12♡

1.1K 230 81
                                    

Dengan telekung yang dah tersarung menutup separuh dari badan bak muslimah mata aku melilar memandang setiap sudut ruang tamu. Mana semua orang tak akan sorang pun tak siap lagi? Ke aku yang terlebih excited nak pergi masjid?

"Naura awal kamu siap? Selalu nya nak solat magrib kat rumah pun lima minit sebelum isya baru nak ambil wuduk." Umi menunjal bahu aku dari belakang. Nyaris aku tak tersungkur aku.

"Aww sakit la umi." Aku merenggek seperti kanak-kanak tak dapat ribena.

"Umi tanya lain jawab lain itu la itu la."

Aku menarik nafas dalam. Susah betul la dapat mak segarang renjun  ni.

"Sini duduk dulu tunggu opah."

Aku melabuhkan punggung di sebelah umi. "Jaemin mana?"

"Dia dah pergi tadi dengan walid."

Aku memandang umi dengan muka tak percaya. Kalau walid aku percaya dia boleh pergi awal ke masjid tapi Jaemin. Ke aku mimpi sesiapa tolong tampar muka aku.

"Naura jom opah dah siap."

Aku mengangguk-angguk seperti burung belatuk.

Abaikan kalau salah.

••••

Dengan termengah-mengah aku sampai ke masjid. Macam mana la aku boleh lupa yang walid dengan Jaemin bawa kereta?

Aku,umi dan opah berjalan masuk menuju ke ruangan solat wanita.

"Naura."

Tiba-tiba aku terdengar ada suara garau memanggil nama aku. Ha mampos jembalang mana lagi ni haritu ustaz nuqman kali ni mintak mintak la mark nct pulak.

Aku menoleh kebelakang. Entah macam mana aku terasa nak menari raver sekarang ni.

"Kenapa ustaz panggil saya?"

Ustaz nuqman yall sksksk.

"Urm dina datang sekali dengan awak ke tadi?"

Crack! Dengar tak hati aku tengah pecah sekarang ni. Tak pe tak pe positive positive.

"Tak maybe dia datang dengan family dia kot."

"Ahh I see okay la terima kasih. Solat nanti jangan tak kusyuk sebab saya yang jadi imam hari ni." Sempat dia menaikkan kedua dua belah keningnya.

Astafirullah Naura rileks rileks.

••••

Selesai je solat isya dan ceramah aku melilau mencari dina. Dari tadi tak jumpa dia. Petang tadi dia yang beria-ria ajak aku.

Setelah beberapa saat end up aku give up cari dia. Ceh baru berapa saat dah complain.

"Naura dan jumpa Dina?" Soal umi.

Aku menggeleng. " tak apa la besok pun boleh jumpa lagi."

Aku menarik tangan umi untuk keluar dari tempat solat wanita tersebut. Sampai saja depan pintu masjid langkah aku terhenti dan automatik umi dan opah yang berada di belakang aku pun berhenti.

Aku nampak dua orang hamba Allah ni berlainan jantina berdiri didepan masjid sambil itu aku ternampak si lelaki memberi sekeping surat ke pada si perempuan.

Dua orang hamba allah tu Dina dengan ustaz Nuqman.


To be countinue.

Sila doakan si Naura tu tabah untuk menghadapi  cabaran sebesar ini teman teman.




𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now