Bab 6

79.5K 694 4
                                    

Raikarl mengatur langkah menuju ke pintu utama setelah dibenarkan masuk oleh penjaga pintu pagar banglo besar itu. Bersamanya adalah sebakul besar buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran sepasang suami isteri pemilik rumah mewah itu. Dia menekan loceng rumah. Sekejapan tuan empunya rumah itu membuka pintunya.

"Assalamualaikum abi,umi." sapanya sambil menyalami pasangan itu.

"Waalaikumsalam. Lama tak datang sini? Sibuk ke?" sambut Haji Nasarudin mesra sambil mempersilakan Raikarl masuk.

"Biasalah abi,boss besar la katakan." jawab Raikarl bergurau dan itu meledakkan tawa kecil lelaki itu. Setelah membawa buah tangan Raikarl ke dapur,Hajah Rohana kembali mendapatkan mereka berdua di ruang tamu sambil membawa minum petang bersama kek cawan yang dibuatnya sendiri.

"Congrats abi,umi." kata Raikarl terus menerjah dengan ucapan tahniahnya. Haji Nasarudin berkerut sambil memandang isterinya sesaat dua.

"Untuk apa?" soalnya tidak mengerti. Raikarl senyum.

"Karl dah dapat kad jemputan dari Mister CEO kita tu." Jawapan Raikarl telah membuatkan wajah pasangan itu terukir dengan senyuman,namun tidak lama.

"Yeah,Mister CEO yang..." rungut Haji Nasarudin tanpa menghabiskan ayatnya. Sambungannya hanya mereka yang tahu. Semua orang mengenali sikap Firdaus. Faham-faham sendiri.

"So,ada apa-apa yang Karl boleh tolong?" soal Raikarl cuba menukar topik yang lebih menjurus ke arah Firdaus sahaja itu.

"Tolong pujuk kembar Karl tu supaya tak melawan perintah kami." jawab Haji Nasarudin yang akhirnya tetap menjurus ke arah Firdaus sahaja. Ya,sikap Firdaus.

"InsyaAllah abi. Fir akan ikut cakap abi." jawab Raikarl yakin. Dia juga tahu sikap Firdaus yang kadang-kadang 'degil' dan suka 'memberontak secara sopan' itu,namun dia lebih tahu yang Firdaus seorang anak yang baik dan akan mendengar cakap ibu bapanya. Sekuat manapun dia cuba'melawan' tetapi akhirnya dia akan mengalah juga.

"Harapnyalah." jawab Haji Nasarudin kurang yakin. Raikarl tetap senyum.

"Kita doakan yang terbaik je. Nanti Karl sponsor majlis bertandang sambut menantu baru kat rumah ni. Buat kan?" soal Raikarl bagai mahu menutup cerita tentang sahabat baiknya itu sekali lagi. Yang mahu dibincangkannya adalah tentang majlis yang bakal berlangsung,dan bukannya tentang Firdaus semata-mata. Pasangan ibu bapa angkatnya itu senyum tetapi Hajah Rohana menjawab soalan Raikarl dengan gelengan. Nampak pelik tetapi itulah yang pihak perempuan mahukan.

"Kalau macam tu,Karl support venue dengan baju pengantin okey?" kata Raikarl sekali lagi menghulurkan sumbangannya.

"Tak payahlah Karl. Susahkan Karl je." sambut Hajah Rohana bersopan. Raikal senyum. Begitulah dia. Murah dengan senyuman dan itulah yang sering menambat hati pasangan suami isteri itu. Seorang anak yang tidak pernah menyusahkan mereka. Tidak pernah berkata tidak dan tahu mengenang jasa. Dari seorang anak angkat,mahu saja mereka menjodohkan Raikarl dengan Rania agar Raikarl benar-benar menjadi anak mereka. Anak yang halal untuk disentuh oleh Hajah Rohana sebagai ibunya.

"Tak adalah umi. Karl kan anak umi dan abi? Kita satu family. Karl happy dapat menyumbang untuk famili. Mister CEO kita tu pun bukan orang lain dengan Karl." sambut Raikarl bersopan. Senyuman Raikarl dibalas dengan senyuman yang sama.

"Karl setuju dengan perkahwinan ni?" soal Haji Nasarudin bertanyakan pendapat.

"Kalau Karl di tempat dia,Karl akan terus setuju. Sebab bukan senang nak dapat jodoh yang direstui sepenuhnya oleh ibu bapa kita." jawab Raikarl ikhlas. Haji Nasaruddin senyum.

"Kan senang kalau dia pun fikir macam tu juga? Tak lah kami ni berdebar-debar je. Rasa macam lambat je nak tunggu hujung bulan ni." balas Hajah Rohana bersama wajah yang terselit sedikit keresahan.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now