Qrystal reading list<33
39 stories
SAIF AL-ASWAD [C] by __syhadh
SAIF AL-ASWAD [C]
__syhadh
  • Reads 1,584
  • Votes 323
  • Parts 57
﷽ - SYUHADAH 11th BOOK Di tanah Al-Aswad, di mana angin padang pasir berbisik tentang sejarah dan lautan berkilau dengan kekayaan alam, pernah berdiri seorang pahlawan agung - Muhammad Saif Furqan. Seorang panglima yang bukan sekadar mahir menghunus pedang, tetapi juga tajam akalnya dalam merancang strategi. Dalam medan perang, dia menari bersama bayang-bayang musuh, pedangnya membelah keangkuhan orang tamak yang ingin merobek kekayaan tanah airnya. Namun, sebagaimana mentari tetap tenggelam di ufuk senja, begitu juga nasibnya. Satu kesalahan, atau mungkin satu pengkhianatan, telah meragut segala-galanya. Daripada seorang wira, namanya kini menjadi cela dalam sejarah bangsanya. Hukuman dijatuhkan tanpa bicara yang adil. Dia dicampak jauh dari tanah yang pernah dipertahankannya dahulu. "Benar, kebenaran itu pahit. Mudah sangat ditutup dengan manis-manis kepalsuan." Dengan kehormatan yang tercalar, dia merantau ke Bait al-Hilal. Kini, dia hanyalah seorang nelayan yang berperang dengan lautan, seorang peniaga ikan di Bazar Jelata, hidup tanpa darjat, tanpa bayang-bayang masa lalu. Tangannya yang dahulu menggenggam pedang kini hanya mengikat jala, fikirannya yang dahulu menyusun strategi perang kini sekadar menimbang harga tangkapan hariannya. Namun, takdir masih belum selesai mengukir kisahnya. Dalam keasingan, dia bertemu seorang wanita yang mengetuk pintu hatinya yang sudah tertutup. Rasa cintanya mulai mekar bak mawar di taman. "Saya sanggup terima segalanya tentang awak." "Masa silam saya tak seindah yang awak sangka, sayang." Tetapi sejarah tidak pernah benar-benar terpadam. Api dalam jiwanya hanya menanti angin untuk kembali membakar. Dan akhirnya, angin itu datang dari istana yang pernah menghukumnya. "Tiada lagi yang layak selain anakanda." Namun, yang hebat takkan selamanya di atas. Dan musuh, takkan selamanya kalah. "Kau akan mati di tangan aku, Saif!" "Nyawa itu milik Tuhan." Terimalah, SAIF AL-ASWAD. Start: 13 MAC 2025 End: 27 APRIL 2025
Mi Reina (SLOW UPDATE) by Hudanajwa__
Mi Reina (SLOW UPDATE)
Hudanajwa__
  • Reads 110,976
  • Votes 7,670
  • Parts 3
Theez Ridzhan merupakan seorang atlet bola sepak terkenal. Sikapnya yang lemah lembut, sopan dan sentiasa ceria tidak ubah seperti bapanya telah membuatkan dia disenangi ramai. Reina De Lauren merupakan seorang peluncur ais. Reina adalah seorang gadis yang ceria. Wajah cantik itu sentiasa dihiasi dengan senyuman manisnya. Namun ada satu rahsia yang di sembunyikan olehnya dari pengetahuan semua orang. Pertemuan secara tidak sengaja di antara Theez dengan Reina telah membuatkan Reina tertarik dengan lelaki itu. Apatah lagi apabila Theez bersikap ramah dengan semua orang namun hanya dingin dengannya. "I think, I'm in love with you," -Reina De Lauren. Siapa sangka gadis itu akan meluahkan perasaannya terlebih dahulu? Namun reaksi Theez tetap sama. Hanya dingin dengan tatapan kosong. Bagi Theez, Reina hanya sekadar suka kepadanya sama seperti gadis-gadis lain. "How do you know it's love?" -Theez Ridzhan. "Does it make sense?" -Reina De Lauren. "No," -Theez Ridzhan. "It's definitely love then," -Reina De Lauren Setiap hari pasti ada saja ulah Reina untuk mengambil hati Theez walaupun dia sedar lelaki itu hanya akan melayannya dingin. Kehidupan Theez yang dulunya tenang kini kacau bilau dengan kehadiran Reina. Namun suatu hari gadis itu menghilang. Tidak lagi muncul di hadapannya. Hal itu membuatkan Theez berasa sesuatu yang tidak kena. Dia terasa seperti...kehilangan. Di mana keberadaan Reina? Bagaimana keadaan Reina? Apakah gadis itu sudah berputus asa untuk mendapatkan cintanya? Dia sendiri tidak tahu. Atau ini petanda supaya dia pula yang mengejar cinta gadis itu? -He denies it. But truth is, he's falling in love with her-
