TWENTY-FOUR

1.7K 185 42
                                    

Guys, Mint terlupa yang umur Chaewon dan Jungkook beza lima tahun. Chaewon dah 25 tahun kan, so Jungkook dah 30 tahun. Bukan lewat 20-an dah. Lewat 20-an macam 28-29 macam tu. Sorry guys.

Enjoy your holiday sempena PKP✨

Saya tak cuti🤓🙂













"Chaerin-ah," Chaewon datang kepada Chaerin yang sedang menyandar di dada Jungkook tika dua beranak itu sedang ralit menonton televisyen.

Botol susu yang siap digoncang dihulurkan kepada anak kecil itu.

"Masyeh mama," Chaerin mengukir senyuman comel setelah susu bertukar tangan.

Chaewon mengambil tempat di sebelah Jungkook, duduk rapat ke sisi suaminya itu sehingga bahu mereka bersentuh. Chaewon memeluk lengan Jungkook sebelum melentokkan kepala di situ.

Jungkook hanya kaku memandang kaca televisyen, seolah-olah fikirannya entah ke mana ketika itu namun tangannya bergerak bermain dengan tangan kecil Chaerin. Diam saja anak kecil itu menyandar padanya dengan tangan kanan memegang botol manakala tangan kiri digenggam oleh Jungkook.

"Awak berangan apa tu?" Tegur Chaewon. Kepala didongak ke atas melihat wajah Jungkook bersuluhkan cahaya dari televisyen.

Jungkook menoleh Chaewon sekilas seraya tersenyum tipis. "Aku terkenangkan siang tadi. Kau berjalan di laluan, berdiri dengan aku depan paderi, lafazkan ikrar perkahwinan, sehinggalah sekarang. Kita hidup sebagai keluarga sebenar,"

Chaewon mengukir senyuman lebar sehingga eye smilenya terbentuk. "Yeay, kita dah betul-betul jadi family,"

Tangan kiri Chaewon diraih oleh Jungkook. Tanpa menunggu, Chaewon membalas genggaman suaminya lalu mengucup belakang tangan kekar itu. Senyuman Jungkook melebar melihat tangannya melekap lama di bibir Chaewon.

"I love you," Chaewon tersengih sehingga matanya hampir tak kelihatan, mahu melindung rasa malunya mengungkapkan kalimat itu kepada sang suami.

"I love you too," balas Jungkook. Lembut saja suaranya dengan iris hazel merenung tepat kepada isteri sehingga Chaewon merungut cair.

"Papa, Yin nak tido," adu Chaerin. Botol susu yang sudah kosong diberi kepada papanya.

"Chaerin nak masuk bilik?"

"Nanak," Chaerin menggeleng kepala. "Nak tidur ngan papa,"

Jungkook dan Chaewon saling tersenyum sebelum genggaman tangan mereka dilepaskan. Jungkook memusingkan tubuh Chaerin. Kepala anaknya  pula diletakkan ke dada lalu Jungkook menepuk lembut punggung si kecil itu.

"Goodnight, Jeon Chaerin," Chaewon mengelus pipi Chaerin langsung si kecil itu tersenyum.

"Nanight, mama," balas Chaerin perlahan. Dia mula terbuai dengan tepukan Jungkook mendodoikan dirinya.

Beberapa minit kemudian, kanak-kanak empat tahun itu terlena dalam dakapan papanya. Rambut panjang Chaerin dibelai oleh Chaewon.

"Dah empat tahun, perangai dia tetap tak berubah," ujar Chaewon, teringatkan bagaimana sikap dan perlikau Chaerin sepanjang kanak-kanak itu membesar. 

Nakal dan hyper tetapi manja. 

"Tak tahulah jika perangainya masih sama selepas kita bawa dia ke tadika tahun depan,"

"Bertambah nakallah budak ni, makin buas sebab dah bermain dengan kawan-kawan,"

"Jangan buli budak lain sudah," ujar Chaewon mengundang tawa kecil si suami.

[DIBUKUKAN]The Baby •JJK•Where stories live. Discover now