Bab 8

75.9K 680 7
                                    

Firdaus turun ke tingkat bawah dan terus menuju ke luar pagar rumah keluarganya. Seseorang sedang menantinya dengan wajah yang disinari lampu jalan. Wajah yang dirinduinya selama 3 bulan ini. Firdaus melangkah perlahan menuju ke arah Dee. Hatinya hancur melihat kesedihan di wajah Dee. Fikirannya buntu,tidak tahu apa yang harus dikatakan untuk pendengaran Dee. Firdaus menghampiri. Dia lihat mata Dee sudah bergenang. Dia yakin,Dee sudah tahu tentang pernikahannya.

“Jadi you dah kahwin?” soal Dee serentak air matanya menitis laju membasahi pipinya. Firdaus yang diam terus terdiam. Matanya tertumpu di wajah sedih Dee.

“You kahwin dengan perempuan lain? Kenapa bukan I?” soal Dee lagi dengan suara yang berbaur kesedihan dan kemarahan. Firdaus terkaku di situ.

“Apa salah I pada you? Sampai you sanggup kahwin dengan perempuan lain? Cakap apa salah I?” soal Dee sedikit lantang bersama tangan yang menolak dada Firdaus.

“Dee,ini tak seperti yang you fikirkan.” kata Firdaus cuba memujuk sambil memegang tangan Dee,namun Dee menariknya dengan kuat.

“Apa yang I fikir? Apa yang you nak I fikir Fir? You dah pun kahwin Fir. Senyap-senyap belakang I. Sepatah pun you tak bagitahu I. Kalau I tak balik,sampai mati pun I tak tahu yang boyfriend I dah kahwin dengan perempuan lain. Sekarang you nak I fikir apa?” marah Dee lagi lebih kuat dari sebelumnya.

“Dee,let me explain.” kata Firdaus sambil memegang bahu Dee. Dee menepis.

“Explain what? What? Yang you curang dengan I selama ni? Yang you sayang dia lebih dari I? Yang you dah pun pilih dia dan bukannya I? Yang tu?” soal Dee lebih marah. Hatinya hancur kerana Firdaus sanggup melakukan sebegitu kepadanya. Sanggup menyembunyikan perkara sebesar itu dari pengetahuannya. Sanggup menghancurkan hatinya. Sanggup meleraikan ikatan yang terbina selama 7 tahun itu begitu sahaja. Sanggup menipunya dan menduakannya. Firdaus telah memperbodohkannya. Semuanya hanya rasa marah dan kecewa dan sekarang dia sedang melepaskannya.

“Dee,I’m sorry. I’m really-really  sorry.” rayu Firdaus sedikit merintih. Hatinya pilu melihat air mata Dee yang tak henti mengalir. Dee berundur setapak ke belakang apabila Firdaus menghampirinya lebih rapat.

“Senang kan you minta maaf? Bukan you yang rasa Fir,tapi I. Kalau you di tempat I,you rasa you boleh terima sorry I tu just like that? Boleh?” soal Dee lagi dalam nada yang sayu.

“I kahwin sebab family I. Sumpah Dee,I kahwin atas kehendak family I. Dan I berani sumpah yang I langsung tak kenal perempuan tu. Tidak sampai sekarang pun. Kalau boleh I tak nak pun kenal dia.” luah Firdaus mahu Dee mengerti dan menerima sebab yang diberikan.

“Dan you terima? Macam tu je?” soal Dee kembali mempertikaikan sebab yang Firdaus berikan. Firdaus cuba mendekati tetapi Dee menahan dengan tapak tangannya.

“I tak mampu,Dee. I dah cuba tapi you pun tahu parents I macam mana kan? You boleh cakap yang I ni pengecut, penakut dan dayus tapi sumpah I tak mampu nak bantah mereka. I bukan anak yang dididik seperti itu Dee. You pun kenal I macam mana kan? I tak akan menderhaka dan tidak akan pernah menderhaka Dee. Bukan sebab takut,tapi sebab I hormat mereka. Mereka parents I Dee. Tolonglah faham.” jelas Firdaus meminta pengertian Dee.

“Walaupun ini melibatkan soal hidup dan masa depan you?” balas Dee membantah penjelasan Firdaus. Firdaus meraup mukanya sebelum menguak rambutnya ke belakang.

“I seorang anak,Dee. Siapa I untuk menidakkan hak dan kuasa mereka ke atas I? Kalau you pun di tempat I,you akan faham kenapa I buat semua ni. I tak nak l,Dee. Sumpah I tak nak kahwin dengan dia tapi I terpaksa,Dee. Tolonglah faham perasaan I juga.” Dee diam. Dia tahu apa yang cuba Firdaus sampaikan. Dee tunduk sambil menekup wajahnya dengan kedua-dua tangannya.

