13♡

1.1K 206 68
                                    


She no longer need me~

Aku membaringkan badan menghadap ke atas. Dari semalam lagu no longer dari boygroup kpop nct 127 menjadi pilihan untuk aku melayan perasaan aku yang dah retak berkecai selepas tengok adegan berbagi-bagi surat dari ustaz nuqman dengan dina.

Ting!

Bunyi nofication aku kedengaran. Aku mencapai telefon yang berada tidak jauh dari aku.

Dinasyayang
Naura kau pergi ke tak masjid semalam? Penat aku cari kau.

Aku mencebik. Penat cari aku ke penat melayan kesayangan dia tu?

Ting!

Dinasyayang
Reply la aku Naura. Jangan la bagi aku dua tanda biru tu. Kalau kau tak nak reply sape je aku nak berchat-chat? Kau je kawan yang aku ada😭

Yelatu kawan dia kat kl tu punya banyak dia ingat aku tak tau?tapi kesian pula aku tengok minah ni lagipun bukan salah dia. Dah terang lagi bersuluh yang dia tu cantik memang la ustaz nuqman tu nak. Cuba kalau aku si kentang ni?tengok muka aku pun dia tak larat apalagi suka.

Nak balas ke tak? balas? tak? balas? tak? Ish balas je la. Belum sempat jari aku menyentuh screen telefon aku dah menjerit macam orang gila.

"TAPI DIA TAK PATOT BUAT AKU MACAM NI!! DIA DAH TAU AKU SUKA DEKAT USTAZ NUQMAN TU KENAPA DIA PEGI LAYAN USTAZ GEDIK TU LAGIII!!!!"

Tanpa aku sedar pintu aku diketuk bertalu-bertalu. "Naura kau kenapa terjerit-jerit kat dalam tu kau nak aku panggil ustaz ke call tanjung rambutan?"

Aku membuka pintu terpampang muka Jaemin depan aku. "Kau nak apa?"

"Opah suruh aku panggil kau pergi dapur tolong dia."

"Kenapa kau je yang tak tolong dia?" Aku bertanya dengan muka seposen.

"Aku anak teruna kau tu pula anak dara."

Aku memutarkan bebola mata lalu melanggar bahu dia keluar dari bilik bak samseng yang baru lepas habis bergaduh kat tesco.

Aku berlalu ke dapur. Opah baru sahaja menyediakan bahan untuk memasak. "Opah nak buat apa ni?"

"Opah nak buat sup sayur kamu tolong potong bawang merah sebiji dengan bawang putih empat  ulas."

Aku mengangguk lalu mengambil papan pemotong dan sebilah pisau. Bawang merah dan bawang putih pula opah dah sediakan di atas meja.

"Opah umi dengan walid mana?" Tanya aku. Yela selalunyakan umi yang  tolong opah masak. Kalau tak macam mana umi boleh jadi menantu kesayangan opah yedok?

"Walid temam umi beli barang kejap."

"Beli barang apa?"

"Assalamualaikum!"

Aku dan opah yang sedang berborak terhenti selepas terdengar orang memberi salam.

"Siapa tu pah?"

"Tak tau la opah, kejap opah suruh jaemin tengokkan."

"Jaemin! Tolong tengok kan siapa yang bagi salam tu."

Aku tergelak. Opah ni harap je dah berusia tapi suara dia punya kuat tu kalah umi yang hari-hari kejut aku pergi sekolah dulu.

"Naura ustaz nuqman datang nak ajar kau macam biasa."

Tangan aku yang ligat memotong bawang tadi terhenti. Macam mana ni?macam mana ni?

"Err kau cakap kat dia hari ni aku uzur so tak boleh mengaji la. Suruh la dia datang lain kali" Punya la  panic aku sampai lupa yang aku sebenarnya bendera jepun.

"K"

Aku menarik nafas lega. Nasib kalau tak maunya aku mengaji sambil tergagap-gagap macam kene parkinson.

Setelah beberapa minit aku dan opah berdiam diri sebab masing-masing ingin menyiapkan kerja masing-masing.

"Naura, kamu tak suka ke dengan ustaz nuqman tu? Kalau kamu suka opah boleh pinangkan dia untuk kamu."

"Auch"

To be countinue.

𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐉𝐈𝐒𝐔𝐍𝐆? • 𝘗𝘢𝘳𝘬 𝘫𝘪𝘴𝘶𝘯𝘨 Where stories live. Discover now