik ubat penenang ke dalam tubuh Jaehyun.

Sebaik sahaja Jaehyun menerima suntikan tersebut, dia terus terlelap dengan serta merta. Doktor yang menguruskan Jaehyun atau lebih senang dikenali sebagai Doktor Wang mengeluh.

Untuk menjaga dan menguruskan Jaehyun, prosesnya agak rumit kerana sikap lelaki itu. Harap-harap sahaja dia boleh bertahan sehingga akhir.

Selesai menguruskan Jaehyun, mereka semua mula mengatur langkah pergi. Tanpa sesiapa menyedari, ada seseorang yang tidak lekang memerhatikan Jaehyun sejak pemuda itu mula meracau lagi.

Ekpresi wajahnya menunjukkan yang dia sangat terkejut apabila melihat kewujudan Jaehyun di hospital mental ini. Perasaan ingin tahu menguasai hatinya.

Dia harus cari tahu puncanya.

_____

Ara kini sudah dapat menerima kenyataan bahawa keluarga kandungnya adalah keluarga Jeong. Bukan keluarga Yoo.

Dia boleh terima kenyataan disebabkan kata-kata semangat yang disalurkan daripada Jiah, satu-satunya rakan baik yang dia ada.

Dengan perasaan yang berdebar-debar, Ara bersama Puan Jeong melabuhkan punggung di atas kerusi. Mereka sama-sama menanti kehadiran Tuan Jeong.

Ya, mereka berada di penjara.

Pada mulanya, Puan Jeong benar-benar terkejut tatkala mengetahui suaminya masih hidup dan kini sedang menjalankan hukuman di penjara. Perasaan gembira menyinggah di hatinya secara automatik.

Namun, di sebaliknya perasaan gembira terselit juga perasaan marah dah kecewa apabila mengetahui Tuan Jeong meringkuk di dalam penjara kerana kesalahan Jungkook.

Mahu sahaja dia menarik muka dengan Jungkook tetapi dia fikirkan juga berkali-kali. Sejak Ara dibawa lari oleh Jungkook untuk mengelak diri daripada Jaehyun, dia dapat lihat rasa cinta yang terbit di hati anak saudaranya melalui mata sahaja.

 [C] Faded ; jjkWhere stories live. Discover now