“Tapi you dah jadi suami dia,Fir. You hak dia sekarang.” suara Dee sayup-sayup kedengaran di sebalik tangan yang menutup wajahnya. Firdaus pegang kedua-dua bahu Dee.

“No,I hak you dan akan tetap jadi hak you sampai bila-bila.” jawab Firdaus memujuk juga meyakinkan Dee. Dee mendongak memandang Firdaus kembali. Air matanya bercucuran.

“Hak apa lagi yang I ada?” soalnya perlahan. Firdaus genggam tangan Dee dan dibawa ke dadanya. Diletakkan tangan Dee di dada kirinya.

“Hati I. Hati dan perasaan I seluruhnya milik you. Sejak mula sampai bila-bila. I cintakan you Dee dan I nak you yakin tentang tu. Trust me,I only have you and love you.” luah Firdaus penuh perasaan. Dee hanya mendengar dan membiarkan Firdaus berbicara.

“Dee,selama 7 tahun ni I setia dengan you,dan I akan tetap setia dengan you. Tak terdetik pun di hati I ni nak menduakan you,apa lagi nak kahwin dengan perempuan lain. You ingat I happy ke dengan semua ni? I tertekan,Dee. I kena kahwin dengan orang yang I tak kenal langsung. Yang I tak cinta pun. I tak tahu macam mana I nak bagitahu you. I tak nak you sedih dan kecewa. Tapi ini tanggungjawab I. I buat untuk family I. Tapi I nak you tahu yang sayang I pada you tak akan pernah berubah. I janji hanya you di hati.” Penjelasan panjang lebar Firdaus itu sedikit sebanyak telah mengubat kelukaan di hati Dee. Tangisannya surut.

“Tapi I tak kuat Fir.” kata Dee sambil tunduk menahan tangisnya.

“I lagi tak kuat tanpa you Dee. I kena hidup dengan dia dan bukannya you. You rasa I okey ke? No Dee. No.” balas Firdaus sedikit sayu. Dee diam. Matanya mencari kejujuran dan kebenaran di mata Firdaus.

“Please Dee,jangan tinggalkan I. I tak boleh tak ada you. Semua ni dah cukup berat untuk I tanggung sorang-sorang. I dipaksa kahwin,Dee. You tahu apa yang I rasa? Sakit Dee. Sakit sebab bukan you orangnya. You tolonglah jangan tambah beban I lagi. I tak mampu Dee. I tak mampu.” luah Firdaus dalam keresahan. Dee pegang tangan Firdaus.

“Betul you masih nak I?” Firdaus mengangguk yakin.

“I nak you dan hanya you. Tolonglah Dee,jangan tinggalkan I.” rayu Firdaus lagi. Dee mengangguk perlahan.

“Okey I janji tak tinggal you.” Sedikit senyuman kelegaan terpancar di wajah Firdaus apabila mendengar jawapan dari Dee.

“Me too. Thanks Dee. I love you.” Dee mengangguk dan melabuhkan kepala di bahu Firdaus.

“Tapi you janji you tak akan berubah kan? You akan tetap sayang I dan layan I sama macam sebelum ni kan? Dan you janji tak akan sisihkan I kan?” soal Dee bagai meminta Firdaus berjanji dengannya. Firdaus memegang kedua-dua pipi Dee dan melihat terus ke matanya.

“I janji.”

Firdaus berjalan masuk ke dalam rumah dengan hati yang berat. Hatinya runtun apabila melihat Dee sesedih itu tadi. Dee seorang wanita yang kuat. Air mata bukanlah teman baik Dee. Jika dia menangis,pastinya perasaan sedih itu sudah tidak dapat ditahan lagi. Itulah yang Firdaus kesalkan. Dia telah membuat Dee menangis.

“Fir,abi harap ini kali terakhir abi nampak Fir jumpa Dee.” Langkah Firdaus terhenti.

“Tapi abi,Dee tu...”

“Bila Fir dah kahwin,Dee bukan lagi sesiapa untuk Fir.” pintas abinya sedikit tegas.

“Abi,Fir dah lama dengan dia. Fir tak sanggup...”

“Keputusan tu dia yang buat. Jangan kata abi tak pernah bagi peluang.” pintas abinya lagi.

“Tolong bagi Fir masa. Bukan mudah untuk Fir...”

“Firdaus Iskandar! Lupakan dia. Terima dan fokus pada apa yang ada sekarang. Jangan cabar takdir Allah.” pintas Haji Nasarudin lebih tegas,juga sebagai penamat perbicaraan ini. Firdaus tahu dia harus diam apabila abinya memanggil namanya dengan nama penuh. Itu satu bentuk penegasan dan ianya muktamat. Haji Nasarudin bangun meninggalkan ruang tamu. Semua mata melekap di wajah Firdaus,namun tidak ada seorang pun yang berani bersuara meski abinya tidak lagi di situ.

-cnc-

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now