Bab 11

72.7K 640 22
                                    

Firdaus masuk ke biliknya dan melihat Melur berada di atas katilnya. Masih lagi dengan baju pengantinnya. Ya,malam ini mereka tidak tidur di hotel seperti sepatutnya. Mereka terus pulang ke rumah keluarga Firdaus. Alasannya Firdaus tertinggal beg pakaiannya. Sebenarnya Firdaus hanya beralasan. Dia bukan tidak mahu bermalam di hotel mewah itu tetapi dia tiada mood untuk meraikan malam pertamanya di sana. Baginya,yang penting dia sudahpun menunaikan permintaan keluarga agar berkahwin dengan gadis pilihan mereka. Dia sudah menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak. Cukuplah.

Firdaus berdiri di hujung katil sambil memerhati Melur yang duduk di kepala katil. Gadis itu tunduk sahaja. Firdaus menarik nafasnya dalam-dalam dan melepaskannya perlahan sambil melabuhkan duduknya di hujung katil bersebelahan Melur. Matanya memandang ke satu sudut. Sepi.

“Kita ni hidup zaman moden. Jadi tak payahlah awak buat style malu-malu macam zaman purbakala pulak.” kata Firdaus memecah kesunyian. Melur yang tunduk,mendongak memandang Firdaus yang berada tidak jauh darinya.
‘Brutalnya laki aku.’ bisik hati Melur lalu tunduk semula. Sepi lagi. Firdaus menyusun ayat di dalam kepalanya. Berfikir-fikir bagaimana untuk dia memulakannya. Buang masa,jadi lebih baik dia berterus terang sahaja.

“Memandangkan kita dah kahwin dan kita akan share semua benda bersama,jadi lebih baik saya ‘share’ satu maklumat penting dengan awak.” kata Firdaus memulakan muqadimahnya. Dia diam semula. Melur juga. Menanti dalam debaran.

“Macam nilah,biar saya terus terang je.” Firdaus berhenti di situ. Diam lagi. Melur menunggu. Semakin lama semakin berdebar dadanya.

“Saya dah ada girlfriend. Nama dia Diana.” Akhirnya Firdaus berjaya juga meluahkannya dan menyudahkan muqadimahnya tadi. Melur tunduk sahaja. Diam.

“Saya sayangkan dia. Saya cintakan dia. Dah 7 tahun kami bersama dan saya akan terus bersama dia.” sambung Firdaus lagi bersama keyakinan yang berjaya dibinanya demi cintanya terhadap Dee. Hati Melur? Siapa yang peduli?

“Jadi saya tak nak awak halang hubungan kami. Saya tak nak awak ganggu hubungan kami hanya kerana awak ni isteri saya. Ini hidup saya dan saya berhak ke atas hidup saya sepenuhnya. Apapun jadi,saya akan tetap setia dengan dia.” Firdaus meneruskannya lagi bertambah yakin. Semuanya demi Dee. Melur tetap diam.

“Lagipun awak jadi isteri saya sebab family yang paksa saya kahwin dengan awak. Kalau tak,memang saya akan kahwin dengan Dee.” sambung Firdaus lagi. Di dalam fikirannya, alang-alang dia sudah memulakannya,dia akan sudahkannya. Melur harus tahu hakikatnya. Supaya nanti tidak ada isu yang berbangkit. Agar nanti tidak ada hati yang sakit.

“Saya nak awak tahu hubungan kita ni tak akan kemana. Ia akan jadi anti klimaks sebab saya hanya sayangkan Dee. Saya harap awak faham. Jangan mengharapkan apa-apa dari perkahwinan kita ni. Atas kertas,saya suami awak tapi hakikatnya saya ni kekasih dia. Awak faham kan?” Melur tidak menjawab. Hanya menggenggam tangannya sendiri.

“Last but not least,saya minta awak rahsiakan hubungan saya dengan Dee. Saya tak nak family saya tahu terutamanya abi. Saya tak nak abi marah dan kecewa sebab saya hormat dia. Ini hal rumahtangga kita,rahsia kita. Faham?” Firdaus menyudahkannya. Lega. Lega kerana dapat membongkar rahsia besar tentang kisah cintanya. Lega kerana dapat meluahkan segalanya dengan sempurna. Lega kerana Melur sudah mengetahuinya. Itu yang penting baginya. Kejamkah dia? Juga tiada siapa yang peduli. Melur yang sedari tadi tunduk mendengar,menggenggam erat loket di lehernya sambil memejamkan matanya sesaat dua. Dia menarik dalam-dalam nafasnya. Dia bangun lalu berdiri di hadapan suaminya. Sesaat itu, dia tunduk menyuakan wajahnya setara dengan Firdaus. Bersama senyuman manisnya.

“Okey deal.” Firdaus terkejut dengan reaksi Melur. Tiada tanda sedih mahupun kecewa di wajah isterinya itu,untuk setiap kata-kata ‘manisnya’ tadi. Pelik tapi benar. Melur senyum.

MY 'RUDE' WIFEWhere stories live. Discover now