TAKDIR KITA by NAR98_
TAKDIR KITA
NAR98_
  • Reads 33
  • Votes 6
  • Parts 1
Takdir Kita Rizq Aydan tidak pernah mahu hidupnya terikat dengan aturan sesiapa. Dia punya impian sendiri-menjadi bebas, menjelajah dunia, dan menikmati hidup tanpa sekatan. Tetapi dilahirkan dalam keluarga beruniform, dia tidak punya banyak pilihan. Demi memenuhi harapan ayahnya, dia melangkah ke dunia yang bukan miliknya-ketenteraan. Aleeya Sofea pula seorang wanita matang yang tenang dan penuh kasih sayang. Dia percaya setiap manusia diciptakan dengan peranan masing-masing. Impiannya mudah-menjadi seorang pendidik dan menyebarkan ilmu. Tidak pernah dia sangka, pertemuan dengan Aydan mengajarnya bahawa hidup ini bukan sekadar soal impian, tetapi juga pengorbanan. Mereka bertemu di universiti, bersahabat, dan akhirnya saling jatuh cinta. Namun, kebahagiaan mereka diuji apabila Aydan dihantar ke medan pertempuran dan hilang tanpa jejak selama dua tahun. ✨ Takdir Kita-sebuah kisah tentang pilihan, kehilangan, dan cinta yang berperang dengan takdir. Adakah janji yang terlafaz mampu bertahan, atau segalanya hanya akan menjadi kenangan?
AL-HADI: PENERUS CAHAYA ISLAM by PutraRize_
AL-HADI: PENERUS CAHAYA ISLAM
PutraRize_
  • Reads 745
  • Votes 164
  • Parts 31
𝟐.𝟎 | 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ❝ Aku bukan seorang pemimpin. Aku hanyalah seorang hamba Allah yang cuba menjadi baik. ❞ -Ahmad Izzuddin Al-Hadi Pemergian khalifah yang baik seperti Fawwaz meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat Izzuddin. Kehilangan kakanda yang tercinta membuatkan dia hampir hilang semangat untuk meneruskan hidup. Namun dia sedar, hidup perlulah diteruskan dan Kerajaan Islam Nazariyah memerlukan penerus. Maka Izzuddin menjawat jawatan sebagai khalifah yang baharu dalam dinasti itu. Dibantu oleh para sahabat, Izzuddin menyelesaikan masalah-masalah yang ada dan menaikkan semula nama kerajaan Islam itu. ❝ Suatu hari nanti, Islam akan bangkit.. ❞ -Ahmad Izzuddin Al-Hadi ⚠️ No Plagiat ⚠️ Rekaan Semata-mata ⚠️ Typo Alert ⚠️ Maaf Jika Storyline Merapu Cover By: @tsweetestrain Started: 24/2/2025 Ended: ©PutraRize_ ©2024
𝕳𝖆𝖓𝖘 𝕰𝖒𝖊𝖗𝖎𝖟  by hamserra_han
𝕳𝖆𝖓𝖘 𝕰𝖒𝖊𝖗𝖎𝖟
hamserra_han
  • Reads 3,613
  • Votes 893
  • Parts 11
HANS EMERIZ "And I'm willing to be broken... if it means you'll be whole again." ⚠ WARNING ⚠ rushing storyline. !! Karya ini mengandungi carutan dan bahasa kasar. Oleh itu, kebijaksanaan para pembaca amat diharapkan. !! CRINGE AND CLICHE YANG TERAMAT !! Penulisan yang agak santai dan tidak terlalu mengikuti format penulisan di Malaysia, untuk memberi 'feel' yang lebih dalam. !! Dilarang memplagiat karya yang ditulis, karya ini dihasilkan 100% pure dari isi kepala otak author sendiri. !! Kemungkinan akan berlakunya kesilapan-kesilapan ringan seperti TYPO/KESALAHAN BAHASA. Oleh itu, para pembaca DIBENARKAN untuk menegur kesilapan yang terkandung di dalam karya ini supaya author dpt membetulkannya semula. | Dislike? Then, go. Don't ever try to compare this story with fucking others. Mine is Mine. Lastly, enjoy! start: 14 february 2025 End: ?
