😍👍👍 ( 2)
6 stories
Rapsodi Milik Khalish by girangfashali
Rapsodi Milik Khalish
girangfashali
  • Reads 1,914
  • Votes 335
  • Parts 20
HITAM. Satu perkataan paling sinonim dengan Khalish Adam, seorang pemuda yang hidupnya jadi berantakan hanya kerana dia cuba mencari sebuah kebenaran. Dia pernah menginginkan pelangi tetapi taufan hebat memusnahkan asanya. Di sebalik penampilan luar yang kasar dan sikap tidak peduli, ada jiwa sakit dek derita yang kian memamah diri. "Kau nak hidup macam mana? Rumah, kereta, bil-bil semua siapa nak bayarkan? Simpanan kau banyak mana sangat? Dah habis nanti, kau nak duduk bawah jambatan?" - Yeop Pudin "Biar saya ikut sekali. Saya pun nak bacakan al-Fatihah dan Yaasin. Biar bertambah satu doa lagi buat arwah. Mudah-mudahan arwah akan lebih tenang di alam sana." - Irsa Kaleela "Jangan biarkan dendam mempermainkan kita, Khalish." - Hayfa Yeop Pudin sentiasa sedia untuk membantu. Irsa Kaleela dan Hayfa pula muncul dalam hidupnya tanpa disangka. Mereka cuba menuntun Khalish menyusun semula rentak langkah, mencari apa yang hilang, menamatkan pencarian dan memadamkan dendam lama. Mampukah Irsa dan Hayfa membawa warna indah ke dunia hitam Khalish? Siapakah yang dapat mengembalikan pelanginya? Selamat berkenalan dengan Khalish. Mungkin kekusutannya berjaya kalian leraikan. 😊
Kau Yang Terindah by abejeonkiut
Kau Yang Terindah
abejeonkiut
  • Reads 2,761
  • Votes 174
  • Parts 9
Siti Nadia Khairina. Seorang gadis kampung yang periang dan suka bergurau. Masa hidupnya banyak dihabiskan di kampung halaman neneknya, Nek Sarimah. Kehadiran Haziq sebagai sepupunya membuatkan jantungnya berdebar tak tentu arah. Pandang sahaja wajah lelaki itu, buat dia rasa nak tersenyum. Ditambah pula lelaki itu acap kali pulang ke kampung. Lagilah dia seronok! Dalam diam, Haziq juga menyimpan perasaan terhadap dirinya. Siapa sangka bukan? Cinta terbalas akhirnya. "Saya demam." - Haziq "Demam? Betul ke ni? Awak tak pergi klinik?" - Nadia "Buat apa saya nak pergi klinik kalau jururawat sendiri dah ada depan mata." - Haziq Ya Allah, kuatkan lah hati ni! Kebahagiaan datang tanpa diduga. Apatah lagi kedukaan. Cabaran rumah tangga yang dibina mula menerjah masuk ke dalam hubungan mereka. "Jangan tinggalkan Nadia, abang.."
Somnambulis (Tamat) by girangfashali
Somnambulis (Tamat)
girangfashali
  • Reads 4,143
  • Votes 505
  • Parts 17
Kelopak baldu bara rindu mangsi merah nian nyawa gugur kelopak, mengalir mangsi kesumat lerai di hujung atma. Thea kerap dibayangi mimpi ngeri. Mimpi-mimpi yang suram, menggerunkan, kerap berulang dan sentiasa mendominasi lenanya. Enggan ditakluki mimpi-mimpi tersebut, Thea meluangkan waktu jaganya dengan menulis novel. Tersingkap Hijab Mimpi, bergenre thriller yang ditulis dinobatkan sebagai bestseller dan berjaya mendapat sambutan dalam kalangan pembaca. Namun, satu demi satu yang digarap Thea bertukar menjadi realiti yang menakutkan. Kematian demi kematian berlaku sama seperti apa yang ditulis Thea dalam novelnya. Dengan bantuan suami, Thea mula menyiasat sama ada mimpi-mimpi yang dialami sebelum ini memang sekadar mainan tidur ataupun sebenarnya titik mula yang membawa kepada suatu penemuan tidak terduga. Antara cinta belahan jiwa, kasih darah daging dan keakraban teman baik, ada sesuatu yang Thea perlu korbankan. Facebook: Girang Fashali Instagram: @girangfashali
I See You  by NurMiraHani
I See You
NurMiraHani
  • Reads 58,859
  • Votes 4,355
  • Parts 20
