08

281 67 9
                                    

"Lambat nya budak ni keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Lambat nya budak ni keluar. Merayap ke mana." Doyoung melilau sekeliling. Satu bayangan Aryna tidak kelihatan. Sudah 30 minit dia menunggu di hadapan sekolah.

"Ary—" Doyoung terdiam. Kepala Aryna dibalut. Air mata ditubir mata Aryna tidak berhenti mengalir.

"Apa kau? Bla ah!" Aryna berjalan memintasi Doyoung. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Ei! Kenapa ayah pindahkan aku dekat kampung macam ni?! Dahlah panas. Aku bosan inggal dekat sini! Hishh !" marah Aryna. Doyoung dibelakang ketawa kecil.

"Apa kau gelak-gelak. Ada setan heh kat kepala tu?" tanya Aryna. Doyoung menggeleng lalu berlari ke arah Aryna.

"Kau kenapa? Kepala berbalut." tanya Doyoung. Muka Aryna serius tanpa senyuman.

"Dia fikir dia tu kaya sangat ke. Ala, setakat anak ketua kampung, aku ni anak pengasas syarikat. Apa lah sangat harta yang dia ada." kata Aryna. Doyoung mengangguk faham.

"So, kau nak give up lah ni?" kata Doyoung. Aryna mengangguk.

"Aku nak mintak kat ayah aku, aku nak balik sebab kena buli. SPM tu..ala, aku boleh buat bussiness sendiri. Aku droplah SPM—"

"Ok, bayangkan lah...satu hari nanti, ayah kau bankrupt. Kau takde duit, ayah kau berhutang. Ha, nanti nak cari duit macam mana?" tanya Doyoung. Aryna terdiam.

"Jangan menyerah sekarang. Kau kena fikir 50 langkah ke hadapan. Kalau kau menyerah sekarang, apa jadi pada masa depan kau?" kata Doyoung. Aryna mengangguk faham.

"Jadi, kita usaha !"

....................................

"Lepas belajar pergi gotong royong? Siyes ah kau ni?" kata Aryna. Dia baru sahaja mengulangkaji matapelajaran Sejarah. Sudahlah Aryna dikejutkan pada pukul 6 pagi.

"Yes, ada masa kena bersenam. Tak boleh belajar saja. Gotong-royong ni, dapat pahala tauu." kata Doyoung. Aryna menggaru kepala nya yang tidak gatal.

"Aku tak nak ikut. Bye—"

"Eippp. Sini..." kepala hoodie Aryna ditarik sehingga ke bawah rumah.

"Ok, jommm" mereka berdua berjalan kaki ke surau darul Ulum. Aryna mengikat rambut nya yang panjang itu.

"Ouh, aku tertanya. Rumah kau dekat mana heh? Tak pernah aku tengok." kata Aryna. Doyoung berfikir sejenak.

"Bukan hal kau kot. Tak payah tau." kata Doyoung. Aryna terberhenti dengan sendiri nya.

"Aku tanya je. Eish, mamat ni." omel Aryna. Akhirnya, mereka tiba di surau.

"Semua makcik-makcik je. Bosan lah aku macam ni." kata Aryna. Dia hanya mengikuti Doyoung daripada belakang.

"Eh, kau dah kenapa ikut aku. Tu! Amik baldi tu, isi dengan air. Pastu, hantar kat aku." arah Doyoung. Aryna hanya mengikut perintah.

"Adu, 3 baldi ke? Aku ingat satu je." omel Aryna. Dia mula mengisi air di dalam baldi satu persatu.

"Berat berat berat berat." Aryna berjalan terkedek-kedek sambil membawa baldi itu. Sakit pinggang dibuat nya.

"SPLASH!" baju Aryna bash kuyup akibat disiram air. Aryna menoleh.

"Eh, engkau rupanya. Aku ingat perempuan mana lah yang sibuk menggedik dengan Doyoung tu." kata Mila.

Sebenarnya, dia lah yang menyiram air sirap pada baju Aryna itu.

"Engkau, baru masuk kampung ni..jangan sedap kau nak berkepit dengan Doyoung. Nampak sangat murah." kata Alya. Aryna terdiam.

"Eh, aku cakap ni kau dengar tak?!" rambut Aryna ditarik kuat. Aryna hanya mampu berdiam diri.

"Yah!" sebatang penyapu terkena tepat di kepala mereka bertiga. Mila menoleh.

"Doyoung oppa?" Doyoung mengambil penyapu itu semula.

"Siapa abang kau? Jangan kacau Aryna! Pergi sana!" jerit Doyoung. Mereka berdua berlari ketakutan.

"Aryna, gwaencana?"










ego. dy✔Where stories live. Discover now