FAWWAZ HAMZAH: SINAR YANG KEMBALI by PutraRize_
FAWWAZ HAMZAH: SINAR YANG KEMBALI
PutraRize_
  • Reads 2,384
  • Votes 575
  • Parts 53
𝟏.𝟎 | 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ❝ Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, hamba menamakan anak ini Fawwaz Hamzah Amrullah. ❞ Kelahiran ini memberi makna yang cukup besar buat dunia Islam yang telah lama malap. Cukup untuk memberi tanda bahawa dunia yang malap telah disinari dengan cahaya yang sudah lama hilang. Fawwaz Hamzah Amrullah Ibn Nazeer Ahmad. Anakanda kepada Khalifah Nazeer, pemerintah Kerajaan Nazariyah. Pemuda yang berbakat dan berdedikasi dalam menjalankan amanah yang diberikan Allah SWT. Diberi tanggungjawab memikul tugas khalifah menggantikan ayahandanya di usia yang muda, dia perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama. Dengan dibantu oleh adinda yang dikasihi. Ahmad Izzuddin Al-Hadi, menjadikan Fawwaz Hamzah sebagai sang idola sekaligus kakanda yang paling disayangi. Bersama mereka memajukan Dinasti Nazariyah dalam usaha meluaskan tanah jajahan Islam itu dengan lebih jauh. ❝ Wahai Ibnu Nazeer, sudikah engkau bersama dengan kakanda memikul tanggungjawab ini? ❞ - Fawwaz Hamzah ❝ Demi Allah, walaupun nyawa berpisah daripada badan, aku akan tetap bersama dengan kakanda sehingga ke akhirnya. ❞ - Ahmad Izzudin ⚠️ No Plagiat ⚠️ Rekaan Semata-mata ⚠️ Typo Alert ⚠️ Maaf Jika Storyline Merapu Cover By: @tsweetestrain Started: 12/11/2024 Ended: 3/1/2025 ©PutraRize_ ©2024
MR SNIPER ( COMPLETE ) by M1SS_IZQUEEN
MR SNIPER ( COMPLETE )
M1SS_IZQUEEN
  • Reads 32,645
  • Votes 1,193
  • Parts 38
ZAYDEN MIKAEL - Seorang ejen rahsia negara tetapi telah difitnah kerana membunuh kawan baiknya sendiri, Naufal sedangkan dia tidak sengaja.Dia telah dibuang kerja. Setelah insiden tersebut, dia nekad untuk mencari siapa yang telah mengkhianatinya. IMAN NUHA - Seorang gadis yang bekerja sebagai housekeeping disebuah hotel terkemuka di tanah air. Takdir telah menemukan mereka dihotel tempat Iman bekerja dan mereka terpaksa bekerjasama atas kehendak Zayden sendiri untuk mencapai matlamatnya. " Kenapa awak nak buru dia?" - IMAN NUHA " Jangan nak sibuk hal aku!" - ZAYDEN MIKAEL " Itu pun nak marah, tua nanti baru tahu." - IMAN NUHA Rupa-rupanya, dia hanya menjadi kambing hitam terhadap perbuatan orang lain. Misi mereka menjadi agak sukar apabila ada campur tangan dari pihak ketiga tetapi rancangan tetap diteruskan. Nyawa menjadi ancaman kalau mereka gagal. " Lepaskan dia!!" - ZAYDEN MIKAEL " Awak bunuh je dia Zayden!" - IMAN NUHA Mampukah Zayden membongkar rahsia kematian kawan baiknya dan siapakah dalang disebalik kejadian yang berlaku. Kalau nak tahu, kenalah baca MR SNIPER‼️‼️‼️ Start :11/08/2024 End : 13/09/2024 NO PLAGIAT❌ 💯 % IDEA SENDIRI
UNTUKMU, ANSARA. [OG] by dynaeisaa
UNTUKMU, ANSARA. [OG]
dynaeisaa
  • Reads 2,573
  • Votes 174
  • Parts 13
[ VOTE DEAR, BARULAH SEMANGAT! ] Nyatanya, aku tidak pernah menginginkan cinta ini. Cinta itu hanya tahu menyakiti. Berulang kali aku menafikan namun kenapa aku selalu jatuh ke pelukannya? Pertemuan yang disengajakan itu telah mengubah kehidupan Ansara Nasuha sepenuhnya. Pernikahan tanpa cinta, tiada siapa yang menginginkannya. Namun, Ansara Nasuha terjebak di pernikahan itu dengan kekasih kakaknya, Fawwaz Adyan. Mereka memanggilnya, perampas. Perempuan yang merampas kekasih kakaknya sendiri, itu panggilan Ansara. Kenyataannya, Ansara terpaksa menerima segalanya demi kebahagiaan ibunya. 4 tahun pernikahan terasa hampa, tiada perasaan antara keduanya hinggalah suatu malam mengubah segalanya. Hubungan mereka, adakah akan menjadi lebih baik? "Awak cuma perlu bertahan. Abang yang akan perjuangkan." - Fawwaz Adyan. Namun, ada sebuah rahsia yang hanya Ansara Nasuha ketahui. Tiada yang tahu, bahkan keluarganya. "Sara, kau pembunuh." By DynaEisaa. No Plagiat ⚠️ Karya ini murni dari pemikiran DynaEisaa, dan sedikit terinspirasi dengan sebuah drama korea, When A Phone Rings.