~ Lihat, ke dalam mataku, sinarnya menyala. Lihat, cintamu bertakhta dihati ~ 💎 My Blind lady Kerana dendam, perebutan harta, sengketa, Delisa menjadi mangsa. Dunianya mula gelap, hidupnya berubah. Dan satu peristiwa menyatukannya dengan musuh orang tuanya. Pengantin lelaki ditukar di saat akhir. ❄ "Kau takkan jadi milik lelaki lain. Kau milik aku, Delisa." Delisa keliru. Dia tahu lelaki itu tidak menyukainya. Dia tahu lelaki itu sudah punya kekasih. Namun, anggapannya bahawa lelaki itu datang hanya untuk harta semakin goyah. Kerana lelaki itu yang menjaganya siang dan malam, lelaki itu yang berusaha menyenangkan dan membahagiakannya. ❄ "She's blind and...pregnant. That's why... I care about her." Bibir tidak pernah menyebut kata sayang dan cinta namun tetap Delisa yang menjadi keutamaannya. Kebenaran akhirnya terbongkar. Suami yang mula mendapat tempat di hati adalah seorang pengkhianat. Delisa kecewa. ❄ "Jaga diri. I love you." Kata akhir lelaki itu sebelum Delisa ditinggalkan. Hati Delisa kembali mati. Senyuman sudah hilang dari wajah. Delisa hilang punca. ❄ I want to see him. Just for a last time. Hanya itu permintaan saya. ISY ~ close your eyes and feel my love
Jumpa di Kafe Joshua by girangfashali
Jumpa di Kafe Joshua
girangfashali
  • Reads 2,709
  • Votes 358
  • Parts 12
Secawan kopi sering menjadi saksi kepada pelbagai pertemuan, perpisahan dan kisah suka duka insan. Aroma kopi acap kali jadi peneman seribu satu emosi dan gejolak rasa. Ingin tahu kisah mereka? Kita jumpa di Kafe Joshua 😊 📌Masih belum disunting. Maaf andai ada salah di sana sini.
Lelaki Langit Bumi (Terbit E-book) by girangfashali
Lelaki Langit Bumi (Terbit E-book)
girangfashali
  • Reads 99,882
  • Votes 2,560
  • Parts 32
DIHA 'AFINA tidak menyangka sama sekali yang dunianya bakal berubah disebabkan si pemilik nama ARIYYAN. Semua gara-gara rakaman video yang ditinggalkan oleh sahabatnya, Marsha. Persahabatan antara Diha dan Marsha bermula dengan blog Tentang Sesuatu. Marsha mempertanggungjawabkan Diha dengan satu mandat besar yang pada hakikatnya sukar ditunaikan - BANTU ARIYYAN. Siapa Ariyyan? Pertemuan empat mata dengan Ariyyan membuatkan hati Diha tersentuh. Naluri dan empati Diha berpihak pada lelaki itu. Dia memang perlu dibantu, diselamatkan. Tetapi, berjayakah Diha dalam misi membantu Ariyyan? Bolehkah Ariyyan dibantu sedangkan si empunya diri rela terus lemas dalam daerah duka? Mampukah dua insan dari dua latar belakang yang sangat sangat berbeza menemui satu titik keserasian antara mereka? "Aku yakin dia dapat memahamimu. Mengerti passion mu yang sangat dalam pada musik. Aku sendiri nggak pernah menafsir karyamu sebegitu, ayang. Sebagaimana dia bisa mendalami hasil gubahanmu, aku yakin dia juga bisa menelah jiwamu." "Ini permintaan terakhirku, ayang. Ayang telah pun berjanji untuk menunaikannya." - Marsha "Kau harus muncul dalam hidupnya. Pujuk hatinya agar bisa menjalani dunianya. Aku kenal dirimu, Diha. Aku yakin banget semangatmu akan bantu dia untuk pulih semula." - Marsha "Jadi kamu setuju untuk tunaikan permintaan Marsha? Kamu bersedia kalau kita teruskan semua ini?" - Ariyyan "Nggak perlu pura-pura berlagak mulia. Lakonan kamu mungkin bisa memperdaya mama atau orang lain. Tetapi, bukan aku! Menantu mama cuman seorang. Cuman Marsha! Titik!" - Ariyyan "Peluang apa, Dina? Dia tak perlukan sesiapa. Dia hidup dalam dunianya. Tak ada siapa boleh masuk." - Diha 'Afina Selamat menelusuri kisah Diha dan Ariyyan ❤️ Facebook: Girang Fashali Instagram: @girangfashali