Part 3

757 92 6
                                    

"Makcik, apa kuih saya habis harini?"

Gempa bertanya pada makcik kantin yang sedang membersih meja kaunter kantin, mengemas apa yang patut sebelum pulang.

Makcik Laila sekaligus pengurus kantin, tersenyum pada Gempa.

"Macam biasa nak, apa kamu nak ambil duit kuih kamu?" soal Makcik itu sambil memandang wajah remaja lelaki itu.

Dia amat kagum dengan Gempa, walaupun masih muda tetapi pandai dalam berdikari.

Gempa tersenyum sahaja. "Ya, makcik. Macam biasa, saya masih perlukan duit."

"Orait, kejap ya."

Makcik Laila, menyeluk poket apronnya lalu duit yang sudah dimasukkan ke dalam plastik di keluarkan. Plastik duit itu diberikan pada Gempa.

"Nahh nak, duit kuih kamu. Gunakan dengan baik tau?"

Gempa menyambut huluran tersebut, lalu duit yang diberikan makcik Laila di simpan ke dalam beg sekolahnya.

"Hehehe, baiklah makcik. Terima kasih, nanti esok saya buat lebih sikit kuihnya. Kalau macam tu saya balik dulu makcik."

"Ya, hati-hati tau."

"Hm!"

Mereka berdua berbalas senyum. Gempa melambaikan tangan lalu berbalik untuk pergi daripada kawasan kantin.

Tali beg sekolahnya yang sudah lusuh itu digenggam erat. Dia memandang sekitar kawasan sekolah yang mulai sepi dikeranakan semua pelajar sudah pun pulang.

"Sekarang, pergi kerja part time di 7Eleven." gumam Gempa.

Kakinya melangkah keluar dari perkarangan sekolah. Di saat dia berbelok ke kanan, dia dikejutkan oleh Halilintar yang sedang duduk di atas bonet kereta hadapan dan di bawah teriknya matahari. Lelaki itu masih mengenakan seragam sekolah.

Namun, Gempa tidak hiraukan Halilintar malah dia terus melangkahkan kaki. Dia sudah terlambat mahu ke tempat kerjanya.

"Gempa tunggu."

Halilintar yang perasan akan kedatangan Gempa terus melompat turun dari bonet keretanya dan mendekati Gempa.

Halilintar berdiri di hadapan Gempa seraya mendepakan kedua tangannya, menghalangi langkah Gempa.

"Apa kau nak ha?"

"Aku nak kau."

"Gila! Tepilah, aku dah lambat ni!"

Gempa mendorong tubuh Halilintar yang suka mencari masalah dengannya, namun gagal apabila lelaki itu sengaja mengeraskan tubuhnya.

"Tak nak, sebelum kau ikut aku." kata Halilintar.

"Ish, tepilah! Aku tak nak ikut kau lah!" marah Gempa, kakinya dihentak pada tanah dengan kedua belah pipinya dikembungkan. Tanpa sedar aksi manjanya keluar.

Aksi spontan dan tidak pernah ditunjukkan pada sesiapa, mengundang senyuman Halilintar.

"Comel."

Dengusan sebal keluar dari belah bibir Gempa. Dia dengan kasar menolak Halilintar kuat sehingga lelaki itu terdorong beberapa langkah ke belakang.

"Aku tak comel lah! Aku ni hensem tau!" marah Gempa, dia menendang betis Halilintar lantas melarikan diri.

Halilintar mengerang sakit. Dia mengusap betisnya yang terasa berdenyut itu. Tendangan Gempa memang tidak main-main. Sakit bakhang!

Dia memandang Gempa yang sudah jauh ke hadapan.

"Oit Gempa!!"













Tbc...

Rejected | I Can't Stop Me (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now