CHOI Hanna menyembamkan wajahnya ke lutut. Tubuhnya yang berada di hujung penjuru tandas wanita menggigil ketakutan. Esakannya semakin lama semakin menjadi-jadi bila bunyi guruh bergema di seluruh pelosok ruang tandas wanita ini. Ketika ada satu guruh ini yang berdentum kuat, suasana terus menjadi gelap-gelita. Dia yang tadi sedang mencuci tangan di sinki serta-merta terjerit kuat. Menggigil satu badan dibuatnya. Sudahlah telefon bimbitnya disimpan di dalam beg di bilik latihan kerana Chanyeol mahu berehat sebentar tadi. Nak tinggalkan Tao dan Kim Ayuna punya pasal. Sementara itu, Chanyeol mahu tidur sebentar di bilik latihan. Disebabkan dia bosan keseorangan di sana, dia ke tandas sebentar. Tetapi ini pula yang jadi.
"Chanyeol!!!" Jerit Choi Hanna kuat. Guruh semakin lama semakin kuat berdentum. Bilik air... tempat yang paling seram dan yang paling dia takut jika pergi dalam keadaan gelap-gelita. Sama seperti keadaannya sekarang ini. Ni boleh blackout semasa dia di tandas, terkencing kalau orang yang tak kuat semangat.
"Chanyeol!" Jeritnya buat kali kedua. Hampir 10 minit dia berkurung di sini tetapi baru kali ini dia memanggil Chanyeol. Pada mula-mula tadi, suara pun tak keluar. Perasaan takut memang menyelubungi satu badan sampai satu suara pun tak keluar. Melainkan esak tangisnya yang keluar memenuhi ruang tandas ini dari tadi.
"Hanna?!"
Kepala diangkat dari terus tertunduk. Suara itu.. suara Chanyeol.
"Chanyeol! Saya kat sini!" Punggung diangkat tetapi kakinya masih tidak bergerak.
"Hanna?!" Panggil suara itu lagi. Choi Hanna semakin dekat dan mendekat apabila telinganya semakin tajam mendengar derapan tapak kasut dari luar tandas. Kakinya dilangkahnya perlahan sehingga pintu bilik air itu disentuhnya.
DUMMM!!!
"Argh!!!"
"Shut. Saya ada kat sini. Hanna, saya kat sini. Diam, jangan menangis lagi." Tubuh Choi Hanna yang kini berada di hadapannya terus dipeluk erat. Terkejut punya pasal mendengar gadis itu menjerit dari dalam bilik air perempuan, terus dibuka pintu bilik air itu dan mendakap tubuh Choi Hanna yang menggigil ketakutan dan kesejukan. Mendengar esakan Choi Hanna dan mendengar bunyi guruh dan hujan, dia lagi takut bunyi esakan Choi Hanna. Takut bukan sebab mereka berdua berada di tandas wanita, tetapi takut jika gadis itu pengsan ataupun tidak dapat mengawal perasaannya. Siapa tidak takut jika sorang-sorang di dalam bilik air tanpa ada satu pancaran cahaya pun.
Terkejut juga dia bila bangun, Choi Hanna sudah tiada. Sudahlah gelap. Mujur sahaja Samsung Galaxy Mega 2 miliknya berada di sebelah tadi.Buatnya tertinggal dekat dalam beg ke, tengah cash bateri ke, haru juga satu dunia tu. Ketika itu tiada istilah mahu mengambil tahu keadaan Tao dan Kim Ayuna, tetapi mahu mengambil tahu pasal Choi Hanna yang entah ke mana perginya itu.
"Chanyeol..." Choi Hanna meletakkan wajahnya tepat pada dada Chanyeol. Dia memeluk erat tubuh lelaki itu tanpa memikirkan apa-apa yang pelik lagi. Dia takut. Dia sangat takut.
"Ya... jangan nangis lagilah, ya? Kan saya ada dekat sini." Pujuk Chanyeol bersungguh-sungguh. Kepala gadis itu diusapnya perlahan tanda... tanda sayangnya kepada Choi Hanna. Ya, dia rasa dia sudah jatuh sayang dengan Choi Hanna. Bukan sejak dari sekarang tetapi sejak dari awal pertemuan mereka lagi. Rasa denyutan jantung itu berdetak laju tidak seperti biasa. Bila dia berada dekat seperti ini, dia rasa begitu selesa. Seperti tidak mahu dilepaskan lagi pelukan itu.
"Jangan tinggalkan saya," ujar Choi Hanna yang masih lagi menangis itu. Teresak-esak dia menangis. Satu kerana takut sebab terkurung di dalam bilik air selama 10 minit. Satu lagi sebab... sebab dia takut Chanyeol pergi tinggalkannya seorang diri.
Sebenarnya, hatinya seperti diusik sesuatu yang sebelum ini dia tidak pernah rasa. Dia rasa hatinya 'diganggu' seseorang bukan ketika ini sahaja, tapi sejak mula-mula dia bersua muka dengan Chanyeol di bilik pengetua. Dia pelik kenapa boleh macam tu pula? Dah tu, bila Chanyeol mahu mendekatinya ataupun mahu bergurau dengannya, jantung yang berada di dalam tubuh seperti mahu tercabut keluar rasanya. Gara-gara terlalu berdetak dengan laju sekali.
YOU ARE READING
[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.
FanfictionPaling taik pernah aku buat. 2015.
![[COMPLETED] Always Be My Couple 항상 내 커플 한다.](https://img.wattpad.com/cover/31007866-64-k955446.jpg)