Bab 4

863 75 14
                                        

" Kau termenung apa tu!? Tak reti nak buat kerja!" Sergah Yasmin bila masuk ke dalam ruang dapur.

Sejak tadi Yasmin perhatikan, Yuni hanya menguis saja nasi yang ada di depan mata. Naik pelik dia jadinya. Yuni jugak banyak diam kebelakangan ini. Asal dengan Yuni?

Yuni kerling sekilas pada kakak tirinya sebelum anak mata itu beralih pada nasi yang masih belum luak. Dipandang sayu akan nasi yang masih tinggal penuh pinggan. Beberapa suap saja dapat dia makan. Tak ada selera...

Sejak kejadian dia mintak putus dengan Mirul, kesihatan terus tidak terurus. Bukannya kerana rindukan lelaki itu. Tapi kerana ugutan lelaki itu padanya.

" Hey! Kau ni pekak ke? Aku suruh kau buat kerja rumah! Bukannya termenung! Tu kain still banyak lagi. Jemur!" Lantang Yasmin mengarah.

Yuni mendengus geram. Suka sangat kakak tirinya itu mengarah itu ini. Habistu kau tu buat apa? Duduk saja? Main fon? Aku tendang jugak perempuan ni. Baru tahu!

" Kau nak pergi mana?" Cepat Yasmin menghalang Yuni berura-ura nak bangun.

" Kau boleh tepi tak? Menyemaklah!" Yuni menolak kasar Yasmin sehingga terdorong ke belakang.

Yuni membasuh tangannya. Sejurus itu, kaki dihayun naik ke tingkat atas. Tidak semena tangannya dipegang Yasmin buat mata Yuni mencerlung tajam mahu marah.

Yuni merentap kasar tangan Yasmin yang melekap pada tangannya.

" Don't touch me! Aku tak suka kau sentuh aku." Yuni menyapu tangan yang dipegang Yasmin.

" Kau nak arahkan aku buat kerja? Habistu kau? Kau buat apa? Duduk saja?" Sambung Yuni lagi.

Tajam anak mata Yasmin memanah pada si Yuni. Gigi diketap beberapa kali. Berasap sudah Yasmin mahu menghamburkan marah pada Yuni. Kurang ajar!

" Jangan disebabkan kau gunakan nama Abah dan Ummi... Aku akan patuh dengan semua arahan kau. Hell no! Sampai matipun aku takkan ikut semua arahan kau!" Kasar Yuni membalas.

" Kurang ajar kau, Yuni! Kau lupa ke aku siapa? Aku kak-"

" Aku apa? Kakak aku? Hey! Setakat kakak tiri apalah sangat!" lawan Yuni lagi tapi kali ini kedengaran begitu sinis sekali.

Tak semena dua orang perempuan itu berbalah menarik rambut satu sama lain. Kuat Yuni menolak Yasmin sehingga jatuh terduduk. Tidak sempat Yuni memukul muka cantik itu, Abah sudah memetir panggil namanya.

" Yuni!"

Yuni buat muka. Rambutnya dilibas ke belakang. Tangan dibawa mengibas mukanya. Serasa panas bila ada dua orang penyelamat yang baru masuk ke dalam ruang dapur.

" Kau buat apa dekat si Yasmin ni? Kau memang sengaja nak lukakan dia kan?" Abah sudah membela anak kesayangannya itu.

Yuni buat mata ke atas bila Abah dan Ummi sudah membuat drama caring di depannya. Kalau dengan si Yasmin tu ambil berat sangat. Kalau dia yang jatuh ke apa. Dibiarkan sepi macam tu saja. Adilkah?

" Abah nak Yuni minta maaf dengan si Yasmin sekarang!" Tegas si Abah pada si anaknya.

" Bukan salah Yuni." Yuni lihat pada kukunya. Sengaja nak menampak kurang ajar.

Siapa yang ajar dia kurang ajar?

Memanglah Abah dan Ummi. Kalau bab kasih sayang, memang failedlah. Suka sangat dekat si Yasmin dan abang tirinya itu. Kalau dengan dia, huh!

Memang semua salah atas bahunya. Yang betulnya Yasmin dan yang salahnya Yuni. Memang Yuni je yang salah kan?

" Yuni nak naik dulu. Sakit pulak mata Yuni tengok drama percuma ni. Anyway... Babah, Ummi. Kalau iya pun nak suruh orang minta maaf, pastikan siasat dulu siapa yang salah. Jangan ikut sedap mulut nak salahkan orang."

Usai menghabiskan semua kata, terus Yuni naik ke tingkat atas. Dibiarkan saja panggilan daripada Abahnya itu. Malas nak bertekak dan bersoal jawab sebab Yuni tahu yang Abah dan Ummi akan menangkan Yasmin jugak.

