ieeraa
Kisah cinta yang penuh dengan rahsia, pengorbanan dan salah faham.
Hujan turun tanpa henti malam itu, seolah-olah langit turut memahami apa yang sedang terjadi di antara mereka.
"Syhahiera Irleena aku ceraikan kau dengan talak satu."- EFRAIN SAYYAN
Ayat itu keluar dari bibir Efrain Sayyan, lelaki yang pernah menjadi seluruh dunianya. Tanpa ragu dan menoleh lagi.
Syhahiera Irleena tersenyum... walaupun hatinya hancur berkecai. Tiada siapa tahu, di sebalik senyumannya itu, ada rahsia yang disimpannya rapi. Rahsia yang dia tidak mampu terima untuk memberitahu Efrain. Rahsia yang membuatnya memilih untuk pergi daripada menyusahkan suaminya.
Dia tahu Efrain mungkin akan salah faham. Mungkin dia akan fikir Syhahiera curang, kerana terlalu rapat dengan seorang lelaki yang sebenarnya ialah kawan rapat Syhahiera yang hanya ingin membantu memisahkan mereka demi keinginan Syhahiera sendiri.
Dia rela dibenci.Kerana bagi Syhahiera, lebih baik Efrain membencinya... daripada melihatnya perlahan-lahan hancur akibat penyakit yang dia simpan diam-diam.
Tangan kanannya menggenggam perutnya yang baru diketahui mengandung, seolah menjadi saksi dan bukti bahawa cinta mereka belum sepenuhnya hilang.
"Maafkan mama..." SYHAHIERA IRLEENA
Cinta ini bukan tentang memiliki. Kadang-kadang... cinta adalah tentang melepaskan.
Dan malam itu, Syhahiera memilih untuk menjadi wanita yang paling kejam dalam hidup Efrain-hanya kerana dia terlalu mencintainya.
"Puas sakitkan hati orang? Nak sangat sakit kan orang, diri sendiri yang sakit."- EFRAIN SAYYAN
"Saya puas sangat sakitkan hati abang, sampai kan saya dah tak rasa sakit ."- SYHAHIERA IRLEENA