03

341 80 39
                                    

Aryna berdiri sambil berpeluk tubuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aryna berdiri sambil berpeluk tubuh. Manik-manik peluh membasahi seluruh tubuh Aryna. Panas nya pada hari itu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

"Aryna, ni bilik kamu." pintu bilik dibuka. Aryna menutup hidung nya sendiri sambil melihat bilik baru nya.

"Berhabuk nya." ujar Aryna. Nek Salmah mendapat satu idea lalu dia melangkah ke dapur.

"Nah, nenek tak sempat nak sapu sebab ada ramai tempah tikar mengkuang. Ha, ni penyapu nya." kata Nek Salmah. Aryna memejamkan mata nya sendiri.

"Tiada vacum ke nenek?" tanya Aryna. Kening Nek Salmah hampir bertautan.

"Vacum? Apa tu? Tak pernah pun nenek dengar." kata Nek Salmah. Ini membuatkan Aryna semakin geram.

"Ugh! Kenapa lah takde pembantu rumah? Dah tau tua tu, cari lah pembantu rumah." bebel Aryna. Penyapu di tangan nya di pegang lama.

"Macam mana nak guna natang ni?" Aryna menggaru kepala nya yang tidak gatal. Dia mula berasa rimas. Sudah lah bilik berhabuk! Panas pula tu! Ada kipas pun tidak guna rasa nya.

"Nak mandi dulu lah." kata Aryna.

........................

"AHHH !" terkedek-kedek Nek Salmah berlari ke dapur. Kecut perut nya mendengar jeritan daripada Aryna itu.

"Kenapa? Ada harimau ka?" tanya Nek Salmah. Muka Aryna kelihatan pucat dan dia menggigil teruk.

"See..ssseeejuk nya. Air ape ni nenek?" tanya Aryna. Mek Salmah ketawa kecil mendengar celoteh Aryna.

"Itu, air kolah. Memang lah sejuk. Baru badan segar." kata Nek Salmah. Aryna menangis di dalam hati.

"Takde pemanas air ke nek?" tanya Aryna.

"Pemanas air? Apa tu? Malaysia pun dah panas, buat apa mau pemanas air lagi." kata Nek Salmah. Aryna mengeluh lemah.

"Inilah hidup aku.." ujar Aryna. Dia mengorak langkah ke bilik nya sendiri.

"Ish, sejuk wei. Sampai ke tulang rasa." kata Aryna. Dia mengeluarkan mask yang dibeli oleh nya lalu ditekapkan di muka.

"Nenek-nenek!" suara jeritan seseorang di luar mengejutkan Aryna. Dia lantas keluar daripada bilik.

"Ne—ARGH! HANTU! "

...........................

"Kau mengintip anak dara orang heh?" telinga lelaki itu ditarik. Menjerit-jerit lelaki itu kerana kesakitan.

"Mana ada! Saya nak bagi daun pisang yang nenek suruh saya beli tulah! Penat saya menjerit kat luar." kata lelaki itu.

"Aku dah tua. Almaklumlah, pekak sikit." kata Nek Salmah. Aryna melihat adegan mereka berdua dengan pandangan yang menjengkelkan.

"Ha, Aryna. Ini, pembantu tak setia nenek. Dugong nama nya." kata Nek Salmah. Hampir terhambur ketawa Aryna. Lelaki itu menepuk dahi nya sendiri.

"Doyoung. Nama saya Doyoung,nenek." kata Doyoung. Aryna ketawa sakan.

"Saya balik dulu ye nenek. Apa-apa roger."

"Eh, jom kita makan dulu. Penat nenek masak. Ha, meh tolong nenek." Doyoung dan Nek Salmah berjalan menuju ke dapur.

"Kenapa lah aku tinggal dengan orang yang pelik." desis Aryna. Doyoung menghidangkan lauk-pauk di ruang tamu.

"Ape ni?" tanya Aryna dengan wajah yang menjengkelkan. Doyoung mengeluh lemah.

"Ini, ayam masak lemak cili api." kata Doyoung. Aryna memandang lauk tengah hari itu. Dia mula rasa tidak berselera mahu makan.

"Nenek, kenapa tak masak sayur ni?" tanya Aryna lagi. Sudahlah sayur-sayuran itu rupanya pelik sekali.

"Ha, ulam ni baik untuk kesihatan. Lagi elok tak goreng. Nenek basuh sampai bersih tauu." kata Nek Salmah. Aryna meneguk air liur kelat.

"Makan jelah, penat nenek kau masak. Mengada." kata Doyoung. Aryna memandang lelaki itu geram.

"Makan nasi dengan telur goreng jelah." desis Aryna. Telur goreng dan kicap diambil oleh nya.

"Eish, engko ni. Nah, makan!" Doyoung yang sedang memegang sudu terus menyuap nasi dan ayam ke mulut Aryna.

"AHHH! PEDASSSS! "

ego. dy✔Where stories live. Discover now