sapphire

20 1 0
                                    

Seorang wanita dalam lingkungan umur 40-an berjalan masuk ke dalam kelas sambil membawa timbunan kertas. Automatik satu kelas berbisik-bisik melihat kertas yang dibawa guru tersebut.

Aku syak itu kertas peperiksaan semalam. Melihatkan ketebalan dan muka depan salah satu kertas di situ, okay, tidak salah lagi! Itu memang kertas Biologi semalam! Awal sungguh cikguku yang seorang ni menanda. Baru semalam habis kot!

"Matilah kita! Aku tak expect cikgu nak serah kertas harini. Aku tak sedia lagi untuk melihat kegagalan pertama aku," salah seorang rakan sekelas aku merintih memikirkan nasib sendiri sambil pura-pura mengelap air mata. Aku hanya memerhati hampir setiap orang di dalam kelas aku membuat perkara yang sama.

Semalam merupakan hari terakhir peperiksaan semester kami di Akademi Sains Drelia. Baru semalam jugalah kertas Biologi telah kami duduki dan nampaknya tanpa disangka cikgu Biologi kami  rupanya mempunyai kebolehan untuk menanda dengan kelajuan luar biasa.

"Greetings to all of you," Mdm. Liliana mula menyapa.

"Greetings, madam!"

"Hello, teacher!"

"You look so nice today, madam!"

"Madam dah makan?"

"Baju baru ke tu, teacher? Lawa!"

Dah kenapa dengan dorang ni. Extra sangat ni. Tiba- tiba je peramah semacam. Atau...,

"Sudah- sudah la dengan kata- kata kamu semua. Flatteries wont work on me anymore. Saya tetap akan berikan markah kamu hari ini. No buts and no worries, MOST of you did good," agak dah. Classmates aku memang macam ni kalau nak bodek sesuatu daripada guru-guru. Tak berkesan nampaknya kali ni.

"But before that, saya dimaklumkan akan ada pelajar baru untuk kelas kamu semua hari ni. I guess he's a bit late, Ah- there you are, boy. Come on in," belum sempat Mdm. Liliana menghabiskna ayat, seorang budak lelaki ketinggan lebih kurang 175cm, kelihatan agak kacak memasuki kelas sambil tersenyum.

Yang perempuan terpegun.

Yang lelaki kagum.

Aku? Aku cuma bersyukur sesi pemberian kertas Bio tadi tertunda walaupun sebentar. Tetapi, budak ni buatkan aku rasa curiga. Aku pandang dia dalam- dalam tapi aku masih tak dapat lihat dia punya-

"Hai, semua. Nama, Aiden Eizlan. Pindah dari Akademi Lasgia. Selamat berkenalan."

________________


Ergh, kenapalah aku yang kena duduk sebelah budak Aiden ni. Dari tadi tak habis-habis ramai perempuan kelas aku dan juga kelas lain berpusu- pusu nak berkenalan dengan dia, sampaikan aku pula yang dihalau ke tempat lain.

Aku masih curiga dengan Aiden ni. Aura yang dia keluarkan sekarang terlalu misteri dan buatkan aku tak selesa. Selalunya aura yang aku dapat tengok tak macam ni. Selalunya-

ah! yes, aku boleh tengok aura orang, guys. Interesting, I know.

Semasa Aiden masuk tadi, aku langsung tak nampak sebarang aura pada dia. Sekeliling dia cuma kosong, bersih. Warna-warna yang aku selalu nampak di sekitar manusia tiada pada dia. Setakat ini aku tak pernah nampak orang yang tiada aura macam ni. Adakah ini bermaksud Aiden bukan orang?

Itu tadi. Sekarang aura yang aku dapat lihat cumalah warna yang aku tak pernah lihat sebelum ni. Warna yang bercampur, seperti ingin menghantar aku satu mesej yang aku sendiri tak tahu. Aura yang buatkan aku rasa misteri dan rasa ingin dalami.

Well that's another reason aku tak nak duduk sebelah dia! It's too creepy!

"Sorry kalau orang ramai-ramai tadi buatkan kau tak selesa. Aiden, by the way," kata Aiden sambil menghulurkan tangan.

Aku hanya menghulurkan tangan kembali, senyum dan memperkenalkan diri kepada si dia.

"Nah, it's okay. Aku Adrian. Adrian Lee."

"Cool! Nama kita rhyme. Harap kita boleh rapat," dia tersenyum lebar. "Ah, sure, sure."

Melihatkan dia ramah macam ni membuatkan aku hendak tanya banyak soalan, terutamanya mengenai ke-misteri-an aura dia. Mungkin dia tahu sesuatu? Atau sebenarnya dia ialah alien dari planet atata tiga yang datang ke bumi untuk mencuri koko?

Meh, takkan lah kot.

Kan?

Apa-apa pun, Aiden pindah dari Akademi Lasgia, antara akademi paling bagus dalam negara. Mungkin aku boleh belajar satu dua benda daripada dia? Melihatkan dia dalam kelas Biologi tadi semasa perbincangan kertas peperiksaan, dia nampak macam suka Biologi. Ya, aku akan mula belajar dan naikkan gred aku (aku lulus eh tadi, jangan judge).

"Adrian," Aiden memanggil.

"Mata kau, memang warna tu ke?"

Soalan paling tiber aku pernah dengar dalam masa beberapa hari ni, tetapi bukan kali pertama aku dengar soalan ini.

"Haah, mata aku memang warna biru macam ni, Sapphire blue, bak kata orang."

Mata aku ialah charm aku. Orang kata mata aku rare sangat sampai kadang- kadang akan ada strangers tiba- tiba datang nak mintak tengok. Memang lah best ada fans, tapi jadi tak best bila ada orang mintak tengok, tapi dia stare sampai macam nak makan aku. Annoyed tahu tak?

"Adakah kau by any chance, nampak benda- benda pelik sekeliling aku sekarang?"

Aku terkedu. Macam mana dia tahu?

"B-benda? Benda macam mana tu ha ha ha," aku gelak kekok.

"Benda macam warna-warna yang lawa ni. Ada merah, hijau, biru, purple dan putih kot ni."

"Tak nampak pulak hahaha," sekali lagi, kekok.

Dia tenung mata aku. Dalam.

"Aku tau kau nampak. Tak perlu tipu. Kau nampak, kan?!" Aiden separa menjerit sambil mengetuk meja. Mata merahnya mencerlung tajam memandang mata biru aku.

Aku mengalah.

"Yes! Aku nampak! Then what?" Aku juga menjerit tetapi lebih perlahan tanpa pukulan.

Aku pantang orang tengking aku. Menyebabkan aku nak tengking balik sambil tampar orang tu.

"Woah relax, kid. Aku saja nak agah kau tadi. Jangan serius sangat," Aiden mengangkat tangan gaya menyerah diri.

"Disebabkan kau dah mengaku, let me introduce myself again, aku Aiden Eizlan Aegis dan aku dah lama cari kau."

Aura dia terus berubah. Daripada campuran pelbagai warna tadi, aura dia bertukar merah. Ruby red. Maroon tapi tidak gelap,darah tetapi lebih terang.

'Lawa'

"Kenapa kau cari aku?" soalan aku berikan.

"Kau, holder of sapphire. Mulai sekarang kau akan ikut aku cari holders yang lain."

Sapphire? Holder?

Apa semua ni?




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 16, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GemsWhere stories live. Discover now