01

410 83 42
                                    


"Makan Aryn." kata Puan Laila. Pagi itu pembantu rumah Mak Leha menyediakan nasi goreng kampung ala thai. Bau masakan yang menyelerakan itu menaikkan selera masing-masing.

"Sedap nya bau. Susah-susah je masak Mak Leha punnn." ujar Encik Kamaruzzaman. Segelas kopi dituangkan ke dalam cawan.

"Ei, napa bau nasi busuk? Macam belacan." kata Aryn. Hidung nya di tutup akibat bau nasi goreng itu terlalu kuat.

"Aryn nak pancake! Bukan benda ni! Busuk tau tak !" gertak Aryn.

"Wan Nur Aryna. Makan je boleh tak? Tak elok cakap macam tu depan rezeki!" kata Puan Laila. Aryn merengus kegeraman lalu melangkah ke ruang tamu.

"Aryn pergi sekolah dulu." kata Aryn. Pintu rumah di hempas. Puan Laila hanya mampu bersabar dengan perangai anak sulung nya itu.

"Maafkan saya, Puan." kata Mak Leha. Puan Laila tersenyum manis.

"Takpe, lebihan nasi goreng ni tolong bungkuskan. Saya bawa ke tempat kerja." kata Puan Laila sambil senyum kelat.

...........................

"RM 9.50" Aryn menyerahkan sekeping duit RM10. Langkah nya diatur keluar daripada kedai Family Mart tersebut.

Memandang kan sekolah nya berdekatan dengan kedai serbaneka itu, senang lah dia mahu membeli sarapan. Tak delah dia kelaparan ketika di sekolah.

Langkah diatur menuju ke sekolah nya di seberang jalan. Aryn mengunyah roti di tangan nya sambil berjalan memasuki kelas.

"Ei, tengok tu. Dia warna rambut lagi. Hari tu warna coklat. Sekarang ni blonde hitam pulak."

"Entahlah wei, mak bapak dia tak ajar ke? Macam tak ambik kisah je."

"Keputusan exam dia baru-baru ni pun teruk. Perangai pun dah teruk. Elok lah tu."

Aryn hanya membiarkan kata-kata bencian rakan sekelas nya. Sememang dia telah menukar warna rambut nya kepada blonde dan hitam.

"Assalamualaikum semua, hari ni saya akan bagi slip keputusan periksa kamu semua. Harap kamu dapat tingkat kan usaha untuk SPM nanti. Saya sebut nama sila kedepannn." ujar Cik Amani.

Aryn hanya termenung memandang ke luar tingkap. Sambil menunggu nama nya disebut, dia membuka aplikasi instagram.

"Wan Nur Aryna. Keputusan peperiksaan kamu sangat teruk. Tiada langsung A." kata Cik Amani. Aryn terdiam.

Jika ibu bapa nya tahu, habis dia dikerjakan.

"Harap kamu dapat tingkatkan usaha. Lepas kelas, guru kaunseling mahu berjumpa." kata Cik Amani. Aryn mengeluh lemah.

........................

"Harap Tuan dan Puan dapat mengikuti peraturan sekolah. Memang di sekolah pelajar tidak dibenarkan mewarna rambut. Jika dia bertudung, tak pelah juga." kata Cikgu Azman. Puan Laila dan Encik Kamaruzzaman hanya mengangguk faham.

"Saya minta maaf cikgu. Nanti saya akan warna kan semula rambut Aryna." kata Puan Laila. Dijeling anak nya di yang sibuk bermain phone tanpa perasaan bersalah.

"Ibu nak kamu warna balik rambut kamu tu." kata Puan Laila. Aryna menggeleng laju.

"Tak nak! Penat Aryn pergi saloon buat rambut. Tak de masalah pun kan?" ujar Aryn. Encik Kamaruzzaman memimpin tangan Aryna ke kereta.

"Ayah dah serik dengan perangai Aryn! Pilih, sama ada kamu nak tukar balik warna rambut tu ataupun kamu bertudung! Pilih! " muka bengis Encik Kamaruzzaman sama sekali tidak menakutkan Aryna.

"Tak nak! Dua-dua Aryn tak nak!" beg sekolah di ambil lalu Aryna mengorak langkah meninggalkan kedua ibu bapa nya di situ.

"Kalau begini lah jadi nya, kita kena 'ajar'sesuatu dekat dia." kata Puan Laila. Kening Encik Kamaruzzaman bertautan.

"Maksud awak? Dekat kampung?"

ego. dy✔Where stories live. Discover now