THIRTEEN

1.6K 188 9
                                    

Kalau korang perasan, huruf untuk ejaan WON dan RIN dekat antara satu sama lain. Jadi tak pelik kalau mint atau korang sendiri tersalah tulis nama dua beranak tu.

Chaewon and Chaerin.

Cuba korang type nama dua orang ni, jari korang ke arah yang sama kan? W dan r dekat, i dan o lagilah dekat. Tambah pula nama mereka bermula dengan Chae diakhiri dengan huruf n. Risiko nak typo dengan dua nama ni sangat tinggi. Kalau ada readers yang typo, tak perlu tegur dia tapi kalau mint yang typo dalam ni, korang boleh tegur supaya mint perasan dan boleh betulkan balik.














"Bye bye, mama pergi dulu," Chaewon mencium kedua-dua belah pipi Chaerin.

"Bye mama..." Chaerin melambai-lambai ke arah mamanya.

"Goodluck," ucap Jungkook bersama senyuman.

"Terima kasih," Chaewon turut tersenyum. "Oh ya, saya sempat buatkan bubur untuk Chaerin tadi. Tengah hari nanti awak beri dia makan bubur tu ya? Saya tak keluarkan dari dalam periuk lagi. Nanti awak kauklah ke dalam bekas lain,"

Jungkook mengangguk faham.

"Saya pergi dulu," pamit Chaewon. "Bye Chaerin," ucap Chaewon lagi kepada si anak seraya membuka langkah pergi dari situ.








*****







Tamat saja peperiksaan pada hari itu, Chaewon lekas ke tempat menunggu bas berdekatan untuk pulang. Tempat duduk masih ada ruang. Chaewon pantas menghenyakkan punggung di situ.

Chaewon membela topi yang dipakainya untuk menahan silau matahari. Jam pada telefon menunjukkan bahawa ada lagi 15 minit sebelum bas sampai ke tempatnya menunggu.

Ada sebuah kereta Mini Cooper terparkir bertentangan dengan tempat menunggu bas tersebut. Senang cerita, Mini Cooper itu perlu menyeberang jalan dahulu jika mahu ke situ.

Pemandu kereta itu memerhatikan Chaewon yang duduk sendirian. Tidak lama itu, dia memandu keretanya ke tempat menunggu bas itu setelah tiada kenderaan lalu-lalang.

Chaewon tergamam tatkala Mini Cooper itu berhenti betul-betul di hadapannya. Tingkap dibuka menampakkan si pemandu.

Seorang wanita cantik berkaca mata hitam memandang ke arahnya. "Awak, masuk dalam kereta saya,"

"Eo?" Chaewon memandang kiri kanan. Memastikan sama ada wanita itu sedang bercakap dengannya atau orang lain.

"Han Chaewon, masuk dalam kereta saya sekarang,"

Tersentak Chaewon tatkala nama penuhnya disebut oleh wanita itu. Tanpa tunggu lama, Chaewon bangkit seraya meloloskan diri ke dalam kereta tersebut di bahagian belakang.

"Kita minum dulu sebelum awak balik. Boleh kan?" Tanya wanita itu seraya memusingkan sterengnya ketika membelok.

"B-boleh, tapi jangan lama sangat. Ada orang tunggu saya di rumah,"

"Saya tahu. Awak ada seorang anak perempuan, mestilah kena balik awal," Anak mata wanita itu melirik ke cermin pandang belakang, memandan Chaewon sekilas tanpa gadis itu sedari.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now