Yuni bersiap ala kadar saja. Dengan baju hoodie berwarna putih manakala seluar slack yang mudah disarung.
Malas nak bersiap lama-lama sedangkan dia hanya nak pergi mall sahaja. Yuni bukannya seorang yang suka bermekap dan tidak juga seorang yang suka bergaya. Biasa-biasa saja. Malaslah. Hahaha
Yuni mengambil beg tangan halusnya. Laju kaki itu menuruni tangga. Dirapati Dee yang ada di atas sofa ruang tamu. Dengan senyuman dibibir dia mengedik. Tahu-tahu jelah dia bodek nak apa hehehe
" Kau nak apa?"
" Macam biasalah." Yuni menadah tangan dengan muka mengadanya.
Dee mendengus geram. Kunci keretanya diberi pada si Yuni. Sengihan panjang terpapar di muka cantik itu dan laju jugak kaki itu turun ke sofa dan terus keluar rumah.
" Hey, jangan lupa isi minyak. Kau balik nanti minyak aku tak full, aku ronta kau!"
" Baik boss! Kedekutlah kau ni. Bar full kut! Takkan nak aku isi jugak!" Rungut Yuni di muka pintu.
Dee menggeleng. Tak endahkan rungutan itu. Kereta myvi kesayangannya itu memang perlu dimanjakan dengan minyak penuh selalu baru senang nak pergi mana-mana kalau urgent.
" Takde. Kau kena isi jugak!"
Yuni buat muka. Dipusingkan badannya. Rambutnya dilibas persis seorang diva. Kasut tumit tingginya dipakai.
" Huh! Okay!" Laung Yuni dan masuk ke dalam kereta.
Enjin kereta dihidupkan. Laju kereta itu dipandu keluar dari halaman rumah sewa Dee. Ada baiknya dia pergi jalan-jalan daripada balik ke rumah Abah dan Umminya. Malas nak bertekak dan bertemu muka dengan semua keluarganya. Huh! Mengingatkan itu terus buat moodnya hilang. Haish!
" Stop thinking about them Yuni. Now... Kau kena enjoy je. Okay?" Yuni memujuk diri sendiri.
Kereta Dee diparking. Pintu dibuka. Usai keluar terus kereta myvi itu dikunci. Kepalanya ditutup dengan hoodie manakala tangan itu dimasukkan ke dalam poket baju. Yuni tersenyum senang bila sudah masuk ke dalam mall. Matanya dicuci dengan segala benda.
Rambang mata Yuni melihat semua barang yang cantik-cantik. Mahu dibeli tapi rasanya tak perlu. Dia mahu menabung untuk kesusahan yang tidak dijangka nanti dan untuk masa depannya sekali.
Kaki dihayun masuk ke dalam sebuah butik mewah. Ditilik setiap baju mahal yang ada di dalamnya. Tak hiraukan pandangan pelik pekerja yang melihatnya. Mungkin pelik bila dia tak beli tapi hanya melihat saja.
Dari tadi Yuni rasa seperti diperhatikan tapi dia angkat bahu saja. Mungkin hanya firasat hatinya saja. Tak mungkin ada yang mengikutnya. Nak ikut buat apa? Nak penampar?
" Cantiknya baju ni..." Yuni mengumam.
Baju berkembang dengan sulaman cantik pada sekeliling pinggang dilihat penuh minat. Cantik manik-manik kecil yang menhiasi baju kembang itu. Dengan warna merahnya. Cantiknya! Lawa sangat!
" Cik nak beli?"
Yuni menggaru keningnya. Bibir diketap beberapa kali. Memang ikutkan hati nak beli tapi duit yang dia ada sekarang cukup-cukup saja. Nak beli macam mana? Haih...
" Tak. Saya nak tengok saja."
Pekerja itu mempamerkan muka jengkel bila Yuni sudah keluar dari butik itu. Tapi tidak lama pudar perlahan-lahan bila seorang lelaki kacak menghulurkan gaun kembang yang dipilih Yuni tadi padanya.
" Take this. Saya nak beli." Kad dihulurkan pada si pekerja.
