Bab 28: Dedah [EDITED]

655 86 76
                                    

⚠️ WARNING ⚠️
Terdapat penggunaan bahasa asing dan kurang menyenangkan. Read at your own risk.

 

 

 

 

═════════

 

"HARGH!"

Alicia menepis tangan gemuk Mono yang hendak menumbuknya dari tepi. Melihat tubuh Mono yang sudah terpusing, dia pantas menendang belakang badan lelaki itu sehingga mukanya melekap pada almari kaca.

Pantas, Alicia membuka pintu almari dari sebelah Mono lalu dihentakkan pada kepala lelaki itu dengan kuat sehingga dia menjerit sakit.

Tidak cukup, Alicia mencapai pula buku tebal yang tersusun di atas meja hiasan, lalu dicampak ke kepala Mono. Biar berakal sikit otak Pak Beruang ni.

Sekali lagi, Mono mengerang. Dan bertambah panas lagi darahnya apabila buku yang dibaling ke wajah terjatuh dan terhempap ke kaki pula.

Mono menayang muka bengis. Dia mengepal tangannya dan mengumpul semua tenaganya di situ sebelum dia layang ke muka Alicia. Namun sama saja seperti tadi, gadis ini berjaya mengelak. Tak puas, Mono mengangkat pula kakinya.

Alicia pantas melompat ke belakang tatkala Mono cuba memberikan tendangan hebat di dadanya. Dia menghelakan nafas perlahan sambil merenung Mono tajam. Rambut hadapan yang terjatuh di matanya, dikuis ke belakang telinga.

Melihat perilaku Alicia itu, Mono tertawa kecil penuh sinis. Perempuan memang tak sesuai berlawan dengan rambut panjang.

Satu perkara yang dia puji tentang Alicia, ketangkasan gadis ini di tahap terpuji. Alicia gunakan perabot di sekeliling sebagai alat dia berlawan. Kreatif. Rasa sakit di kepalanya yang dua kali dihentak tadi masih lagi berbaki.

Dan harus diakui. Oleh kerana itulah Mono hilang pertimbangan. Dia berlawan seperti samseng bocah sedangkan dialah antara terhandal dalam syarikat.

Semuanya kerana Alicia. Pertama kali Mono berjumpa gadis kecil yang jaguh berlawan. Sikit pun tidak kekok.

Entah mengapa, hatinya terasa tercabar. Senyumannya melebar seakan gembira. Alicia yang melihat pun sedikit seriau.

Mono... di mata Alicia lelaki itu kelihatan...

Teruja.

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

Melihat perubahan ketara pada reaksi Dato' Mikael, Coda melepaskan nafas sinis. Kejamnya lelaki ini, lebih hebat daripada semua ahli gangster yang dia kenal.

Diberikan dadah pada wanita itu perkara biasa. Namun menghentam sehingga mati belum pernah dibuat mereka.

"Dato' rasa... kalau Maria tahu tentang rahsia kejam dato' tu, dia akan sayang dato' lagi, ke?" soal Coda dalam bisik, menggunakan Bahasa Melayu standardnya. Tangan Dato' Mikael yang menindih dadanya itu, ditolak kasar.

Lidah Dato' Mikael terkelu sendiri. Ludah ditelan sukar. Peluh dingin mula membasahi dahi. Dadanya jelas kelihatan berombak.

Bagaimana Coda tahu tentang rahsianya 17 tahun yang lalu? Kalau tak silap, dia mengambil Coda bekerja semasa Marla sudah berumur dua tahun. Itu bermakna sudah dua tahun peristiwa hitam itu berlaku sebelum Coda mula berkerja dengannya.

"Lu dato'... belum boleh maafkan Carmila lagi. Wa boleh nampak leh. Itu pasal bila lu nampak dia keluar sama jantan lain, lu pukul. Lu tada pikir leh." Coda berbisik hanya untuk pendengaran Dato'Mikael.

ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWRITE PROCESSWhere stories live. Discover now