𝐌𝐫. 𝐀𝐦𝐞𝐫𝐢𝐜𝐚𝐧𝐨 & 𝐌𝐬. 𝐄𝐬𝐩𝐫𝐞𝐬𝐬𝐨 (𝐎𝐆)  by missAliathyst
𝐌𝐫. 𝐀𝐦𝐞𝐫𝐢𝐜𝐚𝐧𝐨 & 𝐌𝐬. 𝐄𝐬𝐩𝐫𝐞𝐬𝐬𝐨 (𝐎𝐆)
missAliathyst
  • Reads 21,721
  • Votes 1,171
  • Parts 35
Mr. Americano & Ms. Espresso "I'm sorry, but i can't give you the same feeling." -Ahnaf Uzair Al-Athaf Perasaan yang tak pernah terfikir akan muncul, membuat Raina Adelia tak tentu arah. Dia membenci lelaki bernama Ahnaf Uzair Al-Athaf kerana lelaki itu sudah menuduhnya dengan perkara yang dibenci olehnya. "I don't have any feeling for you. Never. You know who I am, right? Semua yang saya kata adalah main-main." -Raina Adelia Semakin dia cuba untuk membuang perasaan itu, semakin bertambah rasa itu. Dia tidak mahu mempunyai apa-apa perasaan, apalagi perasaan untuk lelaki seperti Ahnaf. Dapatkah Raina Adelia membuang perasaannya pada Ahnaf Uzair? Atau perasaan itu berkekalan tidak berbalas. Adakah di pahitnya kenyataan, ada kemanisan disebaliknya? Start : 22 December 2024 End - (70% True Story) (30% Fiction)
Hydrangea  by Cristal_Snow116
Hydrangea
Cristal_Snow116
  • Reads 180
  • Votes 43
  • Parts 6
Hydrangea ialah nama yang sinonim dengan diri Nur Ariyana Humaira. Gadis yang boleh dikatakan lebih suka berdiri diatas kaki sendiri tanpa sebarang bantuan orang lain. Tapi itulah, mulutnya tak reti duduk diam dengan sifatnya yang dikatakan agak sewel. Kalau tidak tak mungkin boleh terkeluar ayat ini dari mulutnya. "Dah puas tenung muka aku yang cun melecun kebabom piu piu bom syakalala ni ke? Tak nak ambil gambar banyak-banyak ke? Lepastu print gambar yang ada muka aku ni tampal dekat dinding bilik. Hari-hari boleh tengok, hari-hari boleh usap muka aku ni."- Ariyana Pertemuanya dengan si dia tinggi lampai berwajah ala-ala model tidak seindah mana. Khaleed Saufy, seorang jejaka dingin dan tidak mempunyai sebarang perasaan. Manusia robot, otak tak betul, mata dekat lutut, muka minta kena flying kick dan macam-macam lagi gelaran yang diberikan oleh Ariyana. "Sedara?"- Khaleed "Lah BM pak cik dulu fail ke? Tak akan sedara pun tak tahu? Saudara saudari cikebom cikepang cikuci cikukukukuku? Itulah, lain kali pergi sekolah belajar pandai-pandai, bukanya ponteng sekolah." Ariyana Ahmad Aqill Eryan, musuh ketat Ariyana sejak sekolah rendah. Indah rupa parasanya kecuali mata sepetnya yang membuatkan Ariyana rasa macam hendak tarik-tarik mata dia sehingga jadi bulat. Si jejaka yang tersakiti dan menyakiti. "Aku suka kau."- Aqill "Thanks, aku pun suka diri aku juga. Ye ye ye, aku tahu diri aku ni hebat, sebab tu ramai orang suka diri aku."- Ariyana "Ngek punya perangai." -Aqill "Ngek ngek pun tetap kau sukakan?"- Ariyana Tetapi siapa sangka disebalik perangai ceria, tak betul dan mulut tak reti duduk diam menyimpan seribu satu rahsia. Luka dan lara disimpan kemas-kemas daripada pengetahuan sesiapa termasuklah sahabat baik dunia akhiratnya. "Kalau kau rasa sedih, kau luahkan saja. Aku sedia mendengar."- Khaleed "Kalau kau nak pinjam bahu, aku ada tapi jangan lap hingus dekat baju aku."- Aqill "Kedekut punya member"-Ariyana "Kahwin dengan aku."- Khaleed dan Aqill