00

1K 111 53
                                    

Pintu ruang tamu di tutup rapat. Tiada langung bunyi derapan kaki daripada gadis itu. Dia melangkah perlahan ke bilik nya. Dalam hati, dia berharap ibu bapanya tidak bangun daripada tidur.

"Baru balik?" suara Encik Kamaruzaman mengejutkan remaja itu. Lampu ruang tamu di buka.

"Wan Nur Aryna ! Kamu pergi mana?! Pukul 2 pagi baru balik rumah?!" jeritan Puan Laila memecahkan kesunyian malam itu. 2 orang budak kecil berdiri sambil memeluk kaki Puan Laila.

"Erm, Aryn tertido dekat tuisyen." ujar Aryn. Beg sekolah Aryn terus di rampas lalu di geledah.

"Apa ni? Bawak make up? Baju apa ni? Jangan nak tipu ayah ! Baru saja petang tadi cikgu kelas kamu beritahu tiada kelas tambahan ! Jujur sekarang !" jeritan si ayah itu membuatkan Aryn semakin tidak tentu hala.

Ah, dia sudah penat berbohong !

"Aryn pergi club." jujur .Aryn. Encik Kamaruzaman dan Puan Laila terdiam. Mereka terpempan dengan sikap Aryn yang sudah keterlaluan.

"Sudah lah, ibu dengan ayah fokus je lah dekat kerja. Aryn tahu nak uruskan Aryn sendiri."

...........................

"Eh, Wan Nur Aryna. Ni yang terlepas daripada polis semalam tu kan?" seorang lelaki mendekati Aryn sambil senyum sinis. Aryna sudah tahu itu semua berlaku kerana lelaki itu.

Farid Ahmad.

"Kau nak apa huh? Sibuk dengan hidup aku. Kau bla la, semak dekat kelas aku pahal?" ujar Aryn. Dia juga agak geram apabila sebutan 'Wan' itu ditekan kan.

Dia tidak suka. Nama dia terlalu kampung.

"Kau dengan lelaki lain boleh bawak main. Dengan aku tak boleh?" kata-kata Farid itu membuatkan telinga Aryn berdesing. Panas mendengar nya.

"Aku kata pergi kan?! Pergi lah !" jeritan Aryn itu membuatkan kelas 5 Jannatul Khuld diam. Aryn menghembus nafas geram.

Kelas sekali diam apabila guru kelas masuk. Puan Noraini berdiri di hadapan kelas memandang semua anak murid nya.

"Hari ni, saya akan umumkan matkah ujian awal bulan kamu semua. Berbekal 10 bulan sahaja lagi sebelum kamu menduduki peeriksaan penting, jadi sila serius." kata Puan Noraini.

Nama seorang demi seorang pelajar di sebut. Aryn hanya dia sambil bermain telefon pintar di tangan nya. Suara Pusn Noraini hanya di endahkan.

"Wan Nur Aryna. Keputusan sangat teruk ! Apa nak jadi dengan kamu ni? Banyak sangat harta keluarga sampai tak nak belajar?" Aryn bangun dengan satu hembusan berat.

"Ha, elok sangat perangai. Entah berapa banyak dosa ibu bapa kamu tanggung. Penat saya—"

"Kalau cikgu tak puas hati dengan saya, baik cikgu keluar daripada kelas ni. Kerja cikgu mengajar, bukan mengumpat pasal keluarga saya." kata Aryn tanpa rasa bersalah.

ego. dy✔Where stories live. Discover now