15

1.7K 1.4K 503
                                    

Para subjek menjalankan kehidupan seperti biasa di dalam bilik eksperimen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Para subjek menjalankan kehidupan seperti biasa di dalam bilik eksperimen. Hari-hari yang mereka lalui adalah sama sahaja. Tiada apa yang menarik selain daripada berbual, membaca buku-buku yang disediakan dan kadang-kala mereka mengisi perut dengan makanan kering yang dihidangkan seperti biskut dan roti kosong.

Selain daripada aktiviti tersebut, Taehyung juga tidak ketinggalan daripada melakukan aktiviti senaman bagi memastikan dirinya kekal dalam keadaan bertenaga. Dia bimbang jika mengantuk bakal menguasai diri jadi dia memilih untuk melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti tekan tubi.

Jimin pula hanya membaca buku-buku ilmiah yang terdapat pada rak. Begitu tekun dia membaca sehingga merasakan dirinya tidak lagi bosan dengan hanya duduk diam dan tidak berbuat apa-apa. Dia berasa lebih tenang dalam keadaan begitu.

Manakala Jungkook sekadar duduk diam tidak berbuat apa-apa. Dirinya lebih selesa termenung kosong dan memikirkan hal-hal peribadi. Kadangkala dia terkenang akan keluarga angkatnya, memikirkan cara untuk berbaik dengan mereka serta membersihkan namanya yang sudah tercemar.

Boleh dikatakan segala aktiviti yang mereka lakukan telah menjadi rutin harian. Hari-hari yang dilalui seolah-olah berulang seperti tiada sebarang perbezaan.

Namun, semuanya berubah pada hari kelima. Pada waktu inilah semua penderitaan bermula. Jimin, Taehyung dan Jungkook mula menunjukkan perubahan.

Mereka mula merasakan tekanan daripada berjaga sepanjang hari. Mental ketiga-tiga subjek eksperimen sudah keletihan dan ini menyebabkan tindak balas minda mereka menjadi kurang tangkas. Tubuh badan mereka juga sudah kepenatan dan berat badan mereka semakin menyusut.

"H-hyung, saya rasa saya dah tak larat nak berjaga." ujar Jungkook dengan nada yang lemah. Wajahnya sangat lesu dengan lingkaran hitam di bawah matanya yang semakin jelas.

Jimin yang sedang berulang-alik kerana tidak senang duduk segera meluru ke arah Jungkook yang tersandar lemah. Kedua-dua belah bahu lelaki berusia 19 tahun itu dicengkam dengan kuat.

"J-jangan mengalah, Jungkook. Kita perlu teruskan! Kalau kau tidur sekarang juga, k-kau mungkin takkan dapat bebas daripada penjara." Jimin menggoncangkan bahu Jungkook berkali-kali agar menyedarkan lelaki itu.

"Saya terlalu penat." suaranya hampir tidak kedengaran. Jungkook menggelengkan kepalanya dengan lemah. Ya tuhan, ini benar-benar menyeksakan.

Bimbang melihat Jungkook berada dalam keadaan sebegitu, Jimin pantas bangun dan meluru ke arah rak makanan. Dia kemudiannya mencapai sebotol mineral dan bergegas kembali ke tempat Jungkook semula.

Tangannya terketar-ketar ketika membuka penutup botol sehingga air di dalamnya melimpah ruah. Jimin menyengetkan botol dan membiarkan air membasahi tangannya. Lalu tangannya yang basah itu diraup perlahan ke seluruh wajah Jungkook.

Setelah itu, tangannya yang basah direnjis ke tepi lalu menyuakan botol air ke bibir Jungkook. "Minum ni, Jungkook. Segarkan badan kau." perbuatan Jimin itu hanya dibiarkan sahaja oleh Jungkook tanpa membantah. Anggota badannya terasa berat untuk bergerak.

30 days : Don't Sleep.Where stories live. Discover now