Pekerja itu mengangguk dan terus mengambil kad itu untuk membayar gaun kembang yang dipilih lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sinis pada si Yuni sudah turun eskalator.
Mungkin mahu pulang ke rumah. Usai membayar dan mengambil bungkusan beg kertas itu, terus Arfan mengikuti langkah Yuni.
Yuni mengambil kunci keretanya di dalam beg tangannya tapi belum sempat dia menggeledah beg tangannya, lengannya sudah ditarik kasar masuk ke dalam sebuah lorong gelap yang dekat dengan mall.
Tak mampu Yuni menjerit apabila mulutnya sudah ditekup oleh tangan besar seseorang. Terbuntang matanya bila lelaki gemuk di depan matanya sedang memandang dia bagai nak makan. Air liur ditelan kasar. Yuni takut akan semua andaian yang dia fikirkan. Manik-manik halus sudah jatuh berlinangan di pipi. Takut dengan pandangan lelaki gemuk itu. Menggeleter hebat tubuh Yuni bila lelaki itu sudah merapatkan muka mereka berdua.
Buk!
Tak sempat lelaki gemuk itu buat lebih, lelaki itu sudah ditumbuk bertubi-tubi sehingga lemah. Yuni tercegat berdiri dengan mata yang setia pandang ke arah lelaki yang menyelamatkannya itu. Terkerdip-kerdip matanya. Tak dapat mengecam siapa lelaki itu.
Kedengaran tapak kasut bertumit lelaki itu menghampirinya. Yuni mengenggam erat tali beg tangannya. Takutnya dengan keadaan tika ini. Tak dapat dia lihat muka lelaki itu kerana keadaanya dalam lorong ini begitu gelap.
" You're safe now..." Bisikan lembut suara lelaki garau lelaki itu buat Yuni berdebar tidak tentu arah.
Dapat Yuni rasai deruan nafas lelaki itu hangat bila jarak antara dia dan lelaki itu beberapa inci saja. Kecewa ada dalam hati bila muka lelaki itu tak dapat dilihatnya.
Hanya mata hitam koko lelaki itu saja yang dapat dia lihat. Dia mahu tahu siapa yang menyelamatnya. Mengapa debaran makin kuat bila dia menatap mata itu? Apa istimewanya lelaki itu?
" Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri."
Tubir mata Yuni sudah berair tidak sempurna. Hampir jatuh rebah badannya. Nasib baik lelaki itu menyambut akan tubuhnya.
Tangisannya kini sudah makin kedengaran pada lorong itu. Rindunya pada Arfan tak dapat menahan lagi. Dibiarkan saja esakannya tanpa henti. Biarlah Arfan tahu dia menangis kerana rindukan lelaki itu.
" Saya rindukan awak, Arfan." Yuni cuba menyentuh muka lelaki itu tapi lelaki itu sudah melepaskan tubuhnya.
Arfan menjauh dengan senyuman sinis. Beberapa tapak dia mengundur ke belakang. Kepalanya ditutup dengan hoodienya sebelum langkah dibawa lari dari lorong gelap itu.
" Arfan!"
Yuni cuba mengejar tapi sayang apabila lelaki itu sudah tiada. Yuni terduduk dengan esakan penuh. Terhinjut bahu itu kerana menangis terlalu banyak. Merah sudah mata Yuni.
Rindunya makin menggebu. Dia percaya itu adalah Arfan. Masakan tidak, lelaki itu menyebut ayat itu. Ayat yang dia rindu. Pesanan yang buat dia sayang pada lelaki itu.
Yuni bangun perlahan-lahan. Kepalanya terasa pening secara tiba-tiba. Mungkin kerana terlalu banyak menangis. Semua yang dia nampak ada dua.
Cuba berdiri dengan baik tapi dia tak dapat. Yuni tersenyum sendiri. Kuat ingatannya pada si Arfan.
" Saya ada di mana-mana untuk semua orang termasuk awak..."
Usai habis kata, terus Yuni pengsan tak sedarkan diri. Yang dia boleh nampak ketika itu, ada seorang lelaki memakai hoodie berwarna hitam menuju ke arahnya dan mencempung dirinya masuk ke dalam kereta.
'Arfan...'

YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...