" Haih... Penatnya hidup macam ni."

Yuni menghempaskan tubuhnya diatas katil. Keluhan berat dilepaskan. Wajahnya diraup kasar. Masih terngiang-ngiang ugutan Mirul padanya.

Ugutan itu sedikit sebanyak melumpuhkan kekuatan yang dia ada. Lemahnya terasa. Takut andai terbongkar akan perbuatannya dengan Mirul itu. Haih...

Dihidupkan telefon pintarnya. Macam biasa, andai Yuni tak puas hati pasti dia akan letak dalam status wasap.

-Sakit bila kau terpaksa hadap benda ni sorang-sorang. Tak mungkin kau boleh lari dari semua ini. Semuanya sudah terlambat...

Usai siap menaip kata, tak sampai beberapa minit. Arfan membalas statusnya itu, bagai dapat merasai saja akan apa yang berlaku padanya saat ini. Arfan kawan lelakinya yang begitu misteri.

Yuni mengenali Arfan terlebih dahulu berbanding Mirul. Arfan diakui hebat kerana dia boleh tahu semua yang Yuni rasa. Arfan ialah kenalan dari alam maya yang dia tidak tahu rupa dan susuk tubuh. Misteri dan tersangat pelik.

Arfan is typing...

Saya sebenarnya Hacker. saya tahu apa jadi dekat awak. So saya harap awak dapat membantu saya dengan menceritakan semua yang berlaku -Arfan

Yuni menaip, menjawab penghantaran mesej lelaki itu.

Saya tak nak... Saya takut... - Yuni

Dengan airmata yang mengalir Yuni menaip lemah. Takut membelenggu dirinya.

Takkan budak tahfiz boleh buat benda macam ni? - Arfan

Yuni menggeleng laju. Dia tak dapat menyangkal akan itu, kerana kekurangan kasih sayang dia jadi sebegini. Dia bodoh! Bodoh kerana ikut apa yang Mirul ajak. Andai dia tahu begini kesudahannya, memang dia tak akan sesekali buat benda terkutuk tu!

" S-ss..a-aya terlalu ikut perasaan sangat saat itu. Mirul ajak dan saya terus bersetuju tanpa fikir akan akibat yang saya dapat. Saya menyesal Arfan... - Yuni

Teresak-esak Yuni menjelaskan semua itu sampai merah matanya. Terlalu takut dengan semua ini.

Ceritakan semuanya pada saya. I can help you. But you need to trust me. That's all - Arfan

Yuni masih teresak-esak. Bergetar tangannya memegang telefon. Tak mampu untuk dia menaip semuanya. Sungguh dia tak kuat bila menceritakan akan dosa yang dia buat.

Dosa yang tak mampu dia lupakan sendiri. Yuni menarik nafas panjang dan hembus kuat. Dia percayakan Arfan. Lagipun Arfan seorang kawan yang baik.

Saya kekurangan kasih sayang Ummi dan Abah. Satu hari, saya ikut perasaan. Maybe terlalu tertekan dengan hidup saya. Tertekan sebab Ummi dengan Abah saya tak pernah ambil tahu pasal saya dari umur lima tahun lagi. Dari situ... - Yuni

Yuni menangis lagi. Terhenti jarinya dari menaip. Tersedu sedan dia cuba mengawal diri agar tidak menangis. Terketar-ketar tangan itu menaip dengan airmata.

Saya mula jadi liar dan kurang ajar. Saya kenal Mirul dari dunia maya. Satu hari, dia ajak saya buat benda 'tu' dan saya dengan bodohnya s-se-setuju... -Yuni

Esakan makin kedengaran. Basah sudah pipi itu dengan airmata. Sudah kerap kali dikesat dengan baju, tapi masih juga keluar airmatanya.

Sa-saya tak tahu nak buat macam mana Arfan... S-sa-saya takut...-Yuni

Arfan hanya online. Tak ada tanda lelaki itu mahu menaip akan apa-apa. Mungkin kecewa dengan dia yang membuat keputusan sampai macam ni sekali. Yuni mengeluh dengan mata yang terpejam. Ya Allah... Apa yang patut aku buat.

Arfan is typing...

Debaran di dada dipalu kuat bila lelaki itu bermula menaip. Apa agaknya Arfan nak cakap?

I have idea for this problem tapi... Awak kena percayakan saya boleh?- Arfan

Boleh - Yuni

Yuni kelihatan kecewa bila lelaki itu sudah tidak online. Begitu saja lelaki itu katakan mahu menolongnya. Yuni membaringkan tubuhnya ke atas katil. Perlahan mata itu ditutup sebelum lena menjenggah.

Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now