ruby

37 1 0
                                    

Dari jauh, penglihatanku menangkap segumpal kertas dengan tenang sedang terbang kearahku, dan sikit lagi sebelum, Pakk! Akhirnya selamat mendarat tepat di atas kepala.

Manusia sekarang memang tiada kesedaran sivik ke nak buang sampah merata- rata? Muka aku macam tong sampah ke? Eh tak kan la muka hensem macam ini pun orang nak kata macam tong sampah? Kalau ada yang rasa sebegitu, makanya mereka mempunyai masalah penglihatan yang kritikal. No doubt.

What? Aku tak masuk bakul angkat sendiri, tau. Orang yang cakap aku handsome, bukan aku yang puji diri sendiri.

Aku tunduk dan ambil gumpalan kertas tadi dengan niat hendak membuang kertas malang itu, sebelum aku dapat rasakan sesuatu; gelombang mungkin ( aku pun tak pasti ) daripada gumpalan tersebut.

Tanpa ragu- ragu, aku buka dan eh!

Ada mesej untuk aku.

Aiden Eizlan,

Pantai Andromeda, 8 p.m. Don't be late. Jangan bawa orang lain, dan tidak, ini bukan cubaan menculik.

Someone that you will know.

Wah. Aku ada peminat? Atau ini ialah prank? Should I come or should I not?

__________________

Aku tiba di Pantai Andromeda tepat 8 malam dan mataku liar cuba mencari kelibat manusia yang mahu bertemuku. Disebabkan aku sendiri tidak tahu gerangan yang beria sangat nak jumpa aku sehingga main baling- baling kertas semata- mata sebab ini, aku mengalah beberapa minit kemudian.

Dia suruh aku jangan lambat tapi dia yang lambat. Ceh. Hipokrit.

"Hai, Aiden," satu suara menyapa dan aku mengangkat kepala. Aku tergamam melihat seorang wanita memakai jaket kulit sedang berdiri dihadapanku. Dan lagi aku tergamam apabila melihat sepasang iris kelabu milik wanita itu. Lawa. Satu perkataan itu cukup untuk menggambarkannya.

"H-hai, puan. Atau, cik. Tapi puan nampak macam puan. Tapi macam cik jugak. Eh, aaaaa. Maaf, saya tak tahu," aku terus berdiri dan dengan kekoknya membalas.

Aku selalunya tak macam ni. Aku outspoken, friendly dan mudah get in conversation but this woman here is something. I can sense it but I don't know what it is. Mencurigakan.

"I'm a puan and you can call me Puan Evelyn if you please. Nice to finally meet you, Aiden. Let's get straight to the point, shall we?"

"Sure. You prefer to use English, huh?"

"Not really. I know 75 languages and English is a child's play. You're the one that prefers English. In fact all of your family preferred English too."

"Ma- macam mana puan boleh tahu tentang keluarga saya," ini sangat mencurigakan. Tiada siapa tahu tentang keluarga aku. Mustahil ibu dan ayah kenal wanita asing ini. Tetapi cara dia bercakap tentang keluarga aku menunjukkan mereka saling mengenali.

"Saya rapat dengan Aegis dan Asya. Mereka sangat baik dengan saya. Dan disebabkan itu, saya nak beri ini kepada kamu, Aiden. Saya tahu saya boleh percayakan kamu," Puan Evelyn mengeluarkan sesuatu daripada jaketnya dan menyerahkannya kepada aku. Di tangan aku sekarang ialah sebuah kotak kayu dengan satu ukiran simbol. Kotak apakah?

"Buka kotak itu dan kamu akan lihat ada lima permata. Yours is the red one, ruby."

Aku buka kotak yang aku pegang tadi dan terdapat lima barang kemas dengan permata yang berlainan. Aku ambil sebentuk cincin bertatahkan permata delima dan meneliti kemasan cincin tersebut. "Ruby in a ring, huh? How nice. Kena dengan warna mata aku. Jadi, lagi empat ni saya perlu buat apa?" Aku sarung cincin tadi dan sumpah, cincin ni lawa, but don't get the wrong idea. Cincin ni cincin lelaki, bukan yang perempuan punya.

"Firstly, kamu kena buka minda luas- luas dan cuba buang semua logik yang kamu tahu," logik yang aku tahu? What kind of logic?

"Haih, jadi, secara ringkasnya sekarang kamu ada sejenis kuasa sebab kamu sekarang ialah official holder of the ruby, dan cincin yang kamu pakai itulah yang memegang kuasa kamu," Puan Evelyn cuba menjelaskan ringkas. Jadi, ini ke logik yang dia katakan tadi?

"Ouh, wow. Okay, haha what's all this? I don't get it, Madam. Penjelasan?" Okay, ada ke manusia normal yang akan faham apabila tiba- tiba seorang wanita memberitahu yang dia sekarang mempunyai kuasa kerana sebentuk cincin?

"Lihat gambar ni," Puan Evelyn sekarang menunjukkan gambar daripada telefon pintarnya kepada aku. Dalam gambar tersebut, terdapat enam orang sedang berborak mesra semasa makan malam mereka, termasuk ibu dan ayah. Aku tenung gambar itu lama dan perasan sesuatu yang pelik dan menarik dalam gambar itu. Walau pun gambar itu agak kabur; gambar lama mungkin, tetapi satu benda yang jelas kelihatan ialah warna iris mata setiap daripada mereka. Mata mereka semuanya bersinar dengan warna yang berlainan dan unik. Kelabu perak, merah delima, biru nilam, hijau zamrud, ungu kecubung. Merah delima itu milik iris ibu, sama seperti aku.

Warna- warna tadi juga mengingatkan aku kepada permata-permata di dalam kotak yang Puan Evelyn beri kepada aku tadi- diamond, ruby, sapphire, emerald dan amethyst.

Aku berfikir sebentar dan mengeluarkan satu hipotesis. "Setiap permata melambangkan seseorang," aku berpaling kepada Puan Evelyn untuk meminta kepastian dan dia hanya mengangguk.

"Dan saya ialah ruby," Puan Evelyn mengangguk lagi. "Apa kuasa saya?"

Aku hidup berteraskan logik, dan kuasa-kuasa thingy ni semestinya luar daripada logik. Tapi perkara yang aku alami beberapa bulan lepas membuatkan aku berminat untuk ambil tahu. Untuk aku cerita tentang perkara yang terjadi mungkin boleh mengambil masa, jadi aku akan langkau buat masa ini.

"Kuasa kamu? I'll brief you later about that. Mari kita fokus kepada perkara yang lebih penting," ada perkara yang lebih penting daripada penerangan tentang kuasa aku?

"The other four," ringkas dia nyatakan. Aku mengeluh. Ringkas sangat tu. Aku tak faham perkara yang dia cuba hendak sampaikan dengan muka serius itu. Okay, wait. I think I know what's she trying to say. Aku sendiri tak suka idea yang aku sedang fikirkan sekarang.

"Please jangan cakap saya yang kena cari the other four," gila kan idea ni?

"Sorry, but yes, you need to go on a quest and search for the other gems' holders," dan ya, idea gila tadi rupanya bakal menjadi realiti. "Kenapa saya?"

"Sebab saya yang pilih kamu, dan saya tahu kamu mampu untuk jadi Master of the Gems," dia menjawab sambil tersenyum sinis. Master of the Gems? Nak gelak ke kagum?

"Gelaran Master of the Gems bukan sebarangan. Tanggungjawab kamu besar. I hope you're ready for what awaits you, Aiden."

GemsWhere stories live. Discover now