sembilan.

790 145 139
                                    

" Weh korang! Aku ada beli...apatah nama natang ni, bebudak kata kalau main benda ni rasa real gila! " kata Mingyu sambil memegang kotak yang mengandungi alat permainan VR.

Alhamdulilah, Mingyu masih hidup walaupun pada hari sebelumnya dia dihempuk dengan gitar milik Jihoon.

" Kau bazirkan duit untuk beli benda tu? Baik kau simpan duit untuk beli keranda nanti. " kata Hansol, selamba.

" Atok Choi ni kalau aku baling meja apa pun tak dapat tau, EH LANTAKLAH. AKU BELI PAKAI DUIT AKU, BUKAN DUIT KAU! " Mingyu sudah mengangkat meja makan, standby untuk dibaling tepat kepada Hansol.

" Alah aku gurau jelah. Gurau pun tak boleh. Aku dahlah kurang dapat dialog dalam cerita ni. " sempat Hansol mencebikkan bibirnya.

Ingat comel? Anda tu dah tua, sedar diri sikit.

Selepas itu Wonwoo pula mencelah.

" Kau agak-agaklah nak main game pun. Sekarang dah pukul 11 malam kot. Atok lain semua dah membuta you know? " kata Wonwoo sambil mencekak pinggang, ada pula Mingyu ajak main game malam-malam? Masa siang tadi sibuk sangat kejar anjing kat depan rumah.

Kesian anjing tu tak salah apa-apa pastu tetibe kena kejar dengan spesis sendiri.

" Entahnya, Joshua dah lama terlelap. Siap berdengkur. Nasib dia punya dengkuran tu merdu. " sokong Hansol sambil menunjukkan figura lelaki berusia 66 tahun yang sedang nyenyak tidur.

" Alah, kejutkan jelah. Aku dah excited nak cuba natang ni alahaiii- "

++++++

" Game apa ni sia? Berpeluh ketiak aku nak bermainnya! " rungut Wonwoo apabila permainan tersebut memerlukan mereka berempat untuk bergerak dengan banyak.

" Whatever! Jom, aku nak tengok ranking. Peh, ketiak kau basah sia. Kau ni makin tua makin banyak peluh keluar eh, Wonu? HAHAHA " Mingyu mula mengetawakan rakannya yang seorang itu.

Selepas hampir lima minit menunggu, akhirnya skrin televisyen menunjukkan markah yang diperolehi mereka berempat.

No 1 - IkanJosh95_ 58,430,102

No 2 - ChweLaBodoBukanChew 58,360,000

No 3 - Wonwonu_ 57,875,203

No 4 - Gyu__ 52,100,000

" HAHAHA, I'M THE WINNER! Aku tidur dulu bai bai " Joshua mencampakkan controller ke sofa dan bersorak gembira.

" ASAL AKU LAST WOI HUWAAA " jerit Mingyu dengan penuh tidak puas hati.

Padahal dia yang paling semangat main tadi.

" HAHAHA, Mingyu noob! Mingyu noob! HAHAHA " kali ini giliran Wonwoo pula mentertawakan lelaki tua yang tinggi tersebut. Sambil itu tangannya sibuk memukul belakang Joshua yang baru melelapkan mata semula.

" MINGYU TU YANG NOOB, KAU PEGI PUKUL AKU ASAL BANGANG?! PUKULLAH SI MINGYU TU ALAHAIII "

" Opss sorry hehe "

++++++

" Aku tak puas hati. Dah dekat lima kali kita main. TAPI KENAPA AKU MASIH DI TEMPAT TERAKHIR? YA ALLAH BOLEH NAIK BLOOD PRESSURE AKU MACAM NI! EII GERAM " Mingyu cuba menenangkan dirinya, takut pengsan pulak sebab tekanan darah tinggi.

Jadi satu kerja pula Seungwoo dan Seungyeon nak menjaganya nanti. Mingyu ni dahlah jenis degil, suruh makan ubat pun taknak.

Harap badan je sado, tapi ada tekanan darah tinggi.

𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝗲𝗲𝗻? 𝗻𝗼, 𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝘆!Where stories